Marsha yang berketurunan Kadazan-Dusun ini tidak lokek untuk berkongsi rutin penjagaan wajah yang diamalkan setiap hari. Ditanya mengenai rahsia kecantikan, pemilik nama Marsha Milan Londoh ini, mengakui jarang mengalami masalah kulit breakout.
“Saya jarang mengalami kulit break out. Sejak berusia 30-an, kulit saya menjadi kering. Mungkin sebab itu jerawat susah nak tumbuh.
“Tapi bila kulit wajah menjadi kering, saya perlukan produk-produk yang boleh membantu melembapkan kulit,” kata wanita yang lahir pada 6 Disember 1985 di Michigan, Amerika Syarikat.
Tidak sah gaya hidup seorang selebriti tanpa mementingkan penjagaan kecantikan dari segi luaran dan dalaman. Masrha juga amat mementingkan penjagaan wajah kerana baginya selain suara, wajah juga merupakan ‘sumber rezeki’ buat dirinya dalam industri hiburan.
“Menjadi rutin, saya akan melakukan rawatan wajah atau facial setiap bulan atau dua kali sebulan bagi memastikan kulit wajah sentiasa terpelihara.
Selain itu, saya juga amat mementingkan ilmu mengenai jenis kulit agar tidak salah memilih produk yang bersesuaian dengan wajah”, ujar Marsha yang prihatin soal penjagaan wajah.
Ads
Selain itu, jika berada di luar rumah, Marsha akan pastikan pemakaian pelindung tabir suria untuk melindungi kulit daripada pancaran sinar matahari selain memastikan pengambilan suplemen tambahan untuk kesihatan tubuh.
Tambah Marsha lagi, selain penjagaan kesihatan wajah, dia juga amat menitikberatkan soal pemakanan seharian. Antara rutin yang menjadi sebahagian dari gaya hidup Marsha adalah meminum 1 liter air putih setiap hari dan mengelakkan pengambilan air manis.
“Marsha sememangnya suka makan sayur. Jadi, Marsha akan pastikan menu sayur wajib ada dalam diet seharian. Selain itu, Marsha akan mengurangkan pengambilan makanan yang diproses.”
Pelantun vokal Kembali Terang ini berkata untuk kekal fit dan bertenaga, dia akan pastikan mendapat waktu tidur yang cukup dan berkualiti serta meluangkan masa melakukan senaman. Antara senaman yang menjadi pilihan Marsha termasuklah yoga.
Ads
“Saya memilih senaman yoga kerana tertarik dengan pergerakannya yang lembut tetapi penuhimpak. Selalunya, saya akan pastikan melakukan yoga dua kali seminggu di rumah selama satu jam”, ujar Marsha yang tidak menafikan turut mengalami masalah berat badan apatah lagi di rumah keluarga besarnya sering menyediakan pelbagai menu yang enak.
Tetapi Marsha bersyukur dia dapat mengawal selera dan masalah berat badan dan menganggap ia sebagai sebahagian fasa kehidupan yang dilalui dengan senang hati.
Wanita Kadazan -Dusun ini rupanya ada 10 formula kekal cantik dan cergas. Ini kami kongsikan rahsia kejelitaannya:
1) Senaman Yoga – sekerap mungkin minimum 2 kali seminggu di rumah, dalam 1 jam sekali.
2) Setiap bulan facial sekali sebulan.
3) Kurang minum manis.
4) Lebihkan pengambilan sayur-sayuran.
5) Air putih minum 1 liter setiap hari.
6) Amalkan pengambilan suplemen tambahan.
7) Kenali kulit agar tahu guna produk penjagaan yang sesuai.
8) Wajib pakai pelindung tabir suria setiap kali keluar rumah.
9) Kurang makan makanan segera banyakkan makanan sihat.
10) Tidur cukup.
Ads
Tak adalah susah sangat tip dari Marsha ini, jom kita sama-sama cantik dan fits macam beliau.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak cantik tak semestinya perlu berhabis duit. Sebenarnya, bahan yang sedia ada dekat dapur tu pun kalau korang nak tahu, ada manfaatnya.
Lemon dan madu dikatakan boleh mencerah dan melembapkan kulit jika diamalkan seminggu sekali. Untuk korang yang mempunyai masalah kulit kusam, jeragat dan berparut, boleh la cuba buat diy mask ni.
Selamat mencuba!
Gunakan sebiji lemon dan satu sudu madu
Letakkan madu dalam mangkuk
Perahkan lemon tersebut
Kemudian, tambahkan air masak sebanyak tiga sudu. Kacau hingga sebati campuran lemon dan madu tadi
Tapiskan bancuhan tersebut sebab kita hanya memerlukan airnya sahaja
Sejukkan sekejap dalam tiga hingga empat minit
Sheet mask ni korang boleh beli di kedai. Cari compressed sheet mask dan kalau nak buat sendiri pun boleh
Untuk lebih mudah, korang boleh refer je dekat video yang dikongsi oleh Herry Rozular ni ok?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap individu mempunyai cara dan produk yang berbeza untuk kesesuaian kulit kepala mereka, jadi apa yang boleh kami bantu adalah dengan berkongsi beberapa ‘tips & tricks’ untuk anda ikuti. Moga bermanfaat!
Makan Protein Tambahan
Anda mungkin tidak mendapat kandungan protein yang mencukupi setiap hari dan itu boleh menjejaskan pertumbuhan rambut anda. Terutama jika anda seorang vegan atau vegetarian, anda mungkin perlu meningkatkan jumlah protein yang anda makan.
Bagi mereka yang tidak tahu, protein sangat penting bagi pertumbuhan rambut. Folikel rambut kebanyakannya diperbuat daripada protein yang dipanggil keratin. Jadi ianya amat penting bagi anda capai keperluan protein harian setiap hari.
Antara makanan yang kaya dengan kandungan protein ialah telur, kacang, ikan, produk tenusu rendah lemak dan ayam. Jika anda kekal konsisten, mungkin bulan depan rambut anda semakin tebal umpama model iklan syampu! Cewahhh…..
Jangan Ikat Rambut Terlalu Ketat
Bagi mereka yang mempunyai rambut panjang, elakkan gaya rambut seperti ekor kuda atau tocang rambut yang terlalu ketat kerana ianya boleh menjejaskan pertumbuhan rambut anda.
Mungkin setelah seharian mengikat rambut, anda boleh biarkan ia terurai buat seketika. Bagi rambut korang ‘bernafas’ buat seketika. Mana tahu dengan cara ini juga, masalah pening kepala yang sering menganggu kehidupan harian korang juga akan hilang?
Guna Produk Penjagaan Rambut Yang Betul
Mungkin bagi sesetengah individu, apa-apa jenis syampu sama sahaja di matanya. Asalkan rambut dicuci! Namun korang tahu tak…ada produk penjagaan rambut di luar sana yang mengandungi bahan berbahaya seperti silikon dan SLS.
Jadi pastikan anda teliti terlebih dahulu kandungan bahan yang digunakan dalam mana-mana syampu atau perapi rambut (conditioner) sebelum membelinya. Better be safe than sorry!
Kalau korang nak tahu, Jennyhouse merupakan sebuah salon yang sangat popular di Korea Selatan yang dikunjungi oleh ramai selebriti Korea. Pada masa ini, Son Ye Jin, pelakon terkenal di sana merupakan duta produk penjagaan rambut yang dikeluarkan oleh salon tersebut.
Usah khawatir kerana semua produk rambut Jenny House bebas daripada sebarang bahan berbahaya seperti silikon, SLS, Triclosan, minyak mineral, paraben dan pewangi tiruan agar kulit kepala anda kekal sihat dan lebat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Sasa, Pixel
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak kecil lagi, kita sudah dihidangkan dengan imej cantik dan sempurna si Disney Princess..
Cinderella, Snow White, Red Riding Hood dan ramai lagi puteri Disney ditonjolkan sebagai perempuan yang ramping, berdagu runcing dan tubuhnya bersaiz tidak masuk akal jika dibandingkan dengan realiti sebenar tubuh manusia.
Disney pernah mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan lagi latar belakang, warna kulit dan bentuk tubuh badan karakter utama di dalam filem keluaran mereka. Antaranya ialah Merida dari filem Brave dan Moana yang bertubuh normal seperti kanak-kanak perempuan biasa.
Namun selain daripada itu, tak banyak imej lain yang sebegitu rupanya.
Imej biasa Puteri Disney. Cinderella dan Rapunzel.
Oleh sebab itu, seorang artis ilustrator melalui akaun Instagram-nya, Neoqlassical Art Official telah mempamerkan karya lukisan grafiknya yang meraikan perempuan bertubuh normal.
Ini termasuklah koleksi puteri-puteri Disney yang diolah. To be honest, they look just as beautiful as the original version!
Cuba lihat 12Puteri Disney pilihan kami, mana satu yang paling korang gemari?
01
Ariel dari Little Mermaid
02
Merida dari Brave
03
Alice dari Alice In Wonderland
04
Snow White
05
Mulan
06
Moana
07
Anna & Elsa dari Frozen
08
Rapunzel dari Tangled
09
Jane dari Tarzan
10
Cinderella
11
Jasmine dari Aladdin
12
Aurora dari Sleeping Beauty
Cantikkan! Kita semua patut berbangga dengan tubuh badan sendiri.
#GirlPower
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan hos terkenal, Ain Edruce, yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, memberitahu bahawa dia menyerahkan sepenuhnya tugas memilih nama bayi...