Malaysia bakal beralih ke Fasa Peralihan Endemik dan apa yang paling menggembirakan, sempadan negara juga akan dibuka semula bermula 1 April depan.

Dengan pembukaan semula sempadan negara ini, rakyat Malaysia kini boleh keluar masuk negara serta pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada penggembara negara luar.

Bagi mereka yang mempunyai rancangan ingin ke Sydney Australia, kami ingin kongsikan antara restoran dan kedai makan halal yang korang boleh cari di sana. Mulai sekarang, tidak timbul lagi isu ‘susah nak cari makanan halal’ kerana informasi ini telah pun dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nor Sabarina di page Backpackers Buddies Malaysia (BBM).

10 Restoran Makanan Halal Yang Korang Boleh Cari Jika Ke Sydney Australia
Foto: April Pethybridge

Jom kita lihat antara senarai restoran halal yang telah dikongsi olehnya.

Daerah Lakemba

1. Mataam Al Mandi

Nasi Arab yang sedap, deretan yang sama dengan Mattam ini ada juga kedai nasi arab yang lain.

10 Restoran Makanan Halal Yang Korang Boleh Cari Jika Ke Sydney Australia
Foto: Facebook Mataam Al Mandi Auburn

2. Island Dream Café

Dimiliki oleh Kak Halimah keturunan Melayu dari Pulau Krismas. Restoran ini menyediakan pelbagai lauk-pauk Melayu, nasi lemak dan kuih-muih.

3. Warung Ita

Ads

Kalau korang teringin nak makan makanan Indonesia di Sydney bolehlah ke restoran Warung Ita.

10 Restoran Makanan Halal Yang Korang Boleh Cari Jika Ke Sydney Australia
Foto: TripAdvisor

4. Kohinoor Delight

Menyediakan makanan-makanan India seperti briyani dan roti naan.

5. Thai Hutt

Terdapat juga restoran Thai yang halal di Sydney.

10 Restoran Makanan Halal Yang Korang Boleh Cari Jika Ke Sydney Australia
Foto: Facebook Thai Hutt Bankstown

Daerah Punchbowl

6. Lahori Dhaaba

Ads

Menyediakan makanan authentic Pakistan di alamat 800 Punchbowl Rd, Punchbowl NSW 2196.

7. Malaysian Groceries

Kedai ini menyediakan makanan bungkus untuk take away seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, mee rebus, kuih-muih dan banyak lagi makanan-makanan seperti yang dijual di Malaysia.

10 Restoran Makanan Halal Yang Korang Boleh Cari Jika Ke Sydney Australia
Foto: Facebook Malaysian Groceries

Daerah Guilford

8. Raina Classis Malay

Sama seperti Malaysian Groceries, Raina Classis Malay juga turut menyediakan makanan dan masakan Melayu di alamat 2/340 Guildford Rd, Guildford NSW 2161.

10 Restoran Makanan Halal Yang Korang Boleh Cari Jika Ke Sydney Australia
Foto: Facebook Raina Classis Malay

Bandar Sydney

9. It’s Time for Thai

Ads

Terdapat makanan-makanan Itali dan India, di bahagian atas restoran ini juga disediakan ruang solat.

10. Ikhwan Café

Berdekatan dengan Darling Harbour, restoran ini dimiliki oleh orang Malaysia dan menyediakan pelbagai masakan Melayu halal.

10 Restoran Makanan Halal Yang Korang Boleh Cari Jika Ke Sydney Australia
Foto: Facebook Ikhwan Café

Daerah Burwood

Banyak makanan Cina yang dijual disini dan ada dalam tiga ke empat restoran halal milik orang Uyghur. Lokasi atas sedikit dari deretan kedai, sebelah kanan selepas keluar train St Burwood.

Sebenarnya banyak restoran-restoran makanan halal di luar negara tetapi disebabkan tidak tahu, mungkin kita menganggap sukar mendapatkan makanan halal. Jadi selepas ini jika ada yang berhasrat ke Sydney, korang bolehlah ambil rujukan seperti yang telah kami kongsikan ini.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

https://www.youtube.com/watch?v=PIuIyICq-W4&feature=youtu.be

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI