Mungkin ramai yang tidak percaya masih ada telefon pintar yang dijual dengan harga bawah RM500 kerana rata-ratanya dijual dengan harga mencecah ribuan ringgit.
Jangan terkejut kalau kami katakan bahawa masih terdapat smartphone yang dijual serendah RM500. Hm, kalau nak dijadikan second phone atau diperlukan pada waktu kecemasan seperti tiba-tiba smartphone korang rosak, maka ini mungkin jalan penyelesaian yang terbaik.
Berikut kami senaraikan harga smartphone bawah RM500 berdasarkan review daripada orang ramai dan juga fungsi yang masih baik dan tidak outdated menjelang tahun 2020 ini.
1. Realme C2
Dikeluarkan pada pertengahan tahun 2019, namun ia masih relevan untuk dibeli dan digunakan pada tahun ini. Mempunyai dua warna pilihan, iaitu Diamond Blue dan Diamond Black, smartphone ini hadir dengan cip pemprosesan Mediatek MT6762 Hello P22 yang mempunyai dua varian, 2GB RAM bagi 16GB storage dan juga 3GB bagi 32GB storage dalaman.
Dilengkapi dengan 13MP kamera utama dan juga 5MP untuk kamera hadapan beserta paparan saiz 6.1 inci. Ia juga mempunyai bateri bersaiz sebesar 4000 mAh. Smartphone ini dijual dalam lingkungan harga RM399 hingga RM450.
2. Honor 8S
Smartphone ini masih baru dijual pada Disember tahun lalu dan menawarkan 3 warna pilihan iaitu, Black, Blue dan Gold. Hadir dengan saiz skrin sebesar 5.71 inci Full HD yang dilengkapi dengan 13MP kamera utama dan 5 MP kamera bahagian hadapan.
Menggunakan cip pemprosesan Mediatek Helio A22 yang disokong memori sebesar 2GB RAM bagi 32 internal storage dan 3GB RAM bagi 64GB internal storage. Smartphone ini juga didatangkan dengan kapisiti sebesar 3020 mAh dan dijual dengan harga sekitar RM399.
3. Vivo Y11
Vivo Y11 hadir dengan dua pilihan warna, Coral Red dan Jade Green. Mempunyai 2 kamera dibekalang berbeza dengan senarai yang lain. Paparannya sebesar 6.35 inci yang menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 439. Bagi memori dan storage pula, ia mempunyai 3GB RAM dan 32GB internal storage. Harga smartphone ini dijual dalam sekitar RM499.j
4. Xiaomi Redmi 8
Jenama telefon bimbit Xiaomi terkenal dengan spesifikasi yang hebat tetapi dijual dengan harga berpatutan. Redmi 8 menawarkan 3 pilihan warna termasuklah Sapphire Blue, Onyx Black dan Ruby Red.
Smartphone ini juga mempunyai 2 kamera dibelakang sama seperti Vivo berserta kapisiti bateri yang agak besar dengan paras harga jualan bawah RM500.
5. Oppo A5S
Smartphone ini telah diperkenalkan pada April 2019, namun walaupun sudah setahun di pasaran, Oppo A5S masih lagi menerima pembelian daripada orang ramai. Dijual dengan harga lebih kurang RM499, smartphone ini menawarkan 4 variasi warna iaitu Red, Black, Gold dan Green.
6. Nokia 3.2
Nokia series banyak terdapat di pasaran dan mengikut tanda harga bawah RM500, Nokia 3.2 adalah antara pilihan untuk korang. Paling menarik, smartphone ini menggunakan platform Android One yang merupakan antara telefon yang terawal memperoleh kemaskini Android termasuk Nokia 3.2 ini.
Didatangkan dengan pilihan warna hitam dan kelabu, Smartphone ini menggunakan Snapdragon, ditawar kepada dua varian, 2GB RAM untuk 16GB storage dan 3GB RAM untuk 32GB storage, serta bateri bersaiz sebesar 4000 mAh.
7. Huawei Y5
Dengan harga bawah RM500, Huawei Y5 diperkenalkan dengan pilihan warna Midnight Black, Modern Black, Sapphire Blue dan Amber Brown. Dikuasakan dengan cip dari Mediatek Helio A22, ia disokong dengan 2GB RAM dan 32 internal storage, saiz skrinnya pula adalah sebesar 5.71 inci.
8. Neffos X20
Kita mungkin sudah biasa dengan barangan TP-Link seperti alatan wifi dan sambungan. Namun, syarikat ini juga turut mengeluarkan telefon pintar atas jenama Neffos. Jenama telefon ini juga berada di dalam semua kelas, termasuklah dengan harga bajet seperti Neffos X20. Hadir dengan 3 pilihan warna, termasuklah Aurora purple, hitam, merah dan biru.
9. ZTE Nubia N2 Lite
Jenama telefon pintar ini mungkin antara yang termurah dalam senarai harga bawah RM500, iaitu Nubia N2 Lite. Diperkenalkan pada tahun 2019, jenama ini mungkin masih belum dikenali ramai, terutamanya bagi masyarakat Malaysia. Harga yang ditawarkan adalah antara RM299 hingga RM399.
Dikuasakan dengan cip dari Mediatek 6739, ia disokong dengan 3GB RAM dan 32 internal storage, saiz skrinnya pula adalah sebesar 5.45 inci.
10. Redmi 8A
Harga model telefon ini murah sedikit berbanding Redmi 8 dan hanya dibezakan dengan jumlah kamera dibelakang sahaja. Hadir dengan bateri bersaiz 5000 mAh, smartphone ini menawarkan pilihan warna seperti Midnight Black, Ocean Blue, Sunset Red.
Mungkin ada juga yang sedang mencari smartphone untuk tujuan perniagaan dengan sekadar untuk whastApp pelanggan, so berbaloi la kalau cari yang bawah RM500 kan?
Ha, apa-apa pun pilihan ditangan korang. Buat pilihan dengan bijak. Hiks!
Sumber: hellokerja