10 Petunjuk Korang Dan Teman Istimewa Dalam Hubungan Yang Sihat

Share

Mencari teman istimewa kadangkala menjadi satu dilema yang berat terutamanya bagi seorang wanita. Dan setiap orang juga pasti sudah ada ciri-ciri tertentu yang menjadi tarikan utama buat mereka.

Namun adakah sifat luaran semata menjadi ukuran untuk korang berada dalam hubungan yang sihat? Sudah semestinya ia tidak semudah itu.

Kepada yang sudah ada teman istimewa, adakah si dia memiliki 10 karakteristik yang REMAJA kongsikan kali ini?

Tidak melukakan

Seorang yang dianggap teman istimewa dan buah hati pastinya tidak akan sesekali cuba menyakitkan hati kamu dengan sengaja. Sebaliknya dia adalah insan yang paling mengambil berat terhadap korang.

Pandai jaga air muka

Begitu juga bila bersama rakan-rakan dan ahli keluarganya atau korang sendiri. Dia tidak akan memalukan dengan jenaka-jenaka murahan untuk membuatkan korang berasa awkward. Malah, dia sangat bangga dan teruja bila bercerita tentang korang.

Sayang diri sendiri

Tidak bermaksud kamu bercinta dengannya dia harus berhenti menyanyangi dirinya sendiri. Biarkan dia terus melakukan apa yag dia suka seperti hobi dan juga minatnya. Selain itu dia juga cukup supportive dengan apa interest korang.

BACA: 5 Petanda Paling Jelas Gadis Itu Tak Suka Pada Korang

Tidak meninggi suara

Hubungan yang tidak baik biasanya akan bermula apabila dia atau korang sendiri mula bercakap meninggikan suara. Inilah bait-bait permulaan setiap hubungan yang kelak pasti berlaku keretakan.

Pandai berbincang

Tipulah kalau pasanagan bercinta tak pernah berdepan dengan masalah. Cuma di sini dia lebih matang dan pandai mengawal diri daripada dikawal emosi. Jika dia pandai bercakap dan berbincang itu bermakna dia memang seorang yang penyabar.

Tidak insecure

Satu lagi punca perbalahan utama antara pasangan ialah akibat rasa cmeburu. Dan kebanyakan rasa cemburu itu timbul bermula daripada rasa insecure dirinya. Bukanlah cemburu itu tidak elok tetapi ia haruslah tidak keterlaluan dan sering membuatkan korang berasa terkongkong.

Sentiasa jujur

Perkara paling penting dalam mana-mana hubungan. Korang perlu tahu sama ada dia jujur atau tidak sama ada ketika awal hubungan atau selepas itu. Segala sengketa boleh dielakkan jika kedua-dua pihak sentiasa jujur.

Tahu beri ruang

Setiap orang adakalanya perlukan ruang atau space tersendiri untuk berfikir atau bertenang. Seorang teman lelaki atau wanita yang memahami pasti cukup masak dengan perkara ini.

Pikul tanggungjawab

Untuk melihat hubungan korang ke peringkat seterusnya, ini merupakan perkara yang harus ditekankan. Lihat bagaimana dia handle kehidupan peribadinya. Adakah dia seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga, pelajaran, pekerjaan atau kepada dirinya sendiri.

Sentiasa berusaha memenangi hati

Semakin lama semakin kurang sifat romantik terutamanya bagi golongan lelaki. Namun, adakah perkara itu benar? Korang berada dalam hubungan yang sihat jika si dia sentiasa berusaha memenangi hati kamu dengan hal-hal yang pada orang lain cukup remeh. Tapi bagi kirang ia cukup bermakna.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim