Tinggal 17 hari saja lagi sebelum umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal.

 

Sudah tentu, persiapan baju Raya masih on-the-way untuk kebanyakan remaja yang menantikan momen harga turun menjunam. Ke ada di antara korang yang dah settle beli semua baju Raya untuk tahun ini?

Iyalah, kebanyakan daripada koleksi baju Raya paling laku keras adalah koleksi yang dijual secara online seawal 2 bulan yang lalu lagi. Dengan kempen dan promosi hebat oleh pengeluar koleksi baju Raya besar seperti Fashion Valet dan Zalora.my, tak hairanlah ramai orang termasuklah selebriti Malaysia sudahpun mendapatkan baju Raya masing-masing.

Jom tengok baju mana yang dipakai oleh mereka semalam di acara berbuka puasa dan screening program Raya Astro.

 

01

Yana Samsudin

10 Stail Baju Raya Pilihan Remaja Di Astro Screening, Siapa Paling Letop!

Dah lama juga tak nampak Yana Samsudin di kaca TV. Tapi Yana pasti akan meluangkan masa setiap tahun untuk berada bersama kami di majlis berbuka puasa Astro seperti tahun-tahun sudah.

Tahun ini, Yana memilih warna merah menyala daripada koleksi mawar.red Lebaran 2018, specifically busana Maroon Malpua yang mempunyai rekaan draping di bahagian depan. Walaupun kelihatan lebih moden berbanding baju kurung biasa, ia boleh dipakai semula ke acara lain seperti open house nanti.

 

02

Scha Elinnea

10 Stail Baju Raya Pilihan Remaja Di Astro Screening, Siapa Paling Letop!

Bercakap tentang Yana, semalam pelakon drama Mr. Grey, Scha Elinnea pun sempat untuk bergambar bersama. Memilih baju raya dengan keemasan dengan perincian puffed bell sleeves, Scha hanya membiarkan rambut dan aksesorinya ringkas saja dengan tas tangan Kenzo.

 

Ads

03

Adriana Adnan

10 Stail Baju Raya Pilihan Remaja Di Astro Screening, Siapa Paling Letop!

Adriana pernah memuat naik baju ini beberapa hari yang lepas dan sejak itu, kami pun obses dengan baju Raya brocade oleh fabulousheejab ini! Ringkas tetapi cantik, busana Darleena Brocade berwarna krim ini memang laku keras. Setakat yang kami tahu, tinggal saiz S je yang masih available. 

 

04

Daiyan Trisha

10 Stail Baju Raya Pilihan Remaja Di Astro Screening, Siapa Paling Letop!

Bagi yang sukakan warna pastel dengan rekaan minimal lagi selesa, this is the perfect baju Raya for you. Daiyan memilih untuk mengganding busana Diana Modern Kurung daripada koleksi Alia B RTW oleh Zalora ini bersama subang mutiara dempak. Nampaklah padan dengan perincian manik pada baju.

 

10 Stail Baju Raya Pilihan Remaja Di Astro Screening, Siapa Paling Letop!

05

Sweet Qismina

Ads

10 Stail Baju Raya Pilihan Remaja Di Astro Screening, Siapa Paling Letop!

Apalah yang Sweet buat tu? Hehe. Ini adalah kali pertama kami mendengar tentang jenama Mayang By Anntsya and we just fell in love with this creation! Bukan saja ia moden, sopan tetapi kami pasti ia boleh dibawa ke banyak acara lain selepas tamat Syawal nanti. Kalau buat sebagai baju bridesmaids pun cantik kan.

 

06

Janna Nick

10 Stail Baju Raya Pilihan Remaja Di Astro Screening, Siapa Paling Letop!

Ini merupakan salah satu baju kurung moden daripada koleksi Shades of Black Raya oleh Ezuwan ismail dan kami sukakan rekaan ini pada figura Janna yang tinggi lampai. Lebih glamor berbanding baju Raya kebiasaan, Janna bijak membiarkan saja dirinya tanpa solekan atau dandanan rambut berlebih-lebihan. Tas tangan metalik jadi pelengkap gaya untuk musim perayaan.

 

07

Elfira Loy

10 Stail Baju Raya Pilihan Remaja Di Astro Screening, Siapa Paling Letop!

Boleh tak sesiapa beritahu kami dari mana boleh kami dapatkan baju yang dipakai oleh Elfira Loy ini?! Because we are just obsessed with it! Nampak manis dan ringkas, Elfira hanya memperlukan solekan untuk menjadikan look ini lebih wow. Mudah saja dengan teknik smokey eyes dan gincu coral.

Ads

 

08

Eyra Hazali

10 Stail Baju Raya Pilihan Remaja Di Astro Screening, Siapa Paling Letop!

Bagi korang yang hendakkan momen dramatik semasa melangkah masuk ke open house kelak, boleh memilih busana Peplum Ross II oleh Shelle Belle Azura Couture ini. Siap ada rekaan mullet lagi di bahagian belakang, bolehlah korang kibar-kibar nanti hehe.

 

09

Liyana Jasmay & Lisa Surihani

10 Stail Baju Raya Pilihan Remaja Di Astro Screening, Siapa Paling Letop!

Nampak gayanya, ada paten yang sama di kalangan koleksi baju Raya pilihan selebriti pada tahun ini. Lisa Surihani juga memilih Baju Kurung Pahang Cannes Tiles daripada jenama Emel by Melinda Looi. Kami pernah melihat beberapa lagi selebriti lain seperti Ayda Jebat dan Sharifah Amani turut memakai rekaan ini.

Liyana Jasmay pula cukup cantik dalam busana dusty lavender Kurung Shah Alam oleh Fiziwoo untuk Fashion Valet.

 

10

Scha Alyahya

10 Stail Baju Raya Pilihan Remaja Di Astro Screening, Siapa Paling Letop!

Dan sudah tentulah, kami sukakan gaya Scha Alyahya dalam busana Jakel Textiles dengan potongan rambutnya yang baru! We just love any celebrity who can pull off their own collection dan Scha tidak teragak-agak untuk mewakili koleksi kolaborasi mereka sekeluarga dengan Jakel pada acara buka puasa semalam.

 

* * * * *

So siapa paling letop?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI