
Isi Kandungan
ToggleKalau dah namanya pemain bola sepak terkenal, mestilah pasangan mereka pun bukan wanita biasa-biasa.
Setiap kali perlawanan, ada saja lensa berjaya ‘menangkap’ kelibat-kelibat wanita cantik yang menjadi pasukan sorak. Bak kata pepatah Melayu, di sebalik kejayaan lelaki, mesti ada seorang perempuan di belakangnya kan? Hiks!
Jom kita lihat antara wanita di sebalik pemain bola sepak terkenal dunia.
1. Bruna Marquezine (Neymar, Brazil)
2. Shakira (Gerard Pique, Sepanyol)
3. Andrea Duro (Javier Hernandez, Mexico)
4. Yoo So-Young (Son Heung-Min, Korea)
5. Pilar Rubio (Sergio Ramos, Sepanyol)
6. Lisa Muller (Thomas Muller, Jerman)
7. Lena Terlau (Julien Draxler, Jerman)
8. Antonella Roccuzo (Lionel Messi, Argentina)
9. Ruby Mae (Dele Alli, England)
10. Georgina Rodriguez (Cristiano Ronaldo)
Amacam, cun kan?
Remaja 13 Tahun Diiktiraf Sebagai “Manusia Akal Tercerdas”, Kalahkan 3000 Peserta Dari 70 Negara

Salute! Ternyata remaja Islam ini cukup membanggakan. Dalam usia yang cukup muda, 13 tahun, dirinya diiktiraf sebagai “Manusia Akal Tercerdas” selepas memenangi pertandingan berskala dunia dalam Pertandingan Mental Aritmetika (IMA) Dunia.
Dalam pertandingan yang diadakan di ibu kota, Abdulrahman yang berasal dari Mesir berjaya mengalahkan 300 peserta lain yang datangnya dari 70 buah negara.
Semasa pertandingan tersebut, remaja lelaki berusia 13 tahun ini berjaya menyelesaikan 230 masalah aritmetik yang susah dan setiap dia mampu menyelesaikannya dalam tempoh sangat singkat iaitu 8 minit. Wow, memang hebatkan.

Untuk makluman, Mental Arimetrika ini adalah satu latihan untuk mengembangkan potensi otak kanan. Mengikut buku New York Times dan Business Week Best Seller yang bertajuk Why Brainers Will Rule The Future, mana-mana mereka yang berjaya menggarap potensi otak kanan akan lebih cemerlang dalam kehidupan mereka apabila dewasa kelak.
Seperti yang dilaporkan oleh Independant.co.uk, Abdulrahman Hussein berkata, kejayaannya dalam persaingan yang berprestij itu tidak boleh dipisahkan daripada sokongan dan bimbingan guru dan keluarga. Sebelum bersaing, Hussein telah berlatih kemampuan mentalnya selama lima tahun di bawah bimbingan guru, salah satunya Batul Mohammed Montasser.

Dia telah menjalani latihan program pembangunan keupayaan mental aritmetik sejak 2015 malah sering mengikuti beberapa pertandingan lain sebagai sebahagian daripada amalan ini.
“Hossain dilatih untuk menguatkan ingatan dan keupayaan pemerhatiannya melalui kekuatan fikiran dan brainstorming untuk menyelesaikan masalah matematik yang agak rumit.,” kata Montasser seperti yang dipetik oleh Al Arabiya.
Menurut laman web Kumpulan Pendidikan Pintar, Program IMA membolehkan kanak-kanak untuk membangunkan otak kanan dan kiri dengan menggunakan kaedah pengajaran Kedua- Abacus Mental-Arithmetic. Melalui program pembelajaran ini, kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk meningkatkan keyakinan mereka semasa peperiksaan atau semasa pertandingan.
Mereka akan menjadi kanak-kanak yang bermotivasi, akan menyukai pelajaran dan akan lebih memberi tumpuan pada pelajaran.
Mengecil Dari Enam Ke Tiga Ahli, OUTBREAK Setia Pertahankan Kumpulan

Sejak dahulu lagi, apabila sesebuah grup nyanyian ditubuhkan, tentunya wujud stigma yang mengatakaan mana-mana grup pasti akan berpecah satu hari nanti. Ahli-ahlinya juga dipercayai akan membawa haluan sendiri sama ada dalam industri nyanyian mahupun di luar bidang seni.
Nama-nama grup vokal popular seperti Destiny’s Child, BLUE dan kumpulan dari Malaysia seperti KRU sendiri pada satu waktu mengambil keputusan untuk berpecah. Tidak hairanlah apabila stigma ‘setiap grup akan berpecah’ itu wujud hingga ke hari ini.
Cabaran yang seakan sama nampaknya dihadapi oleh grup tempatan, OUTBREAK yang telah ditubuhkan sejak tiga tahun lalu. Daripada dianggotai seramai enam orang, satu-persatu ahlinya memutuskan untuk keluar dari grup tersebut hinggalah ia kini dianggotai oleh tiga orang ahli saja.
Bercakap dengan Hakeem Zamall, Shakirin Shah dan Aliff Firdaus daripada OUTBREAK baru-baru ini, mereka akur dengan keputusan tiga ahli lama mereka. Sukar untuk kita mengawal kehendak seseorang bukan. Lalu, dengan kekuatan tiga ahlinya yang setia dan komited bergerak ke hadapan sebagai satu entiti, OUTBREAK meneruskan perjuangan dengan bakat serta potensi yang ada pada mereka.
“Kalau boleh tiada siapa yang nak benda macam ini (kehilangan ahli) berlaku. Kami memilih untuk ketepikan isu lama dan untuk terus berfikiran positif.
“Lagipun konsep grup trio ini jarang ada di Malaysia sekarang, yang banykannya adalah band dan group beranggota ramai. Lalu kami yakin dengan keistimewaan yang kami ada sekarang,” katanya yang bertarung dalam pertandingan Vokal Mania pada tahun lalu.
Tambah seorang lagi ahlinya iaitu Shakirin pula, penambah baikan yang berlaku pada OUTBREAK seperti dari segi paduan vokal dan chemistry yang terjalin di antara mereka juga dapat dirasai oleh peminat sejak mereka bergerak sebagai grup trio.
“Di OUTBREAK, kami tetap menyokong perjalanan karier tiga ahli lama kami. Mungkin misi kami berbeza daripada mereka, namun at the end of the day, kami masih berkawan. Sebagai pendatang baharu, adalah lebih baik untuk kita saling menyokong. Tidak rugi pun, lebih rugi jika berdendam,” ulasnya.
Bercakap mengenai perkembangan terbaru OUTBREAK yang kini semakin aktif di media sosial dengan content viral demi menangkap perhatian pendengar di Malaysia dan Indonesia, mereka baru saja muncul dengan sebuah single baharu berjudul Infiniti.
Dengan hanya memakan masa sebulan lebih sahaja untuk proses rakaman, Infiniti menceritakan tentang misi untuk berjaya. Tanpa mengenal erti penghujung, OUTBREAK mengajak pendengar untuk terus berusaha sehingga berjaya. Ia juga ‘kena’ dengan musim pandemik sekarang yang menyaksikan kes jangkitan harian semakin mencanak naik.
Di kala ada sesetengah daripada kita yang sudah penat untuk bertarung menentang wabak ini, OUTBREAK percaya pada satu hari nanti, bakal ada sinar yang akan menerangi di penghujung jalan.
“Ramai di antara kita yang berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya. Kadang ada impian yang belum tercapai dan mereka mula merasa ‘down’. Oleh itu, menerusi single Infiniti ini kami ingin sebarkan positiviti kepada semua. Have faith sewaktu kita jatuh tersembam.
Kejayaan pasti akan mendatang,
“Buat masa ini, kami masih menantikan waktu bersesuaian untuk merakamkan video muzik. Itu semua perlu dilupakan buat sementara waktu memandangkan kita masih dalam keadaan tersekat dek PKPD di Lembah Klang. Kami akan siapkannya satu hari nanti, jangan risau,” jelas Hakeem.
Bagi korang yang belum lagi mendengarkan Infiniti, klik pautan di bawah dan berikannya like ya!
Saingan BBNU
Dalam era bintang media sosial sekarang, lambakan selebriti baharu di Malaysia saja tidak dapat dinafikan lagi. Saban bulan, ada saja nama baru yang menjadi terkenal dalam sekelip mata. Oleh itu, bagaimana agaknya OUTBREAK sendiri ingin bersaing secara sihat dengan rakan-rakan sebaya mereka dalam industri di Malaysia yang jujurnya, kecil saja. Tanpa strategi berkesan, mana-mana selebriti boleh datang pergi bersilih ganti.
“Kami sedar akan semua itu. Selain strategi yang dipasang oleh pasukan label dan pemasaran OUTBREAK, kami mengikuti rapat trend serta jenis muzik yang berkesan pada zaman in demi memastikan kami kekal relevan.
“Yang penting kami tidak mudah berputus asa. Sewaktu saya menyertai Vokal Mania tahun lalu, kami bertuah kerana dapat bertemu dengan ramai artis senior seperti juri, kak Misha Omar, peserta Aina Abdul dan ramai lagi. Satu nasihat mereka yang kami pegang hingga ke hari ini adalah untuk tidak mudah mengalah. Adatlah, ada yang akan suka ada yang tidak. Fokus kami hanyalah pada mereka yang menyokong dan bukannya pada kecaman yang diterima,” sambung Hakeem.
Oh, Bila Student Malaysia Perlu Berpuasa Lebih 17 Jam Di UK

Isi Kandungan
ToggleDi Malaysia, bila memasuki jam ke-13 kita berpuasa, perut dah ‘terketaq’ berbunyi dah.
Tapi di United Kingdom, pelajar Malaysia di sana terpaksa bertahan selama lebih 18 jam tanpa makan ataupun minum sepanjang bulan Ramadan. Budaya berpuasa di sana nyata berbeza sedikit berbanding di Malaysia disebabkan peralihan budaya.
Akan tetapi, pada pendapat penulis, ada di kalangan perkara yang mereka lakukan ini amat positif sehinggakan membuatkan diri ini nak sangat mencuba berpuasa di sana.
Haa student Malaysia di UK, ini ke yang korang rasakan setiap kali bertemu bulan Ramadan?
01
Berpuasa Lebih 17 Jam
Di UK, waktu Subuh adalah sekitar jam 3.30 pagi manakala waktu Maghrib dan berbukanya pada jam 8.42pm. Wow! Lebih daripada 17 jam berpuasa, berbanding Malaysia dan Mekah yang hanya perlu berpuasa sekitar 13 ke 14 jam saja.
Waktu berpuasa itu juga akan meningkat lebih lama di akhir bulan Ramadan tahun ini, iaitu sekitar 18 ke 19 jam. Mengikut perkiraan, pada hari terakhir Ramadan 2019 mereka bakal berimsak pada jam 2.48am dan berpuasa hingga jam 9.14pm.
02
InsyaAllah, Ibadah Terjaga

Berbanding di Malaysia yang kaya dengan masjid dan surau di semua tempat, jumlah masjid di UK nyata jauh lebih kurang. Disebabkan itulah, kebanyakan masyarakat Muslim UK jujurnya ternanti-nantikan bulan Ramadan kerana mereka teruja untuk ke masjid pada setiap hari, Alhamdulillah.
Seperkara lagi, ketiadaan budaya bulan Ramadan seperti lagu raya, iklan raya dan bazar Ramadan membuatkan pelajar Malaysia gemar mengisi masa bulan mulia ini dengan aktiviti tadarus, iftar dan berterawih bersama.
03
Berbuka Di Masjid

Dan disebabkan itu jugalah, ramai pelajar Malaysia memilih untuk berbuka puasa di masjid. Iyalah, hanya kurang 6 jam saja tempoh yang tinggal antara waktu berbuka dan imsak, lebih baik mereka luangkan saja masa suntuk itu untuk beribadah dan bersama-sama rakan Muslim lain di masjid.
Hampir kesemua masjid menyediakan juadah berbuka dalam skala besar untuk jemaah. Kebanyakan makanan yang disediakan pula terdiri daripada menu Timur Tengah, Pakistan dan Turki.
04
Berbuka di Restoran Halal

Sometimes, mereka juga nak berubah selera. Jadi restoran Halal di sekitar London akan menjadi pilihan untuk berbuka puasa. Antara yang dicadangkan oleh pelajar Malaysia di sana ialah House of Ho (makanan Vietnam dan Thailand), Hoppers (makanan Sri Lanka) dan Guanabana.
05
Bazar Ramadan Malaysia

Pelajar Malaysia di UK juga rajin untuk menganjurkan ‘Bazar Ramadan Malaysia’ mini yang menjual lauk pauk Malaysia. Antaranya yang sempat dicuba rakan kami di sana ialah sambal keli, nasi kerabu dan sambal udang.
Fuhh sedap tu! Bukan saja pelajar Malaysia yang akan mengerumuninya, ramai juga pelajar dan rakyat Inggeris, Arab dan China yang turut membeli.
06
Kadangkala Tak Cukup Tidur
Disebabkan ada pelajar yang memilih untuk berada di masjid sehingga Imsak, mereka hanya akan tidur selepas solat Subuh.
Namun kerana bulan Ramadan jatuh pada musim panas, matahari di UK sudah terik seawal jam 5 pagi. Susah dah nak tidur pada waktu itu dan akibatnya, ada yang mengantuk untuk sepanjang hari. Hehe, standard lah.
07
Masih Selesa, Alhamdulillah
Walaupun berada dalam musim panas, rakan pelajar kami di sana berkata berpuasa di UK tidaklah sesukar mana kerana cuaca di sana mendung dan kadangkala hujan. Lantas suasananya masih selesa dan berangin.
Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya REMAJA ucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang berada di UK! Take care.