Kalau melancong ke luar negara naik flight rasanya dah jadi kebiasaan kebanyakan orang. Disebabkan itu ramai yang mengambil peluang untuk merasai pengalaman menaiki tren, secara tidak langsung dapat menikmati keindahan alam semula jadi.
Jika korang nak merasa pengalaman melancong dengan tren, berikut antara beberapa trip keretapi yang mempunyai pemandangan menarik untuk korang try.
Menerusi filem daripada karya novel Agatha Christie yang berjudul ‘Murder on the Orient Express’ membuatkan ramai yang tertarik untuk merasai dan melihat sendiri keindahan pemandangan yang dilalui oleh tren ini.
Bukan sehari dua, perjalanan tren ini boleh jadi sampai seminggu kerana perjalanannya sangat panjang dari Rusia sampai ke China.
Untuk trip selama lebih kurang tiga minggu di Rusia, korang boleh melawat lebih sepuluh negara di Eropah, antaranya seperti Perancis, Itali, Jerman, Switzerland, Sweden, Poland, Bosnia Herzegovina, Portugal, Austria, Czech, Belgium dan mungkin hingga ke Istanbul.
Menarik bukan? Tapi, ready je la duit yang banyak ye. Hiks!
Perjalanan sejauh 264 kilometer merentasi bandar-bandar atau pekan kecil di Britain dan dapat merasai pengalaman melalui Harry Potter Bridge iaitu Glenfinnan Viaduct yang digunakan oleh Hogwarst Express.
Express train paling perlahan yang melalui perjalana sejauh 290KM selama 7 jam antara Zermat ke St Moritz. Tren ini mempunyai tingkap yang luas untuk penumpang menikmati pemandangan pergunungan Alps. Confirm cantik gila wey!
Perjalanan dari Mumbai ke Delhi yang mengambil masa kira-kira empat hingga lapan hari. Sepanjang perjalanan, korang boleh menikmati pemandangan tempat-tempat yang dilalui dari Jaipur, Udaipur, Fatephur Sikri dan Agra.
14 jam perjalanan sejauh 1300KM melalui kawasan terpencil Swedish bermula dari Kristinehamn di selatan menuju ke Gallivare di utara Artic Circle.
Laluan keretapi yang melalui kawasan pergunungan indah di Perancis, iaitu merentasi Banjaran Pyrenees (French Pyrenees).
Laluan keretapi yang mengambil masa selama lebih kurang 4 jam untuk perjalanan sejauh 144KM melalui kawasan pergunungan. Switzerland sebuah negara yang kecil tapi sangat cantik. Memang berbaloi la kalau dapat pergi.
Selama 27 jam, korang akan menikmati pemandangan yang sangat menakjubkan melintasi jalur rel sepanjang 1,600KM antara kawasan Cape Town hingga Pretoria. Kalau korang mempunyai peruntukan yang lebih sedikit, bolehlah ambil gerabak mewah yang lebih luas berukuran kira-kira setengah bilik hotel dan lengkap dengan balkoni. Pergh, confirm best
gila ni.Kalau tak nak perjalanan yang panjang, korang boleh try menaiki tren ini yang perjalanannya hanya mengambil masa lebih kurang 50 minit saja melalui kawasan Sungai Rhine. Walaupun sekejap tetapi pemandangannya cukup cantik dan puas hati.
Rasa-rasanya korang dah bolehlah start menabung kalau nak experience percutian tren macam ni. Kami pasti harganya pun boleh tahan. Hehe!
Tapi kalau berkemampuan tak salah kan nak rasa sekali seumur hidup, yang penting kita enjoy.