Mungkin ramai yang gemar memilih pulau sebagai salah satu destinasi percutian favorite. Tapi tahukah korang bahawa terdapat beberapa perairan di dunia ini boleh membawa maut?
Walaupun pada luarannya nampak cantik, tidak bermakna ia selamat untuk dikunjungi. Lagi-lagi untuk si kaki diver.
So gaiss, sebelum memilih tempat bercuti yang rare, eloknya sekiranya korang check terlebih dahulu latar belakang tempat yang nak dituju tu. Jangan kerana hanya nak lain daripada orang lain, nyawa korang juga yang terancam nanti.
Berikut merupakan 10 perairan yang paling berbahaya di dunia yang perlu korang tahu.
Nampak sangat menenangkan tapi sebenarnya tasik ini mempunyai lapisan karbon dioksida di dalamnya dan 55 billion meter kubik metana di bahagaian bawah. Malah, jika berlaku gempa kecil juga boleh menyebabkan ledakan besar dan mampu melenyapkan lebih daripada dua juata orang yang tinggal di sekitar Kivu.
Terletak di Samudera Atlantik yang terdiri daripada gunung ais. Kelajuan angin mencapai 80 batu per jam, arus yang kuat dan jika kapal melalui kawasan ini mereka akan mengalami masalah penglihatan yang kurang baik.
Laluan ini dianggap sebagai tempat pemakaman kapal kerana dah banyak kapal yang terbalik dari zaman Magellan hingga pembinaan Terusan Panama pada abad ke-20.
Penggalian fosil selama lebih kurang 3000 tahun menjadikan sungai ini tepu dengan tembaga, besi dan logam berat. Oleh sebab itu membuatkan air sungai ini bertukar menjadi warna merah.
Tasik ini sentiasa dilitupi wap panas dan suhu airnya boleh mencecah sehingga 82 dan 91.5 darjah Celsius. Perghh, jangan kata nak berenang, nak dekat pun kena fikir 100 kali.
Karbon dioksida yang ada dibahagian bawah tasik ini boleh mematikan segala hidupan. Tasik ini juga pernah menjadi punca kematian empat orang, serta pokok-pokok yang tumbuh 100 ekar di sekeliling. Ok so
korang boleh bayangkan tak?Lautan ini mungkin menjadi tempat yang paling berbahaya untuk menyelam kerana banyak penyelam yang telah meninggal dunia di lautan sedalam 400 kaki ini. Penyebab kematian biasanya disebabkan oleh narcosis nitrogen atau kapasiti udara yang tidak mencukupi.
Tasik Natron adalah salah satu daripada tasik yang paling berakali di bumi dan dilitupi dengan kerak garam yang kadangkala berwarna merah. Suhu air boleh mencapai 50 darjah Celsius di tempat-tempat tertentu dan hamper tidak sesuai untuk kehidupan. Hanya ada tiga jenis ikan yang boleh hidup disini.
Tasik ini lebih kurang sama kisahnya dengan Segitiga Bermuda kerana pernah berlakunya satu kemalangan udara yang paling dahsyat di US tanpa ada sebab yang logic.
selain itu, menurut beberapa sumber tasik ini juga sudah mengorbankan berpuluh-puluh nyawa setiap tahun oleh kerana arus kuat yang tiba-tiba muncul.
Telaga semulajadi yang berukuran 30 kaki dengan air jernih adalah salah satu tempat menyelam yang paling berbahaya di dunia. Di dasarnya, ada beberapa pintuk masuk ke rangkaian gua yang luas dan boleh menyebabkan korang maut.
Sinkhole di dasar laut ini terkenal sebagai habitat ikan laut dan koral yang terindah di Laut Merah. Namun, lautan ini juga dikenali sebagai salah satu kawasan selam yang paling berbahaya di dunia.
Mempunyai kedalaman 130 meter dan pembukaan sekitar enam meter, terowong gua di Blue Hole dapat menjadi perankap untuk penyelam. Selain itu, nitrogen di kedalaman yang melebihi aras selaman dapat membuatkan penyelam tidak sedarkan diri.
Sumber: Brightside