Penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza baru sahaja melancarkan single terbarunya Kuasa Cintamu di siaran YouTube. Apa yang menariknya, video muzik tersebut menggunakan konsep one take shot atau one taker, iaitu rakam secara terus menerus dari mula sehingga habis tanpa cut.
Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang menjelaskan bahawa penggambaran muzik video Kuasa Cintamu adalah sangat mencabar kerana jika silap satu part, kena buat dari awal. Semua part kena alert
dan dia turut melakukannya dalam beberapa kali juga. Paling mencabar bila nak tukar dari baju kuning ke merah, mereka hanya mempunyai masa 11 saat sahaja.
Muzik video one shot take ini sebenarnya sudah biasa dilakukan oleh selebriti luar negara. Jom kita lihat antara muzik video lain yang pernah dilakukan secara one shot take.
Wrecking Ball
Girls/Girls/Boys
Bleed It Out
Chandelier
Love Song
Growl
Save Me
It’s You
Memories
Thick and Thin
Ha, macam tak percaya kan? Hasilnya tetap wow!