
Isi Kandungan
ToggleSuka dengan makanan Korea tapi tak tahu nak makan di mana?
Nah, kami nak kongsi kan 10 idea restoran makanan Korea yang menjadi Halal partnered restaurant bersama portal Eatigo di media sosial.
Lepas ni, boleh la pakat ramai-ramai serbu okay?
1. The Street Cafe/K Street
2. Mido
3. BBQ Chicken Malaysia
4. Impressoul Gastrology
5. Mr.Dakgalbi
6. San Nae Deul Setiawalk
7. Gangnam Station
8. Stonebowl Korean Cuisine
9. Kem Han Cheon
10. Seoul Oppa Korean Seafood Shabu Shabu Restaurant
Kisah Terperangkap Di Lebuh Raya Karak Penuhi Media Sosial, Termasuk FIZO OMAR

Pengalaman terperangkap di Lebuh Raya Karak-KL pada tengah malam kelmarin nyata bukanlah satu pengalaman yang akan dilupakan oleh sebilangan rakyat Malaysia.
Ratusan kenderaan yang melalui kawasan tersebut terpaksa bermalam di sana setelah berlakunya tanah runtuh dan pokok tumbang di Kilometer 62.9 menghala ke Bentong seperti yang dilaporkan oleh kebanyakan media tempatan. Kisah terperangkap di sana turut kembali diceritakan oleh mangsa di platform media sosial masing-masing pada tinjauan REMAJA.
Antara mangsa terlibat termasuklah pelakon, pengacara dan usahawan, Fizo Omar.

Kongsi Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar berkongsi akaun Instagram, di berada di tempat kejadian sekitar jam 11 malam dan sedang dalam perjalanan pulang dari Kuantan Pahang menuju ke ibu negara setelah menghadiri sebuah majlis di spa milik rakannya
Tanpa disangka, disebabkan oleh kejadian tersebut, Fizo hanya selamat tiba di Kuala Lumpur kira-kira pada jam tiga pagi semalam. Ini berikutan tanah runtuh yang baru sahaja berlaku di situ akibat hujan lebat.

“Nak patah balik pun tak boleh sebab banjir air sudah mula cross jalan dan tak lepas untuk kendaraan (mengharunginya). Ramai yang terkandas termasuklah anak-anak kecil daan warga emas. Pada waktu tersebut, kami hanya berharap agar mana-mana pihak dapat menghantar bantuan secepat mungkin.
“Terima kasih semalam (kelmarin) kepada semua yang bersama-sama membuka besi penghadang (emergency divider) lawan arus. ‘Gamble’ juga menghala ke Kuala Lumpur.

“Sepanjang laluan itu, tanah runtuh dan pokok tumbang bersepak di Lebuhraya Karak itu. MasyaAllah. Ramai mangsa yang terkandas dan terpaksa keluar dari kereta dan bas untuk mencari tempat selamat, takut (sekiranya) tanah runtuh sekali lagi dan air naik mendadak).
“Beberapa kereta sahaja yang mengikut kereta kami semalam dan akhirnya berjaya sampai ke Tol Karak sebelum berhenti di (stesen minyak) BHP, Alhamdulillah sekitar jam tiga pagi saya selamat sampai di Kuala Lumpur. Syukur Alhamdullilah,” catatnya.
ARTIKEL BERKAITAN : Ini Cara Untuk Buat Tuntutan Insurans Bagi Kereta Ketika Musim Banjir – REMAJA
Kisah yang sama diceritakan oleh warganet lain yang terpaksa bermalam di sana dan hanya mampu pulang semula setelah lebih 12 jam terperangkap.
Malah, ahli keluarga mereka yang berada di lokasi lain turut menceritakan perasaan sedih kerana tidak mampu menolong keluarga yang menjadi mangsa di Lebuh Raya Karak-KL selain menyampaikan doa serta menasihati agar mereka menjaga diri.
BACA LAGI : UiTM Beri Cuti Bencana Hingga 25 Disember Susulan Banjir Luar Biasa – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Song Hye-Kyo Sambut Hari Kelahiran Ke 42, Netizen Puji Kecantikan Tak Dimakan Usia

Langsung tak jemu dipandang…
Sejak drama Autumn In My Heart, sehingga ke kini, Song Hye Kyo dilihat langsung tak berubah. Puluhan tahun berkecimpung dalam dunia seni Korea, dan usianya memasuki 40-an tapi dia kelihatan cantik menawan sekali.
ARTIKEL BERKAITAN : Tak Mekap Pun Cantik, Lihat 10 Wajah Selebriti Korea Selatan Tanpa Solekan

Pada 22 November lepas, Song Hye-kyo telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya. Beliau telah mengadakan parti hari jadi bersama rakan-rakannya. Seperti tidak percaya Song Hye-kyo rupanya sudahpun mencecah usia 42 tahun.
Mengikut usia rasmi, Song Hye-kyo genap 41 tahun tetapi di Korea kiraan umur bertambah satu tahun menjadi 42 tahun.
Melalui satu hantaran dilaman Instagram, beliau tidak lupa untuk menzahirkan rasa syukurnya pada peminat yang turut memberikan ucapan hari lahir buatnya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mengucapkan tahniah pada hari lahir saya. Saya menerima semua bunga dan hadiah yang awak hantar kepada saya. Terima kasih. Ya! Saya harap anda semua sentiasa sihat dengan perkara yang gembira,” titipnya di Instagram.
Rata-rata peminat selebriti bintang Korea Selatan ini memuji kecantikannya dan didakwa langsung tidak dimakan usia.

Tapi korang nak tahu tak apa amalan Song Hye-Kyo ini sampai dia tidak ‘menua’?. Jom kami kongsikan.
AMALAN RUTIN KECANTIKAN SONG HYE-KYO
1. Senaman
Sering melakukan senaman yoga dan kardio untuk memperbaiki keadaan kesihatan. Aktif berolahraga memang efektif untuk menjadikan kulit dan tubuh awet muda. Selain itu, bentuk badan pun terjaga.
2. Mengurut wajah dengan ais
Menggunakan kiub ais untuk mengurut wajah. Menurutnya kaedah ini boleh menjadikan kulit tegang dan wajah lebih runcing. Mengurut wajah dengan ketulan ais sangat berkesan melegakan kesakitan, keradangan dan lebam pada permukaan kulit. Kaedah itu juga berkesan untuk mengurangkan kesan sembab pada wajah akibat kurang tidur.
3. Menggunakan produk perawatan wajah anti penuaan
Ibu Song Hye-kyo menasihatkannya memulakan penggunaan produk anti penuaan walaupun masih muda. Biasanya Song Hye-kyo menjalani ritual penjagaan kulit wajah pada waktu malam dengan mula memakai penyegar anti penuaan. Perawatan kulit wajah diteruskan dengan serum, krim muka, dan masker wajah.
4. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan air mineral secukupnya
Pelakon cantik ini sangat mengambil berat makanan yang dimakan. Beliau mengelak makan makanan ringan, makanan segera dan juga coklat. Buah Labu wajib ada dalam menu hariannya.
5. Masker wajah daripada campuran putih telur dan madu asli.
Merawat wajah dengan masker yang diperbuat daripada bahan dapur. Ramuan kegemarannya ialah masker wajah campuran putih telur dan madu asli.
6. Masker wajah madu asli
Pupur wajah daripada madu asli menjadikan kulit wajah lebih cerah dan menyamarkan garis-garis halus.
BACA : 13 Rahsia Tip Kecantikan Guna Jeli Petroleum Yang Mungkin Korang Tak Tahu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Didakwa Berbaik Dengan Aliff Aziz, Bella Astillah Mohon Semua Pihak Henti Buat Andaian

Kesal dengan dakwaan sudah berbaik bersama Aliff Aziz, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menegaskan sudah meneruskan hidup dengan tenang tanpa penyanyi itu, setakat ini.
Kecewa banyak fakta diputar belit banyak pihak ketika ini, ibu kepada dua cahaya mata itu meminta orang ramai berhenti mengecamnya disebabkan dakwaan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: “Perempuan Kalau Cinta, Cinta Mati…” -Bella Astillah
“Saya minta tolong untuk berhenti buat tanggapan sendiri, dengar gosip-gosip dan akhirnya netizen tak tahu menahu yang hanya baca headline sahaja terus mengecam bella.
“Saya sudah lama ‘move on’ dan cuba hidup tenang,” katanya menerusi Instagram Story.
Dalam pada itu, Bella turut menegaskan tindakan menolak untuk ditemu bual sejak kebelakangan ini kerana enggan timbul spekulasi sebegitu yang dicetuskan oleh portal-portal berita.
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Akui Khilaf & Kekurangan Diri -“Saya Seorang Pendosa Yang Jujur”
“Sebab itu, saya sudah beberapa kali menolak untuk ditemu bual kerana pada akhirnya akan terjadi berita sebegini.
“Jawab salah, tak jawab dikata sombong. Bila wakil saya jawab, macam inilah jadinya. Semua fakta dipusing.
“Saya hormat kerja media tetapi tolong hormat juga empunya badan. Tak bermakna bila saya tak nak jawab, sangkaan anda semua itu betul,” jelasnya.
Pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan selepas aktor itu ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Bella Astillah