Terkenal dengan gaya hidup mewah dan glamour, keluarga Kardashian satu ketika dahulu pernah menjadi bualan hangat dan dikenali seluruh dunia kerana mereka mempunyai siri program realiti televisyen yang diterbitkan untuk melihat kehidupan peribadinya.
Keeping Up With The Kardashians ditayangkan selama 21 musim bermula pada 2017 berjaya mencipta populariti sekelip mata adik-beradik Kardashian khususnya, termasuklah Kim Kardashian, Kourtney Kardashian, Khloe Kardashian, Kylie Jenner dan dan Kendall Jender.
Kekayaan dan gaya hidup glamor yang ada pada keluarga ini menarik perhatian ramai, namun tidak semua kisah peribadi dipaparkan dalam siri itu. Sudah menjadi lumrah kehidupan, tidak ada individu yang sempurna dan keluarga popular ini juga sebenarnya mempunyai ‘rahsia’ yang mungkin tidak diketahui ramai.
Jom kita lihat apakah rahsia yang selama ini peminat mereka tidak tahu.
Pada tahun 80-an, Kris Jenner telah menjalani pembedahan plastik pada payudaranya dan ia telah dilakukan sebelum dia masuk ke dunia hiburan Hollywood. Pembedahan plastik itu telah dilakukan oleh Dr. Harry Glassman yang menjelaskan bahawa semua orang inginkan sesuatu yang besar, termasuklah hal payudara.
Selepas bernikah dengan Bruce Jenner atau sekarang lebih dikenali sebagai Caitlyn Jenner, Kris menyatakan bahawa bekas suaminya, Robert Kardashian tidak pernah memberikan nafkah hidup. Namun, menurut salah satu sumber, Robert Kardashian memberikan nafkah sebanyak $5000 USD kepada bekas isterinya dan suami baru Kris Jenner pada setiap bulan.
Pasangan ini memutuskan untuk bernikah hanya dalam waktu 30 hari selepas bertemu.
Kim selalu menghangatkan perhiasannya sebelum menggunakannya kerana dia tidak mahu perhiasan-perhiasan itu berasa dingin dikulitnya.
Kylie tidak pernah menghadiri prom night kerana dia tidak mempunyai sekolah disebabkan Kylie hanya belajar melalui home schooling.
Dr. Paul Crane merupakan doktor kegemaran keluarga popular ini kerana semua bayi mereka dilahirkan dengan bantuannya. Malah, Beyonce juga pernah menggunakan khidmat doktor pakar ini sewaktu melahirkan kembarnya, Runi dan Sir.
Kim Kardashian pernah memarahi adik tirinya, Kylie Jenner dengan teruk kerana datang ke pernikahannya dengan rambut berwarna biru.
Walaupun sudah menjadi seorang nenek, namun Kris Jenner tidak mahu cucu-cucunya memanggil dengan panggilan ‘grandma’, sebaliknya mereka semua memanggil Kris sebagai Lovey.
Selama ini mungkin ramai yang menganggap keluarga Kardashian ini tidak mementingkan Pendidikan. Namun, salah seorang adik-beradik ini iaitu Kourtney adalah merupakan pelajar lulusan University of Arizona dalam bidang seni teater. Adiknya pula, Rob Kardashian merupakan graduan University of Southern California jurusan perniagaan.
Jika selebriti lain membenci dan menjadikan paparazzi sebagai musuh, namun tidak bagi keluarga Kardashian. Buktinya, Kim Kardashian pernah memberikan kasut Yeezy dari Kanye West secara percuma kepada para paparazzi.
Walaupun bukan semua individu menyukai keluarga ini, malah ada yang mengganggap mereka hanyalah memaparkan kehidupan yang ‘fake’, tapi tidak dinafikan sebagai seorang selebriti, gaya dan kehidupan mereka sering mendapat perhatian ramai.
Biar apa pun yang dilakukan mereka, keluarga Kardashian tetap mempunyai pengikutnya yang tersendiri.
Sumber: wolipop.detik.com, liputan6