Fenomena tagged bf/suami di media sosial nampaknya semakin berleluasa dengan kehadiran model terbaru Apple, iPhone 8 8, 8 Plus dan X yang telah dilancarkan serentak.
Mana taknya, perubahan drastik serta penggunaan skrin OLED HDR pada iPhone X berjaya mencuri perhatian peminat tegar Apple yang sentiasa ingin mendapatkan koleksi terbaru daripada jenama terkemuka dunia ini.
Maka, kita boleh lihat sudah ramai yang tagged pasangan mereka kononnya sebagai hint untuk menukar handphone baru.
Apa sebenarnya yang membuatkan ramai tertarik dengan keluaran ini ya? Ok jom kita semak 10 perkara menarik tentang iPhone X dan iPhone 8 seperti yang dikongsi kan oleh amanz.my
Walaupun teknologi ini sudah digunakana seawal tahun 2008 dahulu pada model telefon N85, kini skrin OLED akhirnya digunakan kepada peranti iPhone. Dengan penggunaan skrin ini, paparan pada iPhone X lebih hidup dan terang berbanding pada model iPhone 8.
Selain itu, ia menjimatkan penggunaan bateri dan lebih muda dibaca dibawah cahaya matahari. Teknologi ini juga menyokong penstriman kandungan HDR yang kini lebih meluas dan baru saja diaktifkan pada peranti Android beberapa bulan yang lalu.
Teknologi ini terlebih dahulu digunakan pada iPad Pro 9.7 dan kini diguna pakai pada model iPhone. iPhone 8 dan 8 Plus masih lagi menggunakan teknologi IPS LCD tetapi telah di upgrade dan menurut Apple, skrin True Tone akan mengubah keterangan skrin dan tahap white balance warna bagi mengurangkan silau pada mata.
Seperti yang kami maklumkan semalam, pengecasan pantas dan tanpa wayar kedua-dua disokong pada ketiga-tiga model baru Iphone tahun ini. Bateri telefon boleh dicas sehingga 50 peratus dalam masa 30 minit.
Pengecasan tanpa wayar pula menggunakan format Qi yang menjadi standard semasa. Maksudnya kalau korang ada pengecas tanpa wayar Qi di rumah, ia boleh digunakan dengan iPhone model terkini, tapi ia perlu dibeli secara berasingan.
Sistem yang diperkenalkan tahun lalu telah di upgrade dengan potrait lighthing yang disokong pada iPhone 8 Plus dan X. Antara mod pencahayaan yang diberikan adalah natural light, contour light dan stage light.
Stage light dilihat sebagai sesuatu yang paling menarik kerana boleh menukar background terus berubah menjadi hitam. Ini membolehkan gambar portrait diambil tanpa perlu menggunakan sistem lighting
yang sempurna.
iPhone kini mampu merakam video 4K pada tetapan 60FPS atau 1080P 240FPS, sekaligus menjadikan iPhone 8 dan X peranti terawal menyokong tetapan 4K 60FPS di pasaran.
Ia merupakan pemproses pertama dengan GPU M11 yang direka sendiri. Dua teras berkuasa tinggi dipadankan dengan empat untuk tugas ringan. Ini adalah evolusi selepas teknologi enam teras diperkenalkan pada Apple A10X Fusion.
Kuasa memproses dikatakan meningkat sehingga 70 peratus berbanding A10 Fusion disamping lebih menjimatkan tenaga bagi memastikan bateri tahan lama.
Penggunaan sistem OIS pada kedua-dua lensa memastikan gambar yang diambil sentiasa stabil. Tidak akan ada masalah gegaran terutamanya apabila menggunakan sistem zoom optikal yang biasanya menggandakan gegaran ketika digunakan.
Gambar yang diambil akan lebih sharp dan ini meletakkan iPhone sekali lagi sebagai peranti bagi penggemar seni fotografi smartphone.
Sistem imbasan wajah menggantikan TouchID sepenuhnya pada iPhone X. Apple menegaskan bahawa sistem imbasan wajah ini adalah yang tercanggih kerana mampu mengesan 30,000 titik di wajah.
Hal ini dapat mengurangkan kebarangkalian ia ditipu menggunakan gambar dan kanta lekap seperti pada Galaxy S8 sebelum ini. Kandungan peranti ini lebih selamat daripada dilihat oleh orang asing.
Tidak perlu risau kerana sistem Face ID ini dapat mencari perubahan wajah pengguna. Contohnya, jika anda memakai janggut palsu dan topi sekali pun, Face ID ini tidak mempunyai masalah untuk mengenali wajah pengguna.
Penggunaan emoji amat popular dan saban tahun, puluhan emoji baru diperkenalkan dan IOS akan menjadi sistem operasi awal yang menyokongnya.Dengan animoji, 12 emoji dapat dikustomasi dengan animasi pergerakan wajah sendiri. Bayangkan keseronokan yang anda akan alami daripada hasil animasi yang dihasilkan sendiri.
Kekuatan pembesar suara stereo dipertingkatkan sebanyak 25 peratus. Bagi mereka yang gemar mengakses YouTube dan Netflix, speaker yang lebih lantang ini akan meningkatkan kenikmatan menonton.
Sumber: amanz.my