10 Password Yang Popular Dan Selalu Di Gunakan Seluruh Dunia, Paling ‘Noob’ Ialah 123456!

Share

Password atau kata laluan merupakan benda yang biasa dalam kehidupan seharian masa kini. Tapi jangan pandang remeh tentang perkara ini!

Sudah digunakan sejak dahulu, pakar-pakar teknologi sering mengingatkan pengguna dalam talian agar tidak menggunakan data peribadi sebagai kata laluan kerana ianya mudah ditembus oleh pihak tak bertanggungjawab.

Jika tahun lalu, SplashData satu badan yang menerajui aplikasi keselamatan dan perkhidmatan lebih dari 10 tahun memberitahu kata laluan yang sering digunakan adalah ‘123456’, bagaimana pula dengan tahun ini?

Lihat senarai top 10 kata laluan terburuk yang digunakan rakyat dunia:

1 . 123456
2. 123456789
3. qwerty
4. password
5. 1234567
6. 12345678
7. 12345
8. iloveyou
9. 111111
10. 123123

Jadi, bagaimana untuk mengetahui kata laluan anda selamat ataupun tidak?

How Secure Your Password? merupakan satu perkhidmatan yang dapat menguji kata laluan anda dengan memaparkan kekuatan kata laluan anda dengan memaparkan berapa lama sesebuah komputer mengambil masa untuk ‘meneka’ kata laluan anda.

Kata laluan yang saya gunakan mengambil tempoh selama 552 quadrilion tahun untuk komputer memecah masuk. Perlu dingatkan angka ini bukanlah angka yang tepat. Ianya hanya pengiraan anggaran semata-mata dengan formula tertentu untuk tujuan pendidikan.

So pilih nak nombor yang mudah diingati, atau pertaruhkan data korang untuk ‘santapan’ hackers?

Sumber : SplashData

Published by
Ruziana Zainal