10 Remaja Pernah Tersenarai Sebagai Paling Kaya Di Dunia

Share

Wow, kaya raya!

Ini memang impian setiap orangkan. Bila kaya korang bebas untuk beli apa saja. Time tu pantang iPhone keluarkan telefon bimbit terkini, korang mesti jadi orang pertama membelinya, hikz!

Hokaylah, tentu korang nak tahukan siapa remaja sebaya korang yang ada banyak duit. Pada usia di saat kebanyakan dari kita masih bersekolah, sesetengahnya sudah bergelar jutawan. Ada atas usaha sendiri  dan kebanyakan mereka mempunyai pendapatan dari dunia seni yang diceburi tetapi ada juga selebihnya dari warisan atuk nenek.

Berikut ini 10 remaja yang nama mereka pernah tersenarai sebagai terkaya di dunia suatu ketika dahulu. Tapi kini masing-masing semuanya sudah meningkat usia malah ada dah kahwin pun.  

India Rose

Mungkin remaja terkaya dunia ini berbeza sedikit kerana dia memperoleh pendapatan dari warisan datuknya, seorang pengusaha video porno iaitu Paul Ramond.

Pada usianya 18 tahun, India Rose sudah mengumpul kekayaan pada nilai 75 juta pounds atau 91.1 juta dollar US pada tahun 2010.  Terkini, dia dilaporkan memiliki lebih 500 juta dollar US dan menjadi keluarga terkaya di Inggeris.

Justin Bieber

Tak sahkan kalau tak kenal Justin Bieber. Semasa remaja dahulu, saat usianya 16 tahun pendapatannya mencecah 53 juta dollar US tetapi sudah bertambah menjadi lebih 200 juta US. Pendapatannya terus bertambah dari masa ke semasa dan kini dia sudah pun jadi suami kepada Hailey Baldwin.

Miley Cyrus

Ada bebagai cerita sensasi mengenai Miley Cyrus terutama ketika putus cinta dahulu dengan Liam. Tapi nyata jodoh mereka kuat dan dia kini  hidup bahagia bersama suami tercinta, Liam Hermworth.

Nak tahu tak, dia memulakan kariernya bermula pada usia 9 tahun. Bekas bintang Disney ini bukan saja jadi penyanyi tetapi berbagai program tv. Tak hairanlah pada usianya 18 tahun dahulu, asetnya bernilai 48 juta dollar US. Tapi kini dia senarai kerana mencapai lebih 160 juta dollar US.

 

Nick Jonas

Menjadi anggota yang paling terkenal dari boy band popular The Jonas Brothers, membuatkan Nick Jonas tampil sebagai salah seorang bintang remaja yang mampu memiliki kekayaan besar dalam usia remaja. Di usia 19 tahun pada tahun 2010, hartanya sudah mencapai 12.5 juta dollar US. Selain aktif muzik, Nick Jonas juga berlakon filem.

Tapi korang, dia bukan remaja lagi dah ya sebab dah pun berkahwin dengan Priyanka Chopra. Tapi hartanya terus bertimbun-timbun.

Sumber foto :GERARD JULIEN

Emma Watson

Salah seorang remaja yang pernah masuk list remaja paling kaya di dunia  adalah artis cantik Emma Watson yang namanya dikenali dunia selepas filem Harry Porter meletup.

Selepas berlakon 6 dari 8 filem mengenai ahli sihir ini, pada tahun 2009 iaitu pada usia Emma 19 tahun ketika itu, pendapatannya mencapai 12 juta pounds atau sebanyak 14.5 dollar US. Kini, kekayaannya mencapai 60 juta dollar US dan terus bertambah dari masa ke semasa.

Taylor Lautner

Bintang terkenal yang melakonkan watak sebagai Jacob dalam filem meletup The Twilight Saga, Taylor Lautner bermula pada usianya 16 tahun. Tiga tahun kemudian, pada usia 19 tahun kekayaannya sudah mencapai 8.5 juta dollar US

Di tahun yang sama, Taylor  mendapat bayaran sebanyak 7.5 juta dollar US selepas membintangi film ‘Abduction’ (2011). Kini, kekayaannya sudah mencapai 40 juta dollar AS dan lebih dari itu.

7)Angus Turner Jones

Pernah melakonkan drama komedi, Two and Half Men, nama Agnus Turnes Jones memang tak asing lagi. Banyak membintangi program tv dan sejumlah filem, pada usianya 17 dahulu, kekayaannya mencapai 7.8 juta dollar US. Kini pada usianya 23 tahun, nilainya sudah lebih dari dinyatakan.

Ianthe Fullagar

Nama Ianthe Fullagar mungkin sangat asing bagi penggemar filem Hollywood. Ini kerana Ianthe Fullagar bukan siapa-siapa pun. Dia memang bukan artis dan usahawan tapi namanya tersenarai sebagai remaja paling kaya di dunia selepas memenangi jack pot sebanyak 7 juta pounds atau bersaman 8.5 juta dollar US.

Korang jangan tiru eh sebab judi nie haram!!

 Selena Gomez

Penyanyi lagu Come and Get It ini cukup dikenali. Malah ramai bersimpati padanya kerana terpaksa masuk menjalani rawatan pemulihan selepas alami tekanan selepas putus dengan Justin Bieber.

Tapi just nak share, pada usianya 19 tahun iaitu pada tahun 2011 dahulu, kekayaannya sudah terkumpul sebanyak 5.5 juta dollar US. Hartanya lebih bertambah sekarang mengikut pertambahan usianya kerana namaya cukup dikenali di dunia Hollywood.

Jaden Smith

Berada di tangga terakhir senarai 10 remaja terkaya di dunia dahulu ialah Jaden Smith. Anak kepada aktor Hollywood ternama, Will Smith bukan alasan Jaden goyang kaki.

Pada usianya 13 tahun dahulu,remaja ini sudah tersenarai memiliki 5 juta US dollar kerana kemampuannya berlakon filem dan rap. Tapi kini hartanya bertambah dari masa ke semasa.

So korang, kalau ada banyak duit nak buat apa?

 

 

 

 

 

 

.

 

 

 

 

 

 

Published by
Nana