Kerajaan Malaysia baharu di bawah pemerintahan Pakatan Harapan telah mengambil langkah untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta-merta bermula hari ini, 13 Ogos 2018.
Dalam kenyataannya, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata PLKN dan BTN akan diganti dengan program baharu yang dapat membetuk masa depan belia yang berwawasan dan mempunyai nilai jati diri tinggi.
Memetik kenyataannya menerusi Sinar Harian, “Pemansuhan ini akan disusuli dengan program baharu yang dapat membentuk belia masa hadapan yang berwawasan dan tinggi nilai jati dirinya”.
Jelasnya lagi, program baharu ini yang diuruskan oleh KBS akan melakukan penstrukturan semula fungsi, perjawatan, peruntukan kewangan dan aset Jabatan Latihan Khidmat Negara dan BTN.
Pelbagai reaksi daripada netizen terutama pengguna laman media sosial generasi muda memberikan pelbagai komen dan tidak kurang juga yang throwback
kenangan-kenangan mereka semasa mengikuti program PLKN.Bagaimana dengan kamu yang pernah join PLKN? Pasti kamu dapat rasa 10 perkara yang REMAJA kongsikan di bawah ini.
Bagi kamu yang bekas pelajar sekolah berasrama penuh mungkin sudah biasa lalui perkara ini. Tapi bagi yang bersekolah harian dan tinggal dengan famili, ini merupakan satu pengalaman baru. Bukannya sekejap berjauhan dengan famili dan dengan nikmat hidup selesa ditarik buat seketika.
Ini hanya untuk peserta lelaki sahaja ya. Bagi lelaki mungkin ada antara kamu yang tak biasa potong rambut sangat pendek dengan mesin pemotong rambut menggunakan ‘mata’ nombor satu. Jadi ramai yang first time merasa rambut hampir botak.
Kalau di rumah mungkin kamu selesa dengan bilik sendiri atau paling tidak pun berkongsi dengan seorang atau dua adik-beradik. Tapi dalam program PLKN, kamu tinggal dalam dorm yang menempatkan lebih kurang 20 orang. Maka suasana pun riuh rendah setiap hari.
Percayalah bila masuk program begini kamu akan sentiasa berasa lapar. Dan hebatkan program PLKN atau BTN kkorang akan diberi makan secara percuma sebanyak enam kali sehari! Nikmat makan ketika badan berasa penat ini memang lain macam dia punya pergi!
Sebelum ini ramai antara kamu memang cukup payah nak berenggang dengan handphone. Ke mana sahaja mesti ada di tangan. Tapi bila di sana ia adalah dilarang sama sekali. Setiap handphone peserta akan disimpan oleh ketua kompeni. Hanya hujung minggu sahaja boleh digunakan. Dan itu pun kalau ada liputan kerana biasanya tak ada sebab kebanyakan lokasi di pedalaman.
ARTIKEL BERKAITAN: 10 Snek Yang Korang Wajib Cuba Di Family Mart!
Ini perkara wajib yang mesti dilakukan setiap hari. Dan di sinilah juga ramai antara kamu mula belajar bagaimana nak bangun seawal jam 5.30 pagi untuk buat latihan fizikal.
Di sinilah kamu akan mula kenal dengan rakan-rakan daripada pelbagai negeri di seluruh Malaysia. Maka pelbagai loghat dan pelat akan dapat didengari. Secara tak langsung memberikan kamu pengalaman baru dapat kawan dari negeri berbeza. Masing-masing belajar budaya dan adat berbeza-beza. Memang rasa 1Malaysia sangat!
Mungkin di sinilah sahaja pengalaman yang kamu boleh rasa mandi kolah. Bagi yang tak biasa mandi kolah memang tak akan tahu betapa sejuknya air kolah ini. Nak mula mandi pun pasti akan termenung dahulu dua tiga minit sebab sejuk sangat.
Hari kamu tak akan lengkap tanpa menyanyikan lagu rasmi PLKN. Mungkin sampai hari ini kamu masih ingat lagi bait-bait lirik lagunya, bukan?
Bukan semua orang ya diberi peluang untuk pegang senjata apatah lagi jenis M16. Setiap pelatih diberikan peluang untuk menembak menggunakan senjata yang cukup sinonim dengan pasukan tentera.
Foto: Carian Google