Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sering kali kita dengar tentang kewujudan produk-produk Islamik yang kononnya dapat memberi manfaat buat pengguna.
Persoalannya, sejauh mana keberkesanan yang boleh dijamin oleh si pengeluar produk tersebut tentang manfaat-manfaat yang dijanjikan?
Adakah benar hebatnya produk tersebut seperti yang dicanangkan atau mereka hanya mahu menjual nama agama semata-mata untuk mengaut keuntungan atas angin?
Berikut merupakan 10 jenis produk ‘Islamik’ yang pernah mempergunakan nama agama demi mendapatkan kepercayaan umat Islam dan melariskan jualan.
Satu ketika dahulu, isu ini pernah viral kerana ia merupakan sebuah perkhidmatan yang ditawarkan untuk mendoakan hajat seseorang secara terus di Masjidil Haram, Makkah. Perkhidmatan ini diwujudkan bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk pergi menunaikan umrah/haji, tetapi mempunyai beberapa hajat yang ingin dikabulkan.
Pakej bermula dari RM250 sehingga RM5000 bergantung kepada lokasi doa yang dibuat dan jumlah doa yang dipohon.
Pengusaha produk seks pun dah mula berani menggunakan model ala-ala Muslimah untuk mempromosikan produk mereka. Lagak seperti orang alim, tetapi bahasa yang digunakan sungguh tidak melambangkan kesucian agama. Jijik betul!
Ramai dah sedia maklum akan ribuan khasiat yang terdapat pada air zam zam. Dek kerana ingin menarik pembeli, sebuah gerai telah menjual air minuman yang dicampurkan bersama air zam zam. Persoalannya, adakah si penjual benar-benar menggunakan air zam zam?
Baju Melayu lelaki juga dijadikan ‘modal’ untuk mereka menjual agama demi mengaut keuntungan mudah. Berdasarkan kisah baju ini, tukang jahit pernah bermimpi berjumpa dengan nabi dan setelah itu mendapat ilham untuk menghasilkan baju Melayu ini.
Lucu tapi benar. Telur ini dijual dengan cop halal kerana dinyatakan bahawa ayam-ayam yang menghasilkan telur tersebut telah diperhatikan pergaulannya agar tidak terlibat dengan pergaulan dan seks bebas.
“Kami menjamin setiap penjantan hanya membuahi 4 indukkan sesuai syariah.”
Huh, like seriously?
Tidak hanya telur, ayam ini juga dikatakan telah di terapi dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Ayam ini juga dikatakan boleh membuatkan minda menjadi lebih tajam dan menjamin kesihatan yang lebih baik.
Menurut sumber, selepas ayam-ayam ini disembelih dan dibersihkan, peniaga akan simpan di dalam bilik sejuk beku dan ayam berkenaan akan melalui proses terapi dengan alunan bacaan ayat Al-Quran dan Ruqyah. Ayam ini dijual dengan harga RM14 sekilo, dua kali ganda daripada harga ayam biasa.
Air terapi gelombang azan? Kenapa perlu susah-suah beli air ni kalau korang pun mampu buat dekat rumah kan?
Tak cukup dengan air gelombang azan, satu lagi produk yang ada di pasaran ialah air Al-Khodafi. Difahamkan, air ini boleh merawat saka, sihir, santau dan gangguan mental.
Dirawat dengan kaedah Nano Hydrominium serta mengandungi pelbagai bahan baik seperti sarang anai-anai (yang sudah makan 22 juzuk ayat Al-Quran) dan air hujan malam Jumaat 10 Muharam.
Poster jualan dihasilkan dengan merayu kepada pembeli untuk ‘membeli secara amal’ dan katanya hasil jualan akan digunakan untuk sahur, iftar dan moreh anak-anak asnaf. Tujuan nak beramal tu dah bagus, tapi tiga paket serunding dijual dengan harga RM500. Masuk akal ke? Elok-elok orang nak bantu terus tak jadi. Hiks!
Ini lagu satu pengeluar produk yang mengambil kesempatan di atas situasi pandemik yang melanda negara. Katanya bukan sahaja mampu mencegah virus corona, tapi mampu menghalau gangguan makhluk halus, masalah sendi, rabun mata, masalah lambat dapat jodoh, malah lebih teruk lagi boleh disapu di kemaluan untuk masalah mati pucuk dan lambat hamil.
Hm, siapa percaya memang….. (korang fikirlah sendiri. Hiks!)
Rasanya di zaman serba moden kini, tak perlu lagi kita diperbodohkan dengan perkara-perkara seperti ini. Jangan hanya kerana inginkan keuntungan berganda, ada yang sanggup mempermainkan nama agama.
So guys, hati-hati sebelum membeli.