Ahad lalu, penulis berkesempatan untuk menyaksikan Cheerleading Showcase 2018 yang bertempat di KDU University College.
Memasuki tahun kelapan penganjurannya, ia adalah acara di mana para cheer leader dari sekolah rendah, menengah dan kolej mempersembahkan rutin cheer leading masing-masing kepada pasukan lain.
Lebih daripada 350 orang cheer leaders terlibat, namun tak seorang pun kelihatan seperti stereotaip cheer leader yang selalu ditunjukkan di dalam filem Hollywood. Mereka hanya kelihatan seperti orang biasa yang sukakan aktiviti tersebut.
Lantas, penulis terfikir mengenai perkara yang sering disalah anggap oleh netizen tentang cheer leader.
01
Walaupun cheer leading kini dimonopoli oleh perempuan, sebenarnya, ia bermula sebagai aktiviti untuk lelaki SAHAJA. Pada thaun 1897, pasukan American Football di Universiti Princeton telah menamakan 3 orang cheer leader lelaki yang akan bersorak untuk pasukan mereka.
University of Minnesota juga pernah menyediakan pasukan ‘yell leader’ yang terdiri daripada 6 orang pelajar lelaki.
02
Hanya pada tahun 1923, perempuan mula menyertai cheer leading. Mereka mendominasi aktiviti tersebut semasa golongan lelaki dikerah menyertai pasukan tentera dan pasukan atlet.
Pada masa inilah, rutin gimnastik, lompatan dan peralatan megaphone diperkenalkan untuk pasukan cheer leading.
Ads
03
Ramai beranggapan ia adalah aktiviti untuk gadis menggeletis atau ‘gedik’. Namun, cheer leading sebenarnya adalah sejenis sukan dan ia adalah antara sukan paling berisiko tinggi.
Di Amerika Syarikat, hanya 3 peratus daripada 2.9 juta pelajar perempuan sekolah menengah merupakan cheer leaders.
Bagaimanapun, 3 peratus itu juga yang mewakili 65% kes kecederaan parah di hospital Amerika. Ouch!
04
Ramai beranggapan cheer leader tidak bijak atau mempunyai personaliti ‘bimbo’. Namun, untuk mengekal posisi di dalam skuad cheer leading, seorang pelajar perlu sekurang-kurangnya mendapat GPA 2.5 pada setiap semester.
05
Pakaian juga menjadi satu isu besar. Mudah untuk korang menuduh cheer leader sebagai perempuan yang suka menggatal kerana mereka memakai seluar pendek atau skirt.
Ads
Ya, kebanyakan pasukan cheer leading akan melakukan rutin dengan berpakaian sebegitu. Namun, ia sebenarnya berkait rapat dengan faktor keselamatan.
Bayangkan jika T shirt atau seluar trek longgar mereka tersepit di kalangan ahli pasukan semasa membuat formasi piramid, seluruh pasukan boleh jatuh dan tercedera.
Kini, semakin banyak pasukan yang memilih legging untuk menjaga adab berpakaian.
06
“Cheer leader lelaki adalah homoseksual.” Dude, please..
Apa kaitan aktiviti sukan dengan seksualiti seseorang? Setiap ahli cheerleader akan bertindak profesional sepanjang latihan, pertandingan dan pergaulan dengan pasukan kerana mereka dilatih untuk menghormati ahli pasukan masing-masing.
Ahli pasukan perempuan pula dikatakan suka menjadi queen bee dan suka mengarah orang lain. Itulah yang selalu ditunjukkan oleh filem Hollywood.
Namun realitinya, kebanyakan daripada cheer leader perempuan sentiasa menjaga nilai persahabatan di antara mereka. Ini kerana untuk melakukan formasi sukar, mereka perlu meletakkan kepercayaan kepada rakan mereka.
Ads
08
Cheer leader sukakan glitter?
Okay, apa kata kita lakukan perbandingan. Korang semua suka untuk memakai shawl, tapi adakah korang semua sukakan satu jenama shawl saja? Tidak bukan.
Yes, cheer leader gemar untuk kelihatan presentable, namun itu tak bermakna mereka boleh distereotaip.
09
Cheer leading dikatakan malas dan hanya suka untuk kelihatan cantik saja. Hhm, apa kata satu hari nanti, korang pergi lihat sendiri latihan mereka di gym untuk mengetahui sama ada mereka malas atau tidak.
Cheer leader bukan setakat menghayun pom pom je tau. Mereka juga perlu menguasai skil melompat, stretching, menerjun, koreografi dan paling penting, skil persahabatan.
10
Akhir sekali, cheer leading bukan hanya untuk memenuhi masa lapang semasa sekolah saja. Percayalah, ramai cheer leader yang akan teruskan sukan tersebut selepas meninggalkan sekolah.
Ada yang menjadi coach, pelatih di gym dan tukang koreografi. Paling tidak pun, mereka pasti akan menyokong sebarang pertandingan yang disertai bekas pasukan mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah menjadi satu kemestian pemakaian face mask ditempat awam sekarang bagi mencegah penularan wabak.
Baru-baru ini juga, kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam dan pengangkutan awam yang sesak bermula 1 Ogos.
Namun, ramai yang merungut tentang pemakaian face mask ini mendatangkan kerengsaan kulit yang mengakibatkan jerawat.
Stress betul kalau jerawat penuh di muka dan sudah tentu akan menjadi mimpi buruk buat semua orang.
So,apa kata jangan jadikan face mask sebagai alasan untuk muka terus ditumbuhi jerawat.
Ini nasihat seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Irma Shida telah berkongsi apa yang perlu dilakukan sekiranya jerawat tiba-tiba ‘mendiami’ wajah di akaun Twitter milik beliau sendiri. Tinjauan kami mendapati bahawa perkongsian tersebut telah berjaya meraih perhatian warga laman sosial itu sehingga ia meraih lebih 3,000 ulang kicau dan hampir 5,000 tanda suka.
HOW TO OVERCOME ‘MASKNE’
Before this, I ada buat thread about ‘maskne’. Today, I nak share a few ways you can do to overcome it. Nak senang, memang kita fikir tak payah pakai face mask terus. But it will expose ourselves to the risk of COVID-19.
Ini kami kongsikan apa yang perlu korang lakukan sekiranya jerawat yang tidak diundang tiba-tiba muncul pada wajah sepertimana yang dikongsikan oleh Dr. Irma Shida:
1. Kaji punca terlebih dahulu
Menurut Dr. Irma Shida, sebelum kita cari jalan penyelesaian, kita perlu tahu punca berlakunya jerawat itu terlebih dahulu. Mungkin jerawat tersebut muncul kerana tidur anda tidak mencukupi, stres atau anda ada cuba produk baharu dan ia tidak sesuai dengan kulit. Selain itu, faktor makanan juga boleh menyebabkan kulit yang licin bak telur tiba-tiba dipenuhi jerawat.
2. Fokus pada penjagaan kulit asas
Daripada menggunakan pelbagai produk dalam satu masa, Dr. Irma Shida sarankan supaya biarkan kulit berehat terlebih dahulu. Anda hanya perlu fokus pada penjagaan kulit asas iaitu pencuci muka, toner, pelempab dan juga krim pelindung matahari. Tegas Dr. Irma Shida, kadang-kadang, less is more.
3. No! Jangan Sesekali Skrub Muka
Apabila wajah sedang mengalami fasa pertumbuhan jerawat, Dr. Irma Shida mengingatkan semua agar jangan sesekali menggunakan skrub. Biarkan jerawat surut terlebih dahulu sebelum berbuat demikian. Apabila jerawat tadi hanya tinggal parut, barulah boleh menggunakan skrub.
4. Jangan Gatal Cuba Produk Lain
Jangan sesekali cuba produk baharu semasa kulit sedang mengalami fasa pertumbuhan jerawat. Hal ini demikian kerana sekiranya produk tersebut tidak sesuai dengan kulit, maka jerawat yang sedia ada akan menjadi semakin teruk.
5. Jaga Waktu Tidur
Ini mungkin kedengaran agak klise tetapi untuk dapatkan kulit licin tanpa jerawat, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Jangan sesekali berjaga malam dan mengeluh, “Kenapa muka tiba-tiba naik jerawat?”
6. Kurangkan Pengambilan Gula Dan Makanan Berminyak
Jelas Dr. Irma Shida, kadang-kadang, apa yang kita makan juga boleh menjadi salah satu faktor terjadinya masalah jerawat. Cuba untuk kurangkan pengambilan gula dan makanan berminyak. Sebaliknya, banyakkan makan sayur dan juga buah-buahan.
7. Guna produk yang membantu percepatkan lagi proses penyembuhan jerawat
Untuk mengatasi masalah jerawat, anda boleh menggunakan produk yang mengandungi acne-fighting ingredients seperti asid salisilik (salicylic acid), willow bark dan lain-lain. Bahan-bahan ini akan membantu mempercepatkan lagi proses penyembuhan jerawat.
Bagi mereka yang sudah mencuba pelbagai produk untuk mengatasi masalah jerawat tetapi tidak berhasil, mungkin anda boleh mencuba Derm Purifier daripada Dr. Irma Skincare. Ia mengandungi acne-fighting ingredients seperti asid salisilik (salicylic acid) dan juga ekstrak willow bark.
Moga info ini memberi manfaat kepada korang semua dan jangan lupa pakai face mask!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bergelar sebagai seorang pelajar yang bakal menamatkan pengajian adalah satu pengalaman yang cukup mengujakan. Mereka kini hampir selangkah menuju ke alam kerjaya sekali gus ke dunia dewasa.
Selepas segala pengorbanan dan kerja keras dicurahkan masanya untuk melangkah ke dunia tersebut pastinya memberikan satu debaran serta cabaran kepada setiap pelajar.
Melihatkan kepentingan persediaan kepada pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah mengadakan Taklimat Persediaan Ke Industri dan Kerjaya. Program yang dianjurkan untuk memberikan pendedahan berguna kepada para pelajar ini berlangsung di Bilik Seminar IKBN Kuala Langat.
Istimewanya, program ini disampaikan oleh Ketua Foto dan Video Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. (yang dahulunya dikenali sebagai Karangkraf Digital 360), Sharinizam Othman. Untuk pengetahuan kamu, majalah REMAJA juga merupakan antara ‘keluarga’ yang bernaung di bawah Nu Ideaktiv. Turut mengiringinya ialah salah seorang jurufoto dan video Nu Ideaktiv, Jazlan Nangar.
Seramai 128 orang pelajar daripada jurusan Fotografi, Penerbitan Video dan Teknologi Multimedia Pengarangan telah menghadiri taklimat ini. Sepajang program taklimat ini, Shahrinizam yang mempunyai pengalaman selama 11 tahun di dalam bidang fotografi dan video berkongsi pelbagai tip berguna kepada pelajar-pelajar IKBN untuk mempersiapkan diri mereka sebelum bekerjaya. Selain itu dia turut sedikit sebanyak berkongsi artwork yang pernah dihasilkannya bersama Nu Ideaktiv sepanjang 11 tahun tersebut.
Dia juga berkongsi pengalamannya kepada mereka tentang cabaran, skil komunikasi, cara kerja dalam bidang ini dan juga apakah yang mereka boleh jangkakan bila mula memiliki kerjaya masing-masing.
Sharinizam menyampaikan cenderamata istimewa termasuklah majalah REMAJA kepada Ketua Pengarah IKBN Kuala Langat, Hj. Mgt Hussain Mgt Jaaffar.
Sharinizam yang memenuhi jemputan khas daripada IKBN Kuala Langat menerusi Pegawai Latihan Vokasional, Fahernizam Hj. Russali meluangkan masa selama kira-kira lima jam bersama pelajar-pelajar IKBN Kuala Langat. Program istimewa ini juga turut dihadiri oleh Ketua Pengarah IKBN Kuala Langat, Hj. Mgt Hussain Mgt Jaaffar dan Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Khairul Azhar Bin Abdul Sulaiman.
Semoga pelajar-pelajar IKBN Kuala Langat dapat memanfaatkan segala perkongsian berguna daripada Ketua Foto dan Video kami, Sharinizam Othman. All the best semua!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika kita menyingkap semula kisah hidup pelakon terkenal negara seberang ini, pastinya agak berat dugaan buat si dia apabila terpaksa berjauhan bersama keluarga tercinta ekoran dimasukkan ke pusat pemulihan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
Siapa tidak kenal, aktres cantik, Nia Ramadhani ini. Terbaharu, pelakon sinetron popular Bawang Merah Bawang Putih itu tampil dengan novel berjudul ‘Cerita Ade’. Nia mencurahkan segala pengalaman dari kecil sehingga saat menempuh jatuh bangun hidupnya.
Menurut laporan Liputan6, pelakon berkenaan berkongsi momen sewaktu dan selepas dirinya ditangkap pihak polis. Tambah Nia, dia tidak boleh berhenti menyalahkan diri sendiri atas perlakuan yang tidak baik selama ini. Malah, hampir dua bulan dia menangis dan mengutuk diri sendiri sebaik sahaja terkenang peristiwa hitam itu.
“Saya berada di sana selama 10 bulan. Tetapi, saya menutup diri. Saya belajar selama kira-kira dua bulan setengah. Itu yang membuatkan saya menangis dan bercakap dengan diri sendiri. Ya itulah, kita memang harus melaluinya.
“Inilah perjalanan watak Ade sejak kecil hingga dewasa, banyak pengajaran yang boleh diambil bukan sahaja dari kebaikan namun dari kesilapan yang dilakukan, mungkin kita boleh belajar,” katanya.
Sekadar informasi, ‘Ade’ ialah nama panggilan Nia Ramadhani di kalangan keluarganya. Sehubungai itu, pelakon tinggi lampai itu turut menyifatkan banyak pengajaran yang dapat diambil daripada ‘kemelut’ yang pernah diharunginya, bukan sahaja buat dirinya namun juga untuk masyarakat.
“Ini kerana, ketika saya direhabilitasi dan di akhir penulisan saya berada di pusat pemulihan, kejadian ini sangat besar buat saya. Telah banyak pengajaran yang saya belajar untuk diri sendiri. Jadi, kenapa tidak jika ada peluang untuk saya berkongsi kisah ini dengan orang ramai.
“Selepas apa yang berlaku kepada saya tahun lalu, keutamaan saya bukan lagi untuk dunia, tetapi keutamaan saya adalah untuk reda Allah.
“Allah beri ujian, bukan cinta semata-mata, namun pastu ada hikmah disebaliknya. Kemungkinan Allah beri saya peluang untuk berkongsi cerita kepada orang lain,” ujarnya panjang.
Menerusi karya ini, Nia turut dibantu oleh penulis Pidi Baiq sebagai penyunting novel. Dia berkesempatan menzahirkan rasa kagum buat pelakon tersebut selain mengatakan kisah yang terbuku dalam novel itu sememangnya layak untuk dijadikan sebuah filem.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, perasaan sebak tidak dapat disorokkan oleh pelakon, Amyra Rosli apabila terpaksa melepaskan suami tercinta, Amar Baharin (40), yang menyertai misi berbasikal sejauh...