10 Pasar/Pasar Raya Yang Dilaporkan Mempunyai Kes Terkini Positif COVID-19

Share

Kes positif COVID-19 di negara kita nampaknya masih belum surut kerana hari demi hari, kes makin bertambah dan tidak menampakkan pengurangan. Justeru itu, masyarakat dinasihatkan untuk tidak keluar rumah sekiranya tiada perkara penting yang perlu dilakukan.

Ini kerana semakin banyak premis perniagaan dilapor mengumumkan penutupan sementara bagi proses sanitasi akibat jangkitan COVID-19 dikalangan pekerja atau pelanggan. Hal ini yang paling merisaukan kita, sekiranya pernah berkunjung ke lokasi-lokasi terbabit.

Foto: Unsplash.com (Gambar hiasan)

Menurut Malaysiakini, sepanjang dua minggu yang lalu, ada beberapa pasar raya dan pasar di seluruh negara menghadapi masalah yang sama dan berikut adalah senarai premis yang dilaporkan ditutup sementara untuk pembasmian kuman selepas terdedah dengan virus COVID-19.

1. Pasar Besar Klang, Selangor (17 Disember)

Ditutup untuk pembasmian kuman dan pengesanan kontak setelah 14 penjual ikan diuji positif COVID-19. Kes-kes tersebut adalah sebahagian daripada kluster Pasar Baru yang mempunyai 364 kes pada 29 Disember 2020.

2. Pasar Awam Larkin, Johor (17 Disember)

Pasar ini juga diarahkan tutup sementara untuk kerja pembasmian kuman setelah terdapat pekerja yang didapati positif COVID-19.

Kredit foto: The Star (Gambar hiasan)

3. Econsave, Forest Heights, Seremban (20 Disember)

Kes dikesan berlaku dikalangan kakitangan dan ia turut dikaitkan dengan kluster Persiaran Heights yang mempunyai 77 kes pada 29 Disember.

4. Jaya Grocer, Glo Damansara, Selangor (24 Disember)

Pasar Raya ini turut ditutup sementara untuk kerja-kerja pembasmian kuman setelah seorang pekerjanya disahkan positif COVID-19. Individu tersebut terakhir berada di premis pada 18 Disember. Semua kakitangan lain di cawangan tersebut telah menjalani ujian swab.

5. Pasar Bangsar oleh Jaya Grocer, KL Eco City (27 Disember)

Menurut notis pasar raya tersebut, perniagaan mereka ditutup sementara waktu selepas kes COVID-19 dikesan. Namun, wakil KL Eco City Mall mengesahkan perkara berkenaan dan memberi jaminan bahawa pusat membeli-belah itu telah dibasmi kuman sepenuhnya.

6. Pasar Awam Banting, Selangor (27 Disember)

Pasar ini ditutup untuk kerja-kerja pembasmian kuman dan mengesan kontak sehingga 7 Januari setelah 25 kes didapati berkaitan dengan tempat ini. Pengarah Kesihatan Selangor turut menyatakan bahawa seramai 43 kenalan rapat individu yang dijangkiti telah diuji, sementara 1010 peniaga akan diperiksa.

7. Pasar Payang, Kuala Terengganu (28 Disember)

Tiga pelawat di pasar tersebut telah didapati positif COVID-19. Walau bagaimanapun, 126 peniaga yang disaring didapati negatif.

8. Jaya Grocer, Quayside Mall, Kota Kemuning (29 Disember)

Seorang pekerja didapati positif COVID-19 dan individu itu terakhir berada di pasar raya berkenaan pada 27 Disember 2020.

Foto: Unsplash.com (Gambar hiasan)

9. Pasar Taman Johor Jaya, Johor (29 Disember)

Pasar ini ditutup untuk kerja-kerja sanitasi selama seminggu bermula 29 Disember setelah seorang penjual ikan didapati positif COVID-19.

10. Mydin Mall, USJ 1, Selangor (29 Disember)

Setelah Mydin melakukan ujian saringan besar-besaran ke atas semua pekerja mereka di seluruh negara, beberapa pekerjanya didapati positif COVID-19.

Bila dengar kes-kes seperti ini memang seram dibuatnya. Mana tidaknya, ia merupakan tempat tumpuan orang ramai untuk pergi membeli-belah. Jadi, untuk keselamatan diri sendiri, elakkan berada di luar sekiranya tidak mempunyai urusan yang penting.

Jika perlu keluar, pastikan mengikut SOP yang ditetapkan dan setibanya di rumah, teruslah membersihkan diri.

Ingat, kita masih belum menang!

Sumber: Malaysiakini

Published by
Noor Ain Norman