Permukaan kulit bawah lengan atau ketiak merupakan bahagian yang dianggap tersorok dan tidak kelihatan buat mata umum khususnya bagi golongan wanita.

Lainlah bagi sesetengah lelaki yang kadangkala menggayakan kemeja-T tanpa lengan atau singlet untuk menayang otot sado mereka. Tapi percayakah korang bahawa kondisi kulit bawah lengan tidak baik dan berwarna hitam boleh menurunkan keyakinan diri?

Maksud ketiak hitam di sini bukanlah disebabkan oleh warna asal kulit tetapi lebih merujuk kepada keadaan yang nampak sedikit kotor dan ‘berkerak’.

Ini merupakan satu masalah lazim yang berlaku terutamanya buat golongan remaja dan yang berumur 30 tahun ke bawah. Adakah ia disebabkan hormon atau tersilap menggunakan produk deodoran?

Jom sama-sama ikuti 10 punca utama yang boleh menyebabkan ketiak menjadi hitam.

Tabiat Mencukur

10 Punca Ketiak Hitam Yang Perlu Korang Tahu

Ads

Mungkin ramai di antara korang memilih untuk mencukur ketiak kerana ingin lebih selesa. Namun dengan cara yang salah ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit lantas menyebabkan ia menjadi hitam. Cara yang salah serta penggunaan perlatan mencukur tidak sesuai juga boleh menyumbang kepada keadaan ini.

Jangan Cabut

Awas, jangan sebarang cabut ya. Tabiat korang yang suka mencabut bulu ketiak juga boleh menyebabkan kehitaman. Ia boleh mengganggu kulit bawah lengan terutamanya bila ia dicabut secara keseluruhan.

Pakaian Ketat

10 Punca Ketiak Hitam Yang Perlu Korang Tahu

Memakai pakaian yang terlalu ketat terutamanya di bawahan lengan dapat meningkatkan risiko kehitaman ketiak. Ini kerana kulit di baawah lengan tidak dapat ‘bernafas’ dengan baik akibat tidak memiliki ruang mencukupi.

Ads

Jangkitan Bakteria

Ini merupakan antara punca lazim yang menyebabkan keadaan kulit bawah lengan menjadi hitam. Ia bukan sahaja jadi hitam tetapi bau badan juga akan menjadi sangat busuk. Bakteria yang sebabkan keadaan ini dikenali sebagai corynebacterium minutissimum.

Kumpulan Sel Mati

Antara punca utama ketiak menjadi hitam ialah akibat jarang membersihkan di bahagian tersebut. Lantas ia menybebkan banyak sel kulit mati terkumpul dan lama-kelamaan menyebabkan bahagian kulit bawah lengan menjadi gelap.

Merokok

Umum sudah mengetahui bahawa tiada satu pun faedah yang korang boleh dapat jika merokok. Malah, ia hanya boleh mendatangkan pelbagai jenis keburukan. Bagi perokok tegar lama-kelamaan kulit di bawah lengan mereka akan menjadi gelap. Oleh itu, jauhilah dari rokok!

Ads

Sel Kulit Mati

10 Punca Ketiak Hitam Yang Perlu Korang Tahu

Kulit kita akan sentiasa melalui prores regenrasi kulit. Begitu juga dengan bahagia bawah lengan yang akan sentiasa menghasilkan sekl kulit mati. Jadi bila korang mandi gunakan sabun skrub yang sesuai untuk membersihkan dan membuang sel kulit mati.

Hormon

Setiap orang mempunyai perubahan hormon yang berbeza-beza. Dan untuk sesetengah orang yang hormonnya tidak stabil mereka akan selalu berpeluh terutamanya bahagian bawah lengan. Usah risau, jika berdepan dengan keadaan ini dapatkan nasihat daripada doktor. Untuk seimbangkan kadar hormon pastikan terlebih dahulu korang mengambil makanan yang sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini 4 Sumber Semula Jadi Mampu Kurangkan Kehitaman Ketiak

Deodoran

Setiap orang mempunyai jenis kulit, kadar respirasi dan juga kondisi hormon yang berbeza. Oleh itu, korang harus bijak memilik deodoran yang sesuai dengan jenis kulit. Jika tersalah memilih jenis deodoran yang tidak sesuai ia juga boleh sebabkan kehitaman ketiak.

Gangguan Pigmentasi

Acanthosis Nigricans merupakan sejenis kondisi gangguan pigmentasi kulit yang berlaku kepada sesetengah orang. Antara petanda utama kondisi ini ialah kulit berwarna lebih gelap dan tekstur yang kasar. Kawasan yang dijangkiti juga akan berbau dan kondisi ini biasanya terjadi kepada orang yang memiliki masalah obesiti. Korang boleh mengatasinya dengan salicylic acid bagi mengurangkan warna hitam di ketiak.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI