Antara stereotaip biasa yang kita dengar bila bercakap tentang anak tengah ini ialah mereka dikatakan agak terpinggir, rebel dan selalu buat hal sendiri terutamanya semasa membesar. Tapi adakah stigma ini benar?

Bagi Remaja ia bukanlah 100% tepat kerana setiap orang mempunyai personaliti sendiri yang banyak dipengaruhi oleh banyak faktor seperti cara dibesarkan, keadaan persekitarn, kawan-kawan dan juga kekuatan dalam diri.

Kali ini, Remaja nak kongsikan 10 perkara yang dikatakan hanya anak tengah sahaja boleh faham. Jom kita tengok apa bendanya yang tak difahami oleh orang lain.

1. Kadangkala orang lupa yang kamu wujud

Ibu atau ayah mungkin mempunyai persefahaman yang lebih baik dengan anak sulung kerana dia merupakan yang pertama. Dan mereka juga mungkin memberikan perhatian yang lebih sedikit kepada si bongsu. Mungkin disebabkan ini kamu berasa agak terpinggir.

2. Selalu kena recycle pakaian/barang dari abang atau kakak

Abang atau kaka selalu saja merasa barang baru, maklumlah sebab mereka lahir dahulu. Apabila mereka dah besar segala pakaian dan barang mereka ‘diwarisi’ oleh kamu selaku anak tengah.

Ads

3. Kamu tak akan lupa kelahiran adik selepas kamu

Ya, sebab selepas adik lahir, kamu bukan lagi anak bongsu!

4. Tak merasa mempunyai bilik sendiri

Sebelum kamu lahir, abang atau kakak kamu miliki bilik mereka sendiri. Selepas itu, kamu muncul dan berkongsi dengan mereka. Abang atau kakak meningkat dewasa, mereka pindah bilik sendiri. And then there you are, kena kongsi bilik dengan adik!

5. Walaupun buat benda pelik orang tak perasan sangat

Don’t be sad. Mereka bukan tak perasan cuma mungkin terlepas pandang.

Ads

Cuma Anak Tengah Sahaja Yang Akan Faham 10 Situasi Ini

6. Selalu tersepit bila adik-beradik bertengkar

Kadangkala kamu sebagai anak tengah ini lebih matang dari si sulung! Terpaksa menjadi pendamai antara yang lebih tua dan muda. Mungkin disebabkan ini kamu menjadi seorang yang lebih tahan lasak.

7. Cuba untuk lebih menonjol

Disebabkan kamu bukan yang paling tua atau paling muda, kamu harus mempunyai kelebihan tersendiri untuk mencuri perhatian semua orang. Kerana apa? Sebab kamu juga merasakan sering dibanding-bandingkan dengan si sulung.

Ads

8. Belajar berdikari pada usia muda

Campaklah sahaja ke mana saja, kamu pasti mampu untuk berdikari. Sejak kecil kamu sudah belajar buat semua benda sendiri. Bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk adik-beradik yang lain.

9. Boleh ‘terlepas’ begitu saja

Sebagai anak tengah, ibu bapa kamu mungkin sudah agak kurang bertegas dengan kamu berbanding dengan abang atau kakak. Setakat kamu buat silap sikit, mereka pejamkan saja mata. Atau mungkin itulah yang orang kata Middle Child Swag!

10. Sangat sayangkan adik-beradik

Meningkat dewasa, kamu akan menjadi seorang yang sangat pentingkan hubungan keluarga terutamanya di antara adik-beradik. Kamu sering menjadi pencetus untuk apa jua aktiviti untuk dilakukan bersama-sama.

Bagaimana? Adakah 10 perkara diatas mempunyai kebenaran atau tidak? Kalau ada persamaan pun mungkin hanya kebetulan sahaja. Just for fun okay! 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI