Selain daripada jerawat, masalah blackhead juga sering membimbangkan kaum perempuan kerana mereka akan berasa tidak berkeyakinan diri.
Kulit muka yang berminyak berpotensi untuk mengalami masalah pada liang pori dan ia secara tidak langsung mengundang masalah lain seperti whitehead, blackhead dan jerawat.
Jadi apakah rutin yang korang selalu buat untuk hilangkan masalah blackhead ini?
Ini 10 produk pembersih atau penghapus bintik hitam yang dapat bertindak dengan berkesan, membuatkan wajah halus dan bebas daripada permukaan gerutu yang disebabkan blackheads dan whiteheads.
Sumber: affordorable.com
Disebabkan penulis memang gemar menggunakan jalan pintas untuk membuang bintik hitam dan putih pada hidung, jalur pelekat pori dari Guardian ini adalah a must kerana lebih baik daripada jalur pelekat pori jenama Biore.
Gam pelekatnya lebih berkesan untuk menarik keluar kotoran sekaligus menghaluskan penampilan kulit di hidung. Tiada lagi gerutu bintik hitam dan putih kelihatan!
Cepat bertindak mengeluarkan bintik hitam dan putih, jalur pelekat pori ajaib ini berkesan!
Sumber: Google Images
Hanya perlu membasahkan kawasan hidung dengan air, lekat jalur pelekat pada hidung selama 10 hingga 15 minit (sehingga jalur pelekat terasa keras), cabut dan anda boleh melihat hasil bintik hitam dan putih yang sudah keluar pada bahagian permukaan pelekat.
Sumber: accordingtomimi.com
Masker tanah liat yang perlu dibilas kemudian ini amat sesuai untuk kegunaan kulit yang berparut. Ia diformulasi dengan ekstrek Tea Tree yang mampu memudarkan parut dari semasa ke semasa malah membuatkan kulit tidak kering selepas setiap cucian.
Ia juga banyak mendapat reaksi positif daripada pengguna di atas talian yang mengatakan masker ini buat kulit jadi sejuk, mampu memulih jerawat sekaligus menghapuskan bintik hitam.
Dicipta khusus untuk kegunaan harian, serbuk pencuci ini perlu digabung dengan beberapa titis air untuk dijadikan pes berkrim sebelum disapukan menyeluruh pada wajah.
Sumber: Pinterest
Ia mengandungi kebaikan arang buluh untuk bantu menghakis keluar kotoran dalam pori serta segala toksin, bintik hitam dan sisa debu agar kulit bersih senantiasa.
Campuran masker ini pernah menjadi viral beberapa tahun yang lalu kerana mampu mengecutkan jerawat sekaligus buat penampilan wajah kelihatan lebih mulus dan bersih daripada cela.
Sumber: Pinterest
Jadi, jangna lupa cuba masker ini jika anda mahu menghilangkan bintik hitam sekaligus membebaskan wajah daripada kemunculan jerawat!
Bukan sahaja memerangi bintik hitam, ia juga mampu menyerlahkan peampilan kulit untuk kelihatan lebih segar yangs sesuai untuk semua jenis kulit.
Sumber: Sephora
Percaya atau tidak ramai testimoni mengaku bahawa sehari selepas penggunaan, kulit wajah mereka kelihatan lebih berseri, bebas kusam dan terasa produk ini berkesan menyah kotoran secara lembut.
Sumber: Sephora
Dengan hanya dua langkah cucian, kombo pembersih jenama Murad ini mampu menarik keluar segala kotoran yang tersumbat dalam kulit malah bantu menutup kembali liang roma untuk melindungi kotoran lain dariapda terus memasuki pori-pori. [BELI]
Produk pencuci ini memang dicipta khas untuk membersihkan liang pori tersumbat seterusnya menghilangkan bintik hitam dengan kadar segera sebelum menaikkan seri kulit dalam masa dua hari selepas beberapa kali penggunaan. Walau bagaimanapun, difahamkan yang pencuci ini mengandungi beberapa peratus kandungan alkohol yang bisa mengeringkan kulit, jika kulit anda jenis kering ekstrem, sila elakan.
Menggabungkan kehebatan untuk memerangi jerawat serta mampu menghilangkan kesan parut atau cela dengan cepat.
Sumber: Google Images
Selain itu, skrub aprikot daripada jenama St. Ives ini juga popular dalam kalangan pengguna kerana ia boleh mengecutkan pori serta menghapuskan segala kotoran tersumbat. Namun hati-hati agar tidak menggunakan skrub ini hari-hari okay?
Serum ringan ini mengandungi manfaat air kulit kayu willow putih serta betaine salisilat yang bertindak menyedut keluar segala bintik hitam degil dan memelihara kulit daripada kemunculan bintik hitam yang baru.
Selepas mencuci wajah, sapu dan ratakan beberapa pam serum ini ke seluruh bahagian kulit wajah terutamanya pada bahagian yang bermasalah dan hasilnya… bintik hitam semakin mengecut dan bakal hilang dalam masa terdekat.
Selamat mencuba! ❤️
Namun harus diingatkan bahawa sebelum menggunakan sebarang produk perawatan kulit wajah, pastikan anda sesuai dengan kandungan bahan dalam sesuatu produk. Elakkan menggunakan produk yang menggunakan bahan yang sensitif dengan kulit anda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.