Hobi & Minat

10 Laman Web Paling Popular Di Kalangan Rakyat Malaysia Mac 2024: Didominasi Media Sosial!

Share

Penggunaan internet di Malaysia terus berkembang dengan dominasi kuat laman-laman web media sosial yang menjadi pilihan utama. Tambahan pula, kini , hampir semua aspek kehidupan kita berkait rapat dengan internet, dari berkomunikasi hingga mencari hiburan.

ARTIKEL BERKAITAN : Mahu Cari Peluang Pekerjaan? Ini Antara Laman Web Popular Yang Anda Boleh Terokai

Jadi, tidak hairanlah bila pelbagai pihak seperti individu, syarikat, institusi, dan perniagaan berlumba-lumba untuk membina laman web yang menggambarkan identiti serta perkhidmatan mereka dalam dunia maya. Menurut Forbes, pada tahun 2023, terdapat anggaran 5.16 bilion pengguna internet dan 1.13 bilion laman web di seluruh dunia.

Angka berkenaan sudah cukup untuk menggambarkan betapa dekatnya hubungan yang wujud antara manusia dengan alam ciptaan manusia tersebut.

Top 5 Mac dalam senarai antara 10 laman web paling kerap dilayari rakyat Malaysia tidak berubah

Dalam pada itu, Similarweb.com setiap bulan akan menerbitkan senarai laman web yang paling kerap dilayari pengguna di sesebuah negara, termasuk di Malaysia.

Laporan terkini menunjukkan bahawa tiga laman web paling popular di Malaysia adalah google.com, youtube.com, dan facebook.com. Dua lagi laman web, whatsapp.com dan instagram.com, yang tergolong dalam kumpulan Meta, juga termasuk dalam lima teratas yang paling kerap dilayari oleh rakyat Malaysia pada bulan Mac.

Shopee.com, pusat berbelanja online kegemaran rakyat Malaysia menduduki posisi keenam, diikuti oleh platform X, yang dulu dikenal sebagai twitter.com, di posisi ketujuh.

Maybank, salah satu bank terkemuka di Malaysia, berada di posisi ke-8 melalui laman maybank2u.com. TikTok, yang digilai remaja, menempati tangga ke-9. Sementara itu, laman web hasil.gov.my dan moe.gov.my, yang masing-masing milik agensi kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia, berada di tangga ke-18 dan ke-26 sebagai laman web kerajaan yang paling banyak dikunjungi. Menurut Similarweb.com, lima besar laman web terpopuler di Malaysia umumnya tetap sama seperti bulan sebelumnya.

Kesimpulannya, fenomena ini menunjukkan betapa pentingnya keberadaan digital bagi entiti perniagaan dan kerajaan, serta bagaimana teknologi terus mempengaruhi dan memperkaya kehidupan kita.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram

, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Similar Web

Published by
Nana