Negara baru menyambut hari kemerdekaan ke 61 pada 31 Ogos lalu. 16 September ini pula kita akan meraikan Hari Malaysia. Sekali pun sudah 61 tahun merdeka tapi ada sesetengahnya belum merdeka pun perangainya terutama bila dapat sterang dan duduk atas litar jalan raya. Korang tak caya, meh tengok apa perangai jelik biasa korang buat! Tabiat ini biasa dilakukan ramai orang, tak kira remaja mahupun dah tua. Kalau kita marah-marah tu, itu tandanya kita dah biasa buat.
1) Tak kisah dengan saman AES – Sejak 1 September lalu, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah mengambil alih Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS)atau biasa orang sebut AES. Jeliknya baru dua hari diambil alih oleh kerajaan, JPJ sudah mengeluarkan 1,268 saman trafik. Ia membabitkan kesalahan had laju (1,121 saman) dan kesalahan lampu isyarat (147 saman). Jumlah samannya RM300 dan perlu bayar dalam tempoh 60 hari. Kalau tidak sila hadap saman. Bukanlah susah sangat nak perlahankan kenderaankan bila nama lambang kamera tu tapi tetap nak pecut juga. So hadap ajer.
2) Pandu laju sampai brek ngam-ngam belakang kereta orang – Ramai yang berangan nak jadi Alonso macam F1 tapi sayang enjin tak sampai tahap tu. Tapi biasanya kelajuan 110km, selagi boleh pecut sampai enjin bergegar itulah kita akan buat. Bila orang depan brek mengejut, kita pun hampir-hampir tertonggeng nak langgar belakang kereta orang lain.
3) Nak masuk simpang tak rajin bagi signal – Nie lagi sakit hatikan. Masuk simpang tak malas nak bagi signal. Bila orang hon dia tunjuk pulak penumbuk ajak gaduh.
4) Lampu tinggi sebelah– Pergh, ini satu masalah dan memang jelik punya perangai. Kadang lampu depan rosak pun tak perasan. Tapi bila tahu rosak, guna pulak lampu tinggi sampai silaukan mata pemandu lain. Nak tukar bukan mahal pun, tak sampai beratus pun. Memang sakit hatikan kalau belakang kita kereta lampu tinggi sebelah nie.
5) Suka berenti “berjemaah” tengok kemalangan– Okay, rakyat Malaysia memang prihatin. Kita memang digalakkan membantu orang lain dalam kesusahan tapi bila atas jalan raya. Kalau korang tengok dah ramai bantu, tak yah lagi sama perlahankan kenderaan sama.
6) Suka “blok” jalan susur sebab nak potong barisan – Pernah kena tak. Sebab dia tengok jalan masuk susurnya dah jem, pemandu jenis biasanya akan ambil paling hujung sekali kemudian dia akan himpit. Mula-mula sorang buat kemudian semakin banyak. Akibatnya jalan jem teruk sebab laluan terhalang.
7) Suka hon biar pun orang dah bagi signal – Bukan nak cakap apa, kadang pemandu dah bagi signal nak masuk ke lane sebelah tapi tetap bagi hon panjang sebab nak tunjuk lagak. Memang menyampah kalau jadi beginikan.
8) Bawa kereta terlalu perlahan – Kes ini banyak berlaku pada pemandu wanita dan golongan berusia. Memang tak salah ikut peraturan tapi kadang kalau terlalu perlahan sampai jalan jadi jem, itu yang jadi jeliknya.
9)Pemandu lori “himpit” kenderaan kecil – Biasa tak korang kena? Kes-kes ini biasanya melibatkan pemandu lori, bas ekspress yang cuba “road bully” pemandu kenderaan kecil. Sebabnya dia tahu himpit bagaimana pun dia tetap menang.
10)Lepas saja kamera AES, pecut semula kenderaan – Biasanya sebelum kamera AES, papan tanda amaran sudah dimaklumkan sekurang-kurangnya tiga papan tanda. Nampak saja kamera tu, banyak kereta akan perlahankan kenderaan mereka. Tapi tengok lepas kamera, pecutnya ya rabbi.
Tapi satu REMAJA nak tanya kat korang, kenapa asal hari Jumaat jer berlaku kesesakan lalu lintas luar biasa jemnya. Ada tak sapa-sapa boleh jawapkan. Asal hari Jumaat jumlah kenderaan terlampau banyak, betul tak?