Pertama sekali, Remaja ingin ucapkan ALL THE BEST kepada korang yang akan mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 14 Mac ini. Kerja keras yang telah kamu curahkan selama ini berserta doa daripada ibu bapa dan guru insyaAllah akan membuahkan hasil.
Tamat SPM beerti tamatlah sudah dunia persekolahan buat kamu (kecuali yang mengambil STPM nanti). Dan tidak lama lagi kamu akan melangkah ke dunia baru yang lebih mencabar iaitu dunia pengajian di IPT. Kali ini Remaja ingin kongsikan 10 perkara yang akan kamu hadapi bila tamat SPM dan memasuki dunia IPT nanti.
Kemungkinan besar selepas ini kamu semua akan menyambung pelajaran ke pelbagai jenis universiti, kolej, politeknik atau pusat pengajian latihan teknikal. Melainkan yang sudah biasa tinggal di asrama sebelum ini, kamu akan mula belajar untuk hidup berdikari. No more
suruh mak tolong basuh baju.Kamu kini sudah berusia 18 tahun dan dalam beberapa tahun lagi sudah boleh digelar orang dewasa. Perjalanan masa depan masih jauh tetapi kamu harus mula belajar untuk mengawal perbelanjaan dan kewangan. Kalau tak kena gaya kamu kena belajar bagaimana nak ikat perut. Percayalah, jika kamu mulakan tabiat berbelanja dengan baik dari sekarang pasti masa depan kamu lebih terjamin.
Bila hidup berdikari di tempat belajar yang jauh dari keluarga, pastinya setiap keputusan akan dibuat sendiri. Latihlah diri untuk lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada kedua ibu bapa. Belajar untuk cuba cari jalan penyelesaian dalam hal-hal kehidupan seharian.
Mahu atau tidak itulah yang akan kamu alami. Selepas tamat sekolah pasti tidak akan selalu berjumpa dengan mereka, melainkan yang betul-betul rapat sahaja. Apatah lagi kalau masing-masing dapat sambung belajar di tempat berbeza yang jauh.
Melangkah ke alam universiti kamu akan berdepan dengan cara pembelajaran yang sedikit berbeza. Pendekatan serta corak mengajar pensyarah mungkin sedikit berbeza dengan cikgu di sekolah. Bai pensyarah kamu bukan lagi budak-budak hingusan. Dan jangan expect
perhatian itu diberikan kepada budak-budak kelas kamu sahaja.Mungkin semasa di sekolah dahulu kamu dihantar ke sekolah atau menaiki bas sekolah yang datang menjemput di depan rumah. Tapi bila sudah hidup berdikari kamu akan lebih kerap menggunakan kenderaan awam dan berdepan situasi kena menunggu; yang kadang-kadang agak lama.
Semasa belajar di IPTA atau IPTS kamu akan mula mengenali ramai kenalan baru yang datang dari tempat berbeza. Di sinilah kamu akan mula kenal dengan budaya, loghat dan juga personaliti rakan-rakan baru yang sangat berbeza.
Kamu mungkin beranggapan bahawa assignment di pusat pengajian tinggi ini lebih kurang sahaja dengan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu dahulu. Actually, kamu silap besar jika berfikiran begitu. Assignment ini boleh datang dalam pelbagai jenis ‘bentuk’ dan ‘rupa’. Tak kena gaya kamu kena menyiapkannya dalam tempoh lama. Cuba tanya senior-senior bagaimana, barulah kamu tahu langit tinggi rendah. Hehe.
Inilah antara perkara yang sangat dinantikan oleh kamu semua bukan? Peraturan pakaian di setiap pusat pengajian tinggi awam atau swasta berbeza-beza. Tapi apa yang pasti kamu tidak lagi perlu memakai baju sekolah. Jadi inilah masa untuk kamu explore gaya fesyen terkini dan menampilkan personaliti.
Besar kemungkinan ramai di antara kamu tidak tahu apa itu ‘nasi bujang’. Kalau nak tahu inilah menu yang biasa diamalkan oleh pelajar-pelajar di IPT bila poket sudah semakin kering. Menu yang pasti dikenali oleh semua senior kamu ini ialah nasi putih, telur dadar/mata kerbau dan sup kosong. Ketahuilah nikmat makan ‘nasi bujang’ ini akan kamu fahami suatu hari nanti.
Kredit foto: Gantung the Series & IG Finalis Hero Remaja, Ikmal Amry