Tidak salah untuk Remaja katakan bahawa Neelofa merupakan figura berhijab paling popular di Malaysia. Aura yang dibawakan oleh bekas our own Dewi Remaja 2009/10 ini bukan sahaja menjadi sebutan di dalam industri hiburan malah anak jati Kelantan ini telah mencipta kejayaan demi kejayaan dalam bidang perniagaan.
Memiliki empayar bisnes dengan jenamanya Naelofar, dia kini bukan sahaja menjadi ikon untuk golongan remaja tetapi kepada seluruh wanita berhijab yang memiliki cita-cita untuk berjaya sepertinya. Dan yang terbaru pelantikannya sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif syarikat penerbangan gergasi, AirAsia menjadi bukti bahawa pengaruh dibawa Neelofa kini cukup luar biasa.
Maka tidak hairanlah ke mana sahaja Neelofa pergi, dia akan menarik perhatian siapa sahaja. Begitu juga dengan gaya yang dibawanya, pasti memberikan inspirasi terutama buat follower-nya di Instagram miliknya yang berjumlah lebih 5.4 juta follower!
Jom saksikan OOTD jelitawan bergelar Neelofa sepanjang bulan Januari yang menarik perhatian kami di Remaja! #LoveLofa
Abang GRAB Kipaskan Makanan, Biar Sejuk Untuk Anjing Makan! Siap Tuangkan Air
Haiwan peliharaan sememangnya menjadi kesayangan. Tidak kiralah haiwan apa sekalipun,mereka layak dilayan seperti sebahagian dari keluarga. Menerusi satu hantaran di akaun TikTok Amy Pets, pengguna tersebut telah berkongsi kisah mengenai seorang tuan yang terlupa memberi anjingnya makan.
Menyedari kekhilafannya itu, dia kemudiannya memesan makanan menerusi aplikasi penghantaran makanan, GRAB, untuk menghantar makanan untuk dimakan oleh anjingnya. Apa yang menarik perhatian adalah pekerti yang ditonjolkan oleh penunggang GRAB tersebut. Dia boleh sahaja sekadar meletakkan makanan dan berlalu pergi. Namun sebaliknya terjadi.
Telatahnya yang menyantuni haiwan tersebut dengan sangat baik menyentuh hati warganet. Dalam rakaman CCTV, dapat dilihat abang GRAB tersebut tiba membawa sebungkus makanan untuk diberikan kepada anjing tersebut.
Menerusi perkongsian itu, “Alkisahnya, owner lupa nak bagi anjing dia makan. Pastu dia call Grab suruh letak makanan kat depan pagar tu. Tapia bang Grab tu punya effort siap kipas makanan sebab panas dan gaul rata… sediakan air lagi. Teman sampai anjing habis makan,selepas itu buang polisterin dalam tong sampah.”
.
.
.
.
Sikap penunggang GRAB tersebut menunjukkan yang sikap sayangkan binatang perlu disemai dalam diri semua rakyat Malaysia. Haiwan merupakan mahkluk tuhan dan menyantuni ciptaan Allah SWT itu dengan baik sangat dipuji.
Comel penulis tengok gelagat anjing tersebut yang sabar menantikan penunggang Grab menyediakan makanan. Apa yang pasti, anjing tersebut tidak kelaparan sementara menanti tuannya pulang.
@amypetsstore AMANAH dalam menjalankan tugasan yg diberi.. 🤗 #abggrabfood #kucing #viral #fypシ #tiktokmalaysia #kucing #dog ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya
Sumber: TikTok Amy Pets Store
Bila Kita Suka Judge Keburukan Orang, Begitulah Diri Kita Dinilai – Pakar Psikologi
Ramai tidak sedar, ada ketikanya kita sering bercakap mengenai keburukan orang lain. Ada saja tidak kena di mata kita tentang sikap orang lain. Adakalanya kita berniat untuk menegur tapi cara teguran itu tidak sesuai.
Namun penilaian seorang pakar ini pasti membuatkan korang terkedu. Ini kerana orang yang selalu melihat kebaikan orang lain, maka kebaikan akan datang pada dirinya semula. Tapi jika kita asyik melihat keburukan orang lain, maka keburukan itu akan datang pada diri kita sendiri.
Kalau korang tak nak dinilai buruk oleh orang lain, maka jangan berbicara buruk tentang orang lain. Ini kerana kajian terkini mendapati apa jua penilaian kita terhadap orang, itulah juga penilaian orang terhadap kita tanpa kita menyedarinya langsung.
Menurut Dr Dustin Wood dari Wake Forest University dalam satu kenyataannya kepada WebMD bahawa persepsi kita terhadap orang lain akan menceritakan siapa diri kita sebenarnya.
Sebagai contoh, jika kita memandang positif terhadap orang lain, maka orang lain akan menunjukkan sikap positif kepada diri kita.
Dalam satu kajian kes melibatkan Journal Of Personality And Social Psychology apa juga perkataan yang lahir dari mulut kita sebagai contoh agak negetif, sarkastik, anti sosial dan lain-lain lagi, begitu jugalah penilaian orang pada kita tanpa kita sedar.
Kajian yang dibuat melibatkan mahasiswa luar negara yang diminta menilai penampilan rakan sekuliah mereka amat mengejutkan. Para peneliti menemui bahawa seseorang yang memiliki kecenderungan untuk menilai orang lain dengan kata-kata positif mendapati dirinya dinilai positif oleh orang lain.
Tapi bagi mahasiswa yang dinilai negetif dari segi karektornya juga dinilai negetif oleh orang lain. Kajian yang dijalankan itu ternyata mempunyai hubung kait yang kuat sekalipun kajian melibatkan antara mereka tidak saling mengenali.
Pelajar yang menulis aura positif dan kata-kata kebaikan, stabil emosinya dan lain-lain dilihat sebagai orang yang baik. Manakala individu yang menilai persepsi buruk ternyata juga dinilai agak buruk.
“Sikap buruk itu dinilai secara tidak langsung oleh orang lain,” jelas Wood.
Tenyata,apa jua perbuatan dan percakapan kita amat penting kerana lebih banyak kita memperlihatkan sikap negetif, begitulah persepsi orang mengenai kita.
Jadi, bercakaplah yang baik-baik saja terhadap orang lain kerana insya Allah, kita akan dinilai positif oleh orang lain.
Kalau tidak, diam itu lebih baik sebagaimana diajar oleh agama.
ANIH Berhad Tolak Perbuatan Viral SOLAT Di Lorong Kecemasan
Gara-gara tular foto pengguna lebuhraya merisikokan diri dengan menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), amaran terpaksa dikeluarkan oleh syarikat konsesi demi keselamatan orang ramai.
Ramai warga kota dijangka akan pulang ke Kuala Lumpur pada hari ini dan esok. Lantas, syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) iaitu ANIH Berhad telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan tindakan tersebut.
Kata syarikat tersebut, mereka memahami faktor menjaga waktu menunaikan ibadah solat oleg pengguna lebuhraya Pantai Timur ketika musim perayaan dan cuti umum. Malah, mereka juga menghargai kesabaran pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) sepanjang musim perayaan Aidiladha ini.
Namun, pihak ANIH bimbang jika tindakan menggunakan lorong kecemasan untuk menunaikan solat akan menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku kepada penunggan motosikal dan kenderaan lain yang mungkin tidak menyedari kehadiran ‘geng’ solat ini di kawasan gelap pada waktu malam sehingga Subuh.
“Sebagai pengendali Lebuhraya KLK, kami ingin memohon orang ramai untuk berhenti solat di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) ketika pulang ke Lembah Klang. (Ini kerana) kami menjangkakan kesesakan yang bakal ditempuhi,” jelas mereka.
Tinjauan REMAJA mendapati ramai netizen yang menyokong tindakan solat di lorong kecemasan itu sebagai sesuatu yang harus dipuji memandangkan mereka cuba untuk menjaga waktu solat. Malah beberapa rakan selebriti turut melafazkan ungkapan ‘MasyaAllah’ dalam posting yang viral itu.
Namun, kita harus menitipkan faktor keselamatan dalam hal ini okay guys.
Solat jaga, keselamatan pun kena jaga. Hati-hati memandu!