10 Negara Yang Menawarkan Gaji Doktor Paling Tinggi Di Dunia

Share

Kerjaya sebagai doktor adalah antara pekerjaan yang mempunyai tanggungjawab besar kepada masyarakat khususnya bagi membantu merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit. Di beberapa buah negara, individu yang bekerja di sektor perubatan menerima gaji yang lumayan, sesuai dengan perkhidmatan yang diberikan oleh mereka.

Di negara kita, gaji doktor tidaklah terlalu tinggi kerana doktor yang masih diperingkat housemanship, purata gaji bulanan yang diterima adalah sekitar RM3,500 hingga RM4,400. Manakala, selepas mendapat gelaran pegawai perubatan (MO), purata gaji mereka akan meningkat sekitar RM4,300 hingga RM5,200 mengikut pengalaman.

Gambar hiasan

Bagi doktor pakar yang berkhidmat di hospital awam pula akan menerima lebih kurang RM10,000 dan doktor pakar swasta kira-kira RM15,000 dan keatas mengikut jenis tahap kepakaran.

Dengar memang banyak kan? Tapi, kalau nak dibandingkan dengan negara luar, boleh dikatakan taraf gaji profesion doktor di negara kita tidaklah terlalu tinggi.

Agak-agaknya, negara mana yang menawarkan gaji doktor paling tinggi ya?

Jom kita semak senarai dibawah.

1. Luxembourg

Purata gaji tahunan doktor am: USD305,000 (RM1.26 juta)

Purata gaji tahunan doktor pakar: USD397,000 (RM1.64 juta)

Menurut OECD, doktor yang mempunyai pengalaman melebihi 8 tahun memperoleh purata gaji mencecah USD25,400 (RM104,695) sebulan dan bagi doktor baru yang berpengalaman sekitar 1 dan 3 tahun, gaji yang diterima adalah lebih kurang USD13,240 (RM54,652 sebulan).

Doktor pakar seperti pakar gastroenterologi menerima gaji sekitar USD33,000 (RM136,000) sebulan.

2. Kanada

Purata gaji tahunan doktor am: USD271,000 (RM1.12 juta)

Purata gaji tahunan doktor pakar: USD339,000 (RM1.4 juta)

Doktor am menerima pendapatan sekitar USD22,600 (RM93,210) sebulan dan bagi doktor pakar pula, USD28,200 (RM116,255). Setiap jam, purata pendapatan bagi doktor am dianggarkan sekitar USD128 (RM530).

Gambar hiasan

3. Switzerland

Purata gaji tahunan doktor am: USD237,000 (RM979,000)

Purata gaji tahunan doktor pakar: USD256,800 (RM1.06 juta)

Negara ini tersenarai antara salah satu ekonomi yang paling stabil di dunia dan disebabkan itu gaji bagi banyak sektor disini adalah sangat tinggi.

4. Amerika Syarikat

Purata gaji tahunan doktor am: USD230,000 (RM949,300)

Purata gaji tahunan doktor pakar: USD363,400 (RM1.5 juta)

Gaji yang diterima oleh doktor di negara ini bergantung kepada lokasi tempat kerja dan juga jantina. Secara umumnya, doktor lelaki menerima pendapatan 36 peratus lebih tinggi berbanding doktor wanita.

Purata gaji bulanan bagi doktor am adalah sekitar USD19,200 (RM79,108), manakala doktor pakar adalah USD30,800 (RM127,261).

Pakar bedah ortopedik menerima pendapatan tahunan tertinggi sebanyak lebih kurang USD443,000 (RM1.83 juta), diikuti oleh pakar kardiologi dengan USD409,000 (RM1.69 juta), pakar dermatologi dengan USD380,000 (RM1.57 juta) dan yang paling rendah adalah pakar kanak-kanak sebanyak USD204,000 (RM842,000).

Gambar hiasan

5. Iceland

Purata gaji tahunan doktor am: USD182,000 (RM751,000)

Purata gaji tahunan doktor pakar: USD202,000 (RM834,000)

Doktor am di negara ini menerima purata gaji bulanan sekitar RM62,600, manakala doktor pakar pula sekitar RM69,500.

6. Australia

Purata gaji tahunan doktor am: USD140,000 (RM577,836)

Purata gaji tahunan doktor pakar: USD247,000 (RM1.02 juta)

Doktor am di Australia menerima purata gaji bulanan sekitar USD11,700 (RM48,153) dan doktor pakar adalah USD20,600 (RM85,000).

Gambar hiasan

7. Republik Ireland

Purata gaji tahunan doktor am: USD136,000 (RM561,000)

Purata gaji tahunan doktor pakar: USD187,000 (RM771,000)

Di negara ini, doktor pakar menerima purata gaji bulanan sekitar USD15,600 (RM64,271), manakala doktor am memperoleh USD11,300 (RM46,731) sebulan.

8. Belanda

Purata gaji tahunan doktor am: USD117,000 (RM483,000)

Purata gaji tahunan doktor pakar: USD252,000 (RM1.04 juta)

Di Belanda, pekerjaan doktor ditawarkan dengan gaji yang tinggi, keadaan yang baik, waktu kerja yang lebih pendek dan cuti yang banyak.

Purata gaji bulanan seorang doktor am adalah sekitar USD9,750 (RM40,240) dan USD21,000 (RM87,000) bagi doktor pakar.

9. United Kingdom

Purata gaji bulanan doktor am di negara ini yang bekerja selama 41.8 jam seminggu adalah kira-kira USD9,800 (RM40,514) manakala doktor pakar menerima sekitar USD10,500 (RM45,000).

10. New Zealand

Purata gaji tahunan doktor am: USD96,000 (RM386,000)

Purata gaji tahunan doktor pakar: USD138,000 (RM571,000)

Doktor yang dibawah penyeliaan (housemanship) biasanya menerima purata gaji bulanan antara USD4,466 (RM18,435) dan USD5,572 (RM23,000). Doktor am pula menerima USD8,000 (RM33,000) dan doktor pakar sebanyak USD11,500 (RM47,550).

Kos melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan juga bukan calang-calang harganya. Jadi, rasanya memang berbaloilah dengan gaji yang mereka perolehi ini. Tambah pula, dengan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat sewaktu situasi pandemik COVID1-19 yang melanda dunia, semuanya dibayar selaras dengan tanggungjawab yang digalas.

Sumber: Iluminasi

Published by
Noor Ain Norman