Dr. Amalina Bakri sering mendapat perhatian di media sosial kerana idola Malaysia ini jelas sekali bukan saja bijak, malah gaya fesyennya juga membuatkan ramai anak muda terpesona.
Terbaru, namanya sekali lagi disebut sikap prihatinnya membantu adik Ainul Mardhiah dalam pembedahan membuang tumor pada mulut bayi yang berusia sembilan bulan itu.
Seluruh masyarakat di Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Amalina kerana walaupun berada jauh beribu batu dari negara kita, tetapi dia melihatkan kesungguhan untuk membantu adik comel tersebut.
Sudah lebih kurang 14 tahun tinggal di luar negara, pasti ramai yang ingin mengenali personaliti hebat ini.
Kalau korang nak kenal lebih rapat dengan Dr. Amalina ni, berikut merupakan soalan-soalan yang pernah dikongsi daripada Ask Me Question di ruangan Instagram story miliknya.
1. Bercita-cita tinggi
Never settle for less. Selalu ada plan A sampai Z.
2. Berdikari
Suka lakukan semua perkara dengan sendiri dan tidak suka bergantung kepada orang lain. Seorang yang degil (in a good way) dan tidak gemar bila orang lain menyuruhnya untuk melakukan apa yang patut dibuat. I am my own boss.
3. Curious
Suka belajar perkara baru setiap hari.
4. Wandeluster
Seperti yang korang mungkin dah tahu, Dr. Amalina memang suka travel. Bila ada waktu free, dia tak boleh duduk rumah tanpa melakukan apa-apa.
So far, Dr. Amalina dah travel ke 61 buah negara (kebanyakkan di Eropah, Amerika Utara, Afrika, Asia, Australasia, Caribbean.
View this post on Instagram
5. Favorite perfume
Chanel Mademoiselle dan Burberry Brit.
6. Pertama kali jatuh cinta
Sewaktu umurnya 16 tahun, dia pernah jatuh cinta dengan seorang lelaki Itali kerana pernah menetap di negara tersebut.
7. Result exam
UPSR- 5A
PMR- 8A
SPM- 17 A1
A Levels- 5As with Advanced Extension Awards in Chemistry and Biology (Distinction)
Dr. Amalina memang tak pernah dapat keputusan exam selain gred A. Wow, hebatnya!
8. Tip cantik
Dia akan meluangkan masa selama satu jam untuk ke gym dalam lebih kurang tiga atau empat kali seminggu. Antara rutin gym yang dilakukan:
Reverse plank – 10-15 reps
10 reps of The Parachute
15 reps of twisting scissors
10-15 reps of side plan kicks
10 reps of burpees
10 reps mountain climbers
15 reps of weighted sit ups
15 reps of Russian twists dan banyak lagi
Fuhh, dengar pun dah mengah. Cayalah doc!
9. Uk or Malaysia?
Malaysia is where my heart is. UK is where my life is.
10. Lagu favourite masa surgery
It’s a final countdown
Apa-apa pun, kami memang salute dengan Dr. Amalina ni. Walaupun menetap di luar negara, tetapi sikap rendah dirinya tetap ada dan paling penting, dia masih mampu berkhidmat untuk rakyat Malaysia sungguhpun berada jauh di perantauan.
Terima kasih Dr. Amalina Bakri!
Kredit: Instagram Dr. Amalina