10 Malam Terakhir Ramadan, Tanda Malam Lailatul Qadar Yang Korang Boleh Lihat

Share

Bulan Ramadan sudah pun memasuki 10 hari terakhir dan sudah tentu detik ini paling ditunggu oleh seluruh umat Islam di dunia bagi mencari malam lailatul qadar.

ARTIKEL BERKAITAN : Sehari Sedekah Masyuk Hingga RM500, Peminta Sedekah Warga Asing ‘Mewah’ Di Bulan Ramadan

Lailatul qadar adalah malam yang keutamaannya lebih daripada 1000 bulan jika seseorang beribadah pada malam tersebut. Disebabkan itu umat Islam digalakkan untuk merebut pahala mengejar lailatul qadar.

Foto Via Pexels

Tidak ada kepastian bila malam jatuhnya lailatul qadar. Namun begitu, seorang sahabat Rasullah SAW pernah bertanyakan kepada baginda tentang malam lailatul qadar dan Rasulullah SAW menjawab,

“Lailatul Qadar ada pada setiap bulan Ramadhan.” (HR Abu Dawud)

Meskipun malam lailatul qadar tidak dapat diketahui dengan pasti, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan datangnya malam lailatul qadar, antaranya adalah seperti berikut:

1. Pada hari malam lailatul qadar akan datang, matahari bersinar tidak terlalu panas atau cahayanya redup sehingga cuaca pada hari itu sangat sejuk sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW.

2. Malam tersebut biasanya akan terbawa dalam mimpi seseorang yang mengidamkan lailatul qadar. Dalam mimpi tersebut, seseorang itu dapat merasakan malam yang berbeza dengan malam-malam yang lain.

3. Pada malam tersebut, langit kelihatan bersih dan tidak berawan, suasana malam sangat tenang dan sunyi, tidak sejuk dan tidak juga panas.

Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Iman Ahmad, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda,

“Malam Lailatul Qadar itu langit bersih, udara tidak dingin atau panas, langit tidak berawan, tidak ada hujan, bintang tidak nampak dan pada siang harinya matahari bersinar tidak begitu panas.”

4. Berasa nikmat yang lebih ketika beribadah jika hendak dibandingkan dengan malam lainnya. Pada malam lailatul qadar, para malaikat turun ke bumi dan mereka memberikan rahmat serta membuat umat Islam yang sedang beribadah merasa lebih tenteram dan damai.

5. Bulan akan muncul di malam ini dan nampak separuh.

6. Pada malam ini angin akan berhembus dengan lembut dan membawa kesejukan bagi umat manusia.

7. Tidak turun hujan pada malam lailatul qadar walaupun dalam musim hujan.

8. Malam kelihatan sangat terang walaupun bulan hanya nampak separuh kerana pada malam lailatul qadar, lagit tidak menutupi awan walau sedikit pun.

Apa-apa pun, sama-samalah kita meningkatkan amal ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan ini dan InsyaAllah, semoga dipertemukan kita dengan malam lailatul qadar.

Wallahulam.

BACA LAGI : Biarpun Muncul Ratusan Video Masakan Online, Ketuk-Ketuk Ramadan Tetap ‘Legend’. Rindunya!

Sumber: dalamislam.com

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

@remaja.my
Kalau korang dah ‘petak’ nak pilih baju apa untuk pergi open house nanti, bolehlah cuba koleksi PUMA Raya – Memori Aidilfitri ni 💙 Lelaki perempuan ada, bukan sahaja didatangkan dalam satu warna. Boleh lah matching-matching untuk couple! 😍 Dapatkannya di stor PUMA seluruh negara ataupun kunjungi laman web https://rebrand.ly/SS23HariRayaMY-Remaja #PUMAMY #PUMARAYA #majalahremaja #remaja #remajamalaysia ♬ original sound – Remaja

 

 

@remaja.my Siapa kata koleksi PUMA Raya Memori Aidilfitri ada satu warna je? Pilih sahaja antara warna klasik hitam, putih, earth tone ataupun biru menyala. Senang nak suai padan gaya korang untuk Syawal tahun ini bersama sneakers PUMA Roma Classic Gum yang selesa and versatil ini. #PUMAMY #PUMARAYA #majalahremaja #remaja #remajamalaysia ♬ original sound – Remaja
Published by
Nana