10 Makanan Yang Buat Rakyat Malaysia Gemuk

Share

“Malaysia ni banyak sangat makanan sedap la. Susah nak diet”. Itu adalah antara kata-kata yang selalu kita dengar. Tapi sejauh mana kebenarannya atau ia hanya alasan kerana malas nak berdiet?

Namun begitu, tak dinafikan makanan di Malaysia ni memang sedap belaka. Cuma, kandungan setiap makanan yang dimakan tu mengandungi kalori, nutrisi dan lemak yang tinggi.

Tak caya? Ini antara senarai 10 makanan Malaysia yang paling menggemukkan menurut Kevin Zahri, personality fitness Malaysia.

1. Nasi lemak

Hidangan nasi lemak (karbohidrat, protein, lemak) mengandungi lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori dan kalau korang makan nasi lemak tambah ayam goreng (240 kalori) atau sambal sotong (170 kalori).Sedap kan?

Tapi, mampu tak nak bakar semula lemak tu lepas makan?

2. Roti canai

Sarapan favorite rakyat Malaysia

Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kenyang ke makan sekeping je? Kalau makan dua keping dah 600 kalori. Kalau nak bakar 600 kalori tu balik kena berlari 90 minit atas treadmill. Tu baru hidangan breakfast, belum masuk lunch, snek dan dinner lagi.

3. Nasi goreng

Biasanya sepinggan nasi goreng mengandungi kira-kira 630 kalori kerana ia adalah hidangan bergoreng, ditambah pula dengan ayam, telur dan sedikit sayur menjadikan nasi goreng kurang seimbang.Kalau nak makan juga, cuba jangan lebih daripada segenggam nasi.

4. Ais krim

Mengandungi tinggi lemak dan gula, serta kalori. Dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. So, sebelum makan fikir la dulu ye.

5. Burger

Meleleh air liur ni kalau tengok time tengah diet

Makanan ringan ini memang tinggi kalori kerana daging kisar mengandungi tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger

biasanya lebih 475 kalori. Kalau dah makan burger, takkan kosong je kan. Mesti ada keju, sos cili, mayones, kalau nak yang special ada pula telur.Jadi, sebiji burger boleh mengandungi lebih daripada 1000 kalori. Wow!

6. Mi kari

Hidangan mi kadang-kadang memang menyelerakan juga. Tapi, kandungan kalori dalam mi kari adalah 500. Kalau rasa teringin juga nak makan, apa kata gantikan dengan mi sup, sebabnya makanan ini hanya 380 kalori. Lebih rendah sikit berbanding mi kari.

7. Makanan bergoreng

Sekeping pisang goreng mengandungi 170 kalori. Makanan seperti ini tidak sesuai sebab digoreng menggunakan minyak (1g fat: 9 kalori) dan lebih-lebih kali kalau menggunakan minyak yang sama. Jadi, kurangkan makanan bergoreng dang anti dengan alternatif lain seperti rebus atau panggang.

8. Susu pekat manis

Satu sudu pekat manis biasanya mengandungi kira-kira 60 kalori dan sememangnya ia kurang elok kerana kandungan lemak yang tinggi walaupun merupakan sumber kalsium. Gantikan dengan minuman susu rendah lemak.

9. Roti manis dan donut

Kecur air liur kalau tengok

Ada yang tidak mengambil nasi dan menggantikannya dengan roti kerana menganggap ia tidak memberi kesan kepada kegemukan. Sebaliknya, roti manis atau donut memang tinggi kandungan lemak dan karbohidrat. Sebiji donut biasanya mengandungi 200 kalori.

Kalau nak lebih sihat, boleh gantikan dengan roti wholemeal.

10. Mayones

Suku cawan mayones mengandungi 360 kalori iaitu bersamaan dengan 40g. Untuk penggemar tegar mayones, rasanya boleh la ubah cara makan tu ya.

Sebenarnya, tak salah kalau korang nak makan. Tapi, perlu jaga portion makanan yang diambil. Lepas makan tu, pandai-pandai la bakar semula ok?

Published by
Noor Ain Norman