10 Perkara Korang Perlu Tahu Sebelum Ke Ujibakat Dewi Remaja 2019, September Ini

Share

 

Masanya sudah hampir tiba..! *squeals*

 

Debaran yang ditunggu selama ini oleh bakat di luar sana untuk merealisasikan impian menjadi the next Dewi Remaja semakin hampir.

Edisi kali ini dianggap sebagai satu kejutan memandangkan edisi kesepuluh baru saja melabuhkan tirai pada bulan Januari lalu. Kami masih sedang dalam misi untuk mencari seorang juara agar dirinya berdiri sebaris dengan juara terdahulu seperti Raysha Rizrose, Noor Neelofa, Scha Alyahya dan ramai lagi

Namun sebelum itu, korang haruslah bersedia dan lakukan persiapan sebaiknya sebelum menghadiri sesi uji bakat. *Trust us, you do*

 

01

FAHAMI SYARAT PENYERTAAN

Baca dan fahami syarat penyertaan dengan baik. Jika didapati korang tak layak atau melanggar salah satu syarat, REMAJA berhak menolak penyertaan secara serta-merta. Selain di remaja.my

, korang boleh ikuti pengumuman kami di Facebook dan Instagram dari semasa ke semasa.

 

02

PAKAIAN

Kesemua peserta yang hadir hendaklah memakai BAJU PUTIH, SELUAR JEANS BIRU & KASUT TUMIT TINGGI HITAM. Bagi gadis berhijab korang bebas memilih warna tudung. Paling penting, pakaian haruslah kemas dan sopan. Janganlah datang dengan seluar jeans koyak rabak atau baju yang terlalu menjolok mata.

 

03

BAWA PEN

Keadaan akan menjadi agak sesak dan ramai. Langkah pertama pendaftaran ialah mengisi borang. Untuk melancarkan proses, better korang bawa pen sendiri.

 

04

JANGAN LAMBAT

Pendaftaran akan dibuka pada jam 9 pagi dan kaunter ditutup pada 4 petang. Sebarang penyertaan melebihi waktu itu tidak akan dilayan.

Untuk mengelakkan kesesakan REMAJA nasihatkan korang datang awal dan tidak menunggu sehingga saat-saat terakhir. Makan terlebih dahulu kerana proses uji bakat mungkin mengambil masa yang lama.

 

 

05

INFO DARIPADA REMAJA & ASTRO

REMAJA nasihatkan agar korang hanya dapatkan maklumat dan pengumuman daripada 2 pihak INI sahaja. Usah dengar dan abaikan apa juga maklumat yang mendakwa mereka lebih tahu mengenai pencarian ini.

 

06

IKUT ARAHAN

Sepanjang uji bakat, korang akan dibantu oleh team REMAJA dan kru yang terlibat. Sila dengar arahan dengan baik dan ikuti setiap langkah. Pastikan korang mengikuti flow untuk melancarkan proses uji bakat.

 

07

KETINGGIAN & BERAT BADAN

Ramai bertanyakan REMAJA sekiranya mereka tidak layak kerana faktor ketinggian dan berat badan. Jangan risau, penganjur tidak mengenakan had minima ketinggian dan berat badan. Apa yang penting adalah pakej confident yang kamu bawa.

 

08

HANYA PESERTA DIBENARKAN

Sesi uji bakat akan diadakan di bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Kru hanya membenarkan PESERTA uji bakat sahaja untuk duduk di kawasan holding. Ahli keluarga, kawan-kawan, teman istimewa, abang angkat dan sebagainya tidak dibenarkan ke lokasi uji bakat.

 

09

PERSIAPAN MEKAP & RAMBUT

Gaya solekan dan rambut terpulang kepada cita rasa korang sendiri. Tapi biarlah ia nampak kemas, tidak over the top dan tidak serabai. Begitu juga dengan gadis yang berhijab, gayakanlah tudung mengikut kesesuaian. Remember, less is more.

 

10

MAJALAH REMAJA

Setiap peserta uji bakat WAJIB membawa senaskhah majalah Remaja isu Julai-September 2019 sebagai salah satu syarat pendaftaran. Majalah REMAJA isu terbaru ini boleh didapati di kedai buku utama dan toko-toko buku biasa. Pihak REMAJA juga akan menyediakan majalah untuk korang dapati di meja pendaftaran namun stok adalah sangat terhad.

 

Majalah Remaja isu Julai – September 2019.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim