
Pada hari Sabtu dan Ahad lalu, REMAJA bersama team Astro telah menjayakan sesi uji bakat yang dihadiri oleh ramai muka-muka baharu yang menaruh harapan cukup tinggi.
Untuk yang belum berkesempatan mengikuti sesi uji bakat ini, jangan risau kerana kami akan mengadakannya selama dua hari lagi iaitu pada 6 dan 7 Oktober ini di lokasi yang sama.
BACA: 15 Soal Jawab Tentang Casting Dewi Remaja 2018/19
Namun, kami perasan terdapat ramai antara korang masih mempunyai pertanyaan dan persoalan tentang pertandingan serta uji bakat ini terutamanya di lama media sosial.
REMAJA berharap dengan perkongsian di bawah, ia mampu membantu korang untuk melakukan persiapan sebaiknya sebelum ke uji bakat DEWI REMAJA 2018/19 nanti.
Good luck and see you there!
Shaza Bae Dinobatkan Sebagai Juara Dewi Remaja 2019

Sekian lama menanti debaran siapakah yang akan dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019 bagi menggantikan Raysha Rizrose yang memenanginya pada tahun 2014/2015, ternyata malam ini menjadi milik Shaza Bae.
Di hadapan para juri profesional yang mengadili iaitu Scha Al Yahya, Yusry Abdul Halim, Datuk Haji Aznil Haji Nawawi dan Dr Soo Wincci, Shaza Bae dikalungkan dengan gelaran tersebut secara langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Saat pengacara, Amelia Henderson dan Kamal Adli (Hero Remaja 2007/2008) memberikan penghormatan untuk Scha Alyahya mengumumkan Shaza Bae sebagai juara, graduan Universiti Malaya itu tidak dapat menahan air mata kegembiraan.
Selain gelaran juara Dewi Remaja 2019, Shaza juga menerima wang tunai sebanyak RM10,000, sebentuk tiara dan trofi selaku pemenang.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Adriana Ghafar yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM7000 dan trofi manakala tempat ketiga disandang oleh Nynaa Harizal yang menerima wang tunai sebanyak RM5000.
Tempat keempat dimenangi oleh Syamira Izzati dan tempat kelima jatuh kepada Shatirah Amanda.
Sementara itu, kategori Dewi Inspirasi jatuh kepada Nina Amin yang dipilih berdasarkan nilai semangat dan mampu menjadi inspirasi buat remaja di luar sana. Gelaran Dewi Favourite pula dimenangi oleh wakil tunggal dari Sabah, Sharlina Gilbert Mojinun hasil undian peminatnya di laman web Majalah Remaja.

Penganjuran kali kesebelas Dewi Remaja menampilkan jenama telekomunikasi pilihan ramai redONE selaku rakan telekomunikasi dan NUViT Malaysia sebagai penaja bersama.
Malam kemuncak Dewi Remaja 2019 dihadiri oleh alumni keluarga Dewi Remaja seperti Pushpa Narayan (2002/13), Datin Rebecca Nur Al-Islam (2005/06) Ramona Zam-Zam (2009/10) dan Raysha Rizrose (2014/15).
Turut kelihatan ialah finalis Dewi Remaja seperti Natrah Khalid, Fify Azmi, Arena Wan, Anna Jobling, Zeera Azizi serta finalis Hero Remaja 2017; Farhan Asri, Ikmal Amry dan Safwan Nazri.
*
Peraduan Kumpul & Terbang
Istimewa untuk Dewi Remaja 2019, kami dengan kolaborasi penaja dari Scoot Airlines mengadakan peraduan khas ‘Kumpul & Terbang’!
Basically, apa yang perlu korang lakukan adalah menonton kesemua episod Dewi Remaja 2019 di saluran Astro Ria & Ria HD (setiap Sabtu jam 9.00 malam atau siaran ulangan setiap hari Selasa jam 1.30 tengah hari). Ataupun korang boleh menontonnya secara online di aplikasi Astro GO.
Tonton dan kumpul soalan & jawapan pada setiap artikel recap Dewi Remaja 2019 (seperti artikel ini).
Hantarkan kesemua jawapan pada sebelum 25 Disember 2019 kelak ke remaja@ideaktiv.com.
SOALAN EPISOD 8
- Namakan 2 orang juri jemputan (bukannya juri tetap) yang mengadili finalis Top 5 di malam finale.
- Siapakah yang memenangi kategori Dewi Inspirasi dan Dewi Favourite?
- Namakan 2 penghibur yang menjayakan persembahan di atas pentas Dewi Remaja 2019 dan nama lagu yang mereka nyanyian.
*
BUTIRAN DIRI
- Nama:
- No Kad Pengenalan:
- Umur:
- Alamat:
- Emel:
- No Telefon (HP):
- No Telefon (R):
- Akaun Instagram / Facebook / Twitter:
- Isi slogan berikut: Saya ingin memenangi sepasang tiket penerbangan Scoot Airlines ke _______ kerana ________ (tidak melebihi 15 patah perkataan) .
*
Jawab dan kumpul 3 soalan ini hingga 15 Disember 2019 agar korang berpeluang untuk memenangi 3 pasang tiket penerbangan tajaan Scoot Airlines.
Scoot menghubungkan lebih 60 destinasi di 17 buah negara seluruh dunia dari Singapura. Ini termasuklah Athens, Berlin, Gold Coast, Jeddah, Sydney dan terbaru, Trivandrum, Wuhan dan Kunming.
Di dalam Malaysia, Scoot menawarkan penerbangan dari/ke Kota Bharu, Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang. Penang. Bermula 3 Disember 2019 pula, Scoot akan terbang dari/ke Kota Kinabalu!
*
TERMA & SYARAT PENYERTAAN
- Semua peserta MESTI berumur 21 tahun ke atas pada masa mereka menyertai peraduan. Peserta mestilah seorang warganegara Malaysia dan / atau penduduk tetap Malaysia. Sekiranya peserta di bawah umur 21 tahun, penyertaan mereka mestilah diawasi oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.
- Peserta mesti memegang pasport semasa dengan sekurang-kurangnya enam bulan sah dari tarikh perjalanan.
- Follow Facebook dan Instagram (@majalahremaja) serta Twitter (@majalahremajaMY).
- Follow Facebook (@FlyScootMY) dan Instagram (@flyscoot)
- Wargakerja Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO), Scoot Airlines ataupun ahli keluarga serta kenalan rapat tidak dibenarkan untuk menyertai peraduan ‘Kumpul & Terbang’ ini. Sebarang penyertaan akan dibatalkan secara serta-merta.
- Tarikh tutup penyertaan untuk menghantarkan emel adalah pada 25 Disember 2019 (Jumaat). Sebarang penghantaran lewat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan oleh pihak pengurusan.
- Semua hadiah tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
- Sekiranya hadiah yang diperolehi berupa tiket penerbangan hilang, rosak atau tamat tempoh, Scoot tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan dengan tiket penerbangan baru. Pihak pengurusan berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang lain. Tiada aduan yang akan dilayan mengenai perkara tersebut.
- Pihak pengurusan tidak akan melayan sebarang aduan mengenai kualiti dan kuantiti hadiah yang telah diberikan.
- Peserta menyatakan dan menjamin bahawa mereka tidak pernah mempunyai apa-apa sabitan atau rekod jenayah dan tidak pernah mempunyai tingkah laku yang boleh menjejaskan reputasi peraduan.
- Penyertaan yang tidak lengkap dan tidak teratur dikira tidak sah (mengikut budi bicara mutlak pihak pengurusan).
*
Jangan lupa untuk kirimkan soalan, jawapan dan butiran diri daripada kesemua 8 episod Dewi Remaja sebelum 25 Disember ini ya!
Cantik & Berseri! Nynaa Harizal,Top 3 Dewi Remaja 2019 Kini Sarat Mengandung

Tiada angin tiada ribut, pemilik nama penuh Nurul Hanynaa Harizal kini dilaporkan sedang sarat mengandung apabila bertemu dengan media di sebuah majlis hiburan. Lebih mesra dipanggil Nynaa, dia dilaporkan sedang menghitung hari untuk menantikan kelahiran anak sulungnya lantaran sudah memasuki bulan kesembilan kandungan.
Walaubagaimana pun, wanita anggun berusia 27 tahun itu belum lagi bersedia untuk ditemubual lebih lanjut tentang perkara tersebut dan akan berkongsi setelah melahirkan kelak.
Sebelum ini Nynaa telahpun berkahwin dengan ahli perniagaan, Fahmi Ilyas pada 28 Ogos 2021. Kisah rumah tangga mereka menjadi tumpuan apabila pada 3 November, Fahmi mendakwa isterinya ‘dilarikan’ bapa mentuanya ketika penggambaran sebuah drama.
Nynaa kemudian dilaporkan bertindak memfailkan penceraian secara baik dengan Fahmi pada 10 November 2021 dan sebutan kes berlangsung pada 18 November di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.
Suaminya membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat. Pasangan sama cantik dan sama padan ini mencapai persetujuan untuk berbaik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Merupakan salah seorang finalis pencarian Dewi Remaja 2019 anjuran REMAJA, ketika itu Nynaa berjaya bergelar pemenang tempat ketiga. Antara rakan selebriti seangkatan dengan dirinya ialah Shaza Bae yang merupakan juara edisi tersebut.
Kini jika anda rindukan lakonan si cantik ini, Nynaa muncul dengan naskah Kau Cipta Kasih yang kini sedang disiarkan untuk slot Samarinda di saluran TV3.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
[KUIZ] Apakah Gelaran Dewi Remaja Paling Sesuai Dengan Korang?

Pejam celik, pejam celik… Pencarian Dewi Remaja 2018/19 bakal bermula pada Sabtu ini dengan sesi uji bakat pertama. Debaran yang dinantikan oleh ramai calon-calon yang memasang impian mengikut jejak Neelofa, Scha Al-Yahya, Raysha Rizrose dan ramai lagi bekas Dewi yang kini bergelar selebriti terkenal tanah air semakin dirasai.
Kami di team REMAJA juga tidak terkecuali daripada merasai debarannya. Segala persiapan rapi telah dilakukan dan menunggu detik untuk kami memlilih siapakah antara ribuan yang bakal hadir berjaya dipilih sebagai finalis. Sebelum merasai debaran itu, REMAJA ingin mengajak korang semua untuk cuba kuiz yang disediakan istimewa untuk pembaca.
Agak-agak apakah gelaran Dewi yang sesuai dengan personaliti korang berdasarkan kuiz di bawah?
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2018/09/TEASER-DEWI-REMAJA-1.m4v.mp4?_=1