Kostum Halloween Selebriti Paling Vass 2018!
Sambutan Hari Halloween merupakan satu sambutan yang cukup dinantikan oleh ramai selebriti-selebriti di Hollywood. Pada ketika inilah mereka akan menonjolkan kreativiti dan sisi mereka yang berbeza berbanding hari-hari biasa.
Dan hampir setiap tahun nama-nama seperti Heidi Klum dan Neil Patrick Harris sentiasa mencuri perhatian ramai kerana telatah mereka yang mencuit hati dan tampil dengan kostum yang cukup luar biasa.
Jadi bagaimana pula dengan tahun ini? Nampaknya sejak beberapa hari selebriti-selebriti Hollywood sudah mula menggayakan kostum masing-masing di pelbagai acara parti Hari Halloween yang dihadiri oleh mereka.
Siapakah yang mempunyai kostum paling hebat dan vass setakat ini? Adakah nama-nama seperti Kendall Jenner, Kylie Jenner dan Harry Styles mencuri perhatian ramai?
Let’s check it out!
BACA: Perkenalkan TOP 20 Pencarian DEWI REMAJA 2000!