10 Petanda Menunjukkan Korang Sebenarnya ‘Penagih’ Laman Media Sosial

Share

Pernah dengar dengan istilah social media addiction? Ia merupakan frasa yang digunakan untuk menggambarkan seseorang yang menghabiskan terlalu banyak masa melayari laman media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan pelbagai platorm lain. Sehingga kini masih tiada lagi pengkhususan dari segi medikal tentang gejala ini namun di kalangan remaja dan belia, ia sudah semakin parah.

Adakah kamu seorang social media addict? Nak tahu betul atau tak cuba periksa 10 perkara di bawah.

1. Bila tersedar dari tidur pada waktu malam perkara pertama yang kamu akan periksa ialah mencapai telefon dan membuka mana-mana akaun laman media sosial.

Kadangkala walaupun tiada sebarang notification kamu akan skrol je timeline.

2. Sebelum mandi setiap pagi kamu akan luangkan masa sekurang-kurangya 5-10 minit memeriksa apa yang berlaku di semua laman media sosial kamu seperti Twiiter, Facebook dan semestinya Facebook.

3. Cuba buka Facebook kamu sekarang? Jika tidak sampai seminit sudah menemui semula perkara sama yang kamu skrol sebelum ini bermakna kamu memang social media addict yang tegar. Admit it kamu tidak suka ketinggalan untuk mengetahui mana-mana posting sekali pun, betul tak?

4. Jika berada di rumah kamu akan melayari laman media sosial secara serentak melalui telefon dan juga komputer. Kamu pernah lakukan benda macam ni, jangan tipu sebab kami pun sama. LOL

5. Facebook dan Twitter menjadi laman web paling kerap dikunjungi oleh kamu bila menggunakan komputer. Tak percaya? Sila buka bahagian ‘history‘ sekarang.

6. Ahli keluarga dan rakan-rakan sering memarahi kamu yang kerap kehilangan fokus bila berbual dengan mereka. Ini kerana kamu tidak memberikan perhatian sepenuhnya dan terganggu dengant elefon pintar yang melekat di tangan.

7. On the bright side, kamu sangat hebat dalam hal-hal berkaitan laman media sosial. Apa saja feature baru kamu pasti jadi orang pertama di kalangan rakan-rakan yang meengetahui dan pandai menggunakannya. Features filter baru yang serba melucukan? Pasti pantas keluar di IG stories kamu!

8. Setiap kali Facebook atau Instagram melakukan ubah suai yang besar kamu pasti stres! Ingat tak bila Instagram dan Facebook perkenalkan algoritma di timeline

dahulu? Kamu pasti jadi salah seorang yang meroyan sakan, bukan?

9. Setiap bulan kamu melanggan atau membeli data untuk kegunaan Internet di telefon pintar. Dan jika jumlah penggunaan data untuk laman media sosial melebih 80% daripada jumlah data yang kamu ada, itu bermakna kamu social media addict yang parah!

10. Setiap kali ke bilik air untuk menjalankan urusan ‘melabur’, kamu pasti akan luangkan masa yang lebih lama dari kebiasaan. Sebab kamu habiskan masa skrol timeline sambil melunaskan hajat.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim