
Isi Kandungan
TogglePenyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza baru sahaja melancarkan single terbarunya Kuasa Cintamu di siaran YouTube. Apa yang menariknya, video muzik tersebut menggunakan konsep one take shot atau one taker, iaitu rakam secara terus menerus dari mula sehingga habis tanpa cut.
Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang menjelaskan bahawa penggambaran muzik video Kuasa Cintamu adalah sangat mencabar kerana jika silap satu part, kena buat dari awal. Semua part kena alert dan dia turut melakukannya dalam beberapa kali juga. Paling mencabar bila nak tukar dari baju kuning ke merah, mereka hanya mempunyai masa 11 saat sahaja.
Muzik video one shot take ini sebenarnya sudah biasa dilakukan oleh selebriti luar negara. Jom kita lihat antara muzik video lain yang pernah dilakukan secara one shot take.
1. Miley Cyrus
Wrecking Ball
2. Panic At The Disco
Girls/Girls/Boys
3. Linkin Park
Bleed It Out
4. Sia
Chandelier
5. Big Bang
Love Song
6. EXO
Growl
7. BTS
Save Me
8. Super Junior
It’s You
9. Maroon 5
Memories
10. LANY
Thick and Thin
Ha, macam tak percaya kan? Hasilnya tetap wow!
Niat Berhijab Kerana Allah Atau Sekadar Ikut Trend? Lelaki Ini Seru Wanita Stop Pakai Tudung Bawal & Shawl

Sejak dua menjak ni, ramai pula kaum Adam yang menegur wanita tentang cara mereka memakai hijab. Bukan nak menghentam, tetapi rasanya tak salah kan kalau ada yang turut menasihati.
Sekadar memberi perhatian dan ambil berat, lelaki ini berkongsi pendapat agar semua wanita lebih mengutamakan pandangan Allah dan bukannya ingin nampak cantik di mata manusia semata-mata.
Jom kita baca luahan hati Muhammad Shafri di laman facebooknya.
Kepada perempuan di luar sana tolonglah berhenti pakai tudung bawal, tudung shawl atau apa sahaja jenis tudung yang belit dekat leher lepas tu ikat belakang sampai nampak dada dan leher. Berfesyen tidak salah tapi jangan jadikan fesyen itu fesyen yang di benci oleh Allah.

Pakai tudung brand yang mahal-mahal lagi trendy masa kini. Harga ratusan ringgit tapi bila pakai yang di belakang labuh dan yang di depan pula bagai tak cukup kain. Wahai perempuan bila pakai tudung tolonglah tutup aurat dengan sempurna.
Allah dah bagitahu dalam Al-Quran labuhkan kain tudung hingga menutupi dada dan haram hukumnya mendedahkan aurat sekalipun hanya ‘bentuk aurat’ kepada bukan mahram.
Sebenarnya niat kalian pakai tudung kerana Allah atau kalian pakai tudung sekadar nak ikut trend masa kini? Bak kata pepatah, “Tepuk dada tanyalah selera”.
Kalau niat kalian pakai tudung kerana Allah saya harap selepas ini kalian boleh melabuhkanlah kain tudung kalian hingga menutupi dada-dada kalian.
Wahai perempuan,
Kalian nak nampak cantik pada pandangan manusia atau nak nampak cantik pada pandangan Maha Pencipta? Nak raih pandangan manusia atau nak raih pandangan Allah? Bernilai sangat ke pujian manusia yang belum tentu ikhlas pada mata kamu itu?
Berhentilah dambakan perhatian dan pujian daripada manusia. Lagi-lagi daripada seorang lelaki. Kerana hidup ini yang kita mahu adalah redha Allah, bukannya perhatian dan pujian manusia.
Sedarlah bahawa kalian adalah sebaik-baik perhiasan dunia. Dan di dunia ini wanita solehah tidak pernah lenyap kerana wanita solehah itu adalah kalian yang tinggi cintanya kepada Allah dan Rasulullah.
Jika tulisan saya tentang nikah, jodoh boleh viral. Saya berharap tulisan ini juga boleh viral. Silalah kongsikan tulisan ini kepada semua. Tag adik-beradik dan kawan-kawan. Semoga Allah hadirkan keikhlasan dalam kita mentaati perintah-Nya.
#TheMuhammadShafri
Instagram.com/themuhammadshafri
Gambar Sekadar Hiasan
Credit Pictures : Tun
Ada betulnya juga apa yang dikongsi oleh brother ni. Tak salahkan sebagai seorang umat Islam, kita saling ingat mengingatkan? Semoga kita semua kekal istiqamah. InsyaAllah.
8 Ikon K-Pop Bergelar Cool Daddies! Siapa Paling Muda Bergelar Ayah?

Ramai selebriti lelaki memilih untuk TIDAK bergelar bapa pada usia muda kerana mahu mendaki puncak kerjaya tanpa terikat dengan komitmen atau tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak.
Namun, berbeza dengan 8 selebriti Korea Selatan ini. Terbaru, Bobby iKON yang menyambut kelahiran anak pertamanya.
1. Bobby Ikon
YG Entertainment turut mengesahkan kelahiran anak pertama Bobby iKON. Menurut laporan EDaily semalam (27/9), mereka menyatakan bahawa Bobby iKON dikurniakan seorang anak lelaki diusia 25 tahun.
Nama Bobby segera menjadi trending di Twitter, rata-rata peminat mengucapkan tahniah atas kelahiran anak sulung idola mereka. 20 Ogos tahun lepas, Bobby iKON mengumumkan bahawa dia akan berkahwin dalam masa terdekat dan akan menjadi ayah pada bulan September 2021. Pengumuman yang mengejutkan peminat disampaikan melalui surat tulisan tangan.
2. Chen EXO
Vokalis utama boyband EXO, Chen rasmi menjadi seorang ayah setelah isterinya melahirkan anak perempuan pada April tahun lepas. Memilih pasangan hidup bukan dari selebriti, berita gembira itu telah disahkan oleh agensi yang mengawasi Chen, SM Entertainment.
3. Minhwan FT Island
ANGGOTA kumpulan F T Island, Minhwan dan Yulhee (Laboum) menjadi ayah diusia 25 tahun. Minhwan sendiri tampak begitu bahagia dengan peranan menjadi seorang ayah. Ketika ini, mereka dikurniakan 3 orang anak, dengan anak kedua dan ketiga menjadi anak kembar.
4. Moon Hee Joon ‘HOT’
Moon Hee Joon mengahwini Soyul ‘Crayon Pop’ pada 12 Februari 2017. Perkahwinan mereka juga menjadi gempar kerana diumumkan secara tiba-tiba, dan Soyul sudah hamil dengan anak mereka.
Beberapa tahun kemudian, keluarga Hee Joon dan Soyul serta anak perempuan mereka, Jam-Jam, bergabung sebagai salah seorang pelakon The Return of Superman.
5. Sung Joon
Sung Joon menimbulkan kontroversi apabila mengaku mempunyai anak dan isteri. Pelakon dalam drama “High Society” ini mendedahkan pengakuan ini kepada peminat pada Februari 2020. Lantas, Sung Joon menjadi seorang ayah hot dengan seorang anak.
6. Eli ‘U-Kiss’
Pada tahun 2014 Eli Kim berkahwin secara tiba-tiba dengan seorang wanita bernama Ji Yeon Soo. Bekas ahli kumpulan lelaki U-Kiss berkahwin pada usia yang sangat muda, 24 tahun di Korea.
Eli mempunyai perbezaan umur yang cukup besar dengan Yeon Soo, yang berusia 11 tahun lebih tua daripada isterinya. Tetapi setelah berita berkahwin dan mempunyai anak, pada tahun 2020 Eli bahkan memberitahu orang ramai bahawa perkahwinannya dengan Yeon Soo sudah berakhir.
7. PSY
Jarang ada yang tahu sama ada PSY berkahwin pada usia muda. Berkahwin dengan pujaannya pada tahun 2006, PSY ketika itu berusia 28 tahun. Penyanyi “Gangnam Style” kemudian dikurniakan anak perempuan kembar yang sangat cantik.
8. Taeyang BIGBANG
Berita gembira juga datang dari Taeyang BIGBANG yang bakal menjadi ayah. Min Hyo Rin dilaporkan hamil pada masa ini. Agensi itu juga telah mengesahkan berita mengenai kehamilan Min Hyo Rin. Taeyang akan ikut jejak Bobby untuk menjadi ayah pada usia 33 tahun.
So, pada pendapat korang siapa paling cool ni?hehe
Hilangkan Kotoran Pada Cermin Mata Hanya Guna Ubat Gigi, Memang Menjadi

Hanya individu berkaca mata saja yang faham macam mana rasanya jika cermin mata mereka mula dipenuhi dengan cap jari dan kesan calar.
Bahagian cermin mata paling sensitif, kotor sikit saja mulalah pandangan si pemakai rasa tak selesa dan terganggu.
Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini dengan mudah, ada satu petua yang korang boleh cuba. Caranya mudah saja dan menggunakan bahan yang confirm ada di rumah juga, iaitu ubat gigi.
Ubat gigi boleh menghilangkan kotoran seperti cap jari dan kesan calar yang tidak serius.
Caranya mudah saja, sapukan ubat gigi secara perlahan-lahan pada cermin mata dan bilaskan dengan air.
Selain itu , baking soda juga boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran pada cermin mata. Campurkan sedikit baking soda dengan air, dan sapukan hingga rata pada cermin mata.
Kemudian, bilas dengan air bersih.
Mudah je rupanya nak hilangkan kotoran pada cermin mata ni. Tak perlu guna modal yang banyak pun. Memang berbaloi!
Kalau nak tengok hasilnya, boleh tonton video ini..