Nampaknya, Puteri Eugenie yang baru melangsungkan perkahwinan kepada Jack Brooksbank semalam popular di kalangan selebriti antarabangsa.
Well, technically, bukan hanya selebriti tetapi juga di kalangan ahli keluarga diraja England yang dianggap sebagai selebriti bagi rakyat di sana.
Bila dah namanya selebriti, sudah tentu masing-masing tak nak kalah dalam bab berfesyen. Lihat TOP 10 gaya pilihan kami dan korang tentukan sendiri, siapa paling meletop!
BACA: Tiara Ratu Elizabeth Sekali Lagi Dipinjam, Kali Ini Untuk Perkahwinan Puteri Eugenie
Kate Middleton
Perkahwinan diraja England tidak boleh bermula tanpa kehadiran Duchess of Cambridge, Kate Middleton. Beliau memilih gaun merah jambu dari Alexander McQueen dengan fascinator berona sama.
Bahagian skirt dress tersebut ditiupi angin ketika Kate berada di luar gereja. Nasib baik tak berlaku waldrobe malfunction!
Pippa Middleton
Adik Kate iaitu Pippa Middleton juga dianggap sebagai selebriti dan sebahagian daripada golongan sosialit di England. Dia hadir bersama suami, James Matthews dan baby bump-nya!
Ellie Goulding
Ellie Goulding pernah menyanyi di perkahwinan William-Kate pada tahun 2012. Dia memilih gaun biru Tiffany dengan perincian tali pinggang.
Meghan Markle
Isteri kepada Putera Harry ini memilih stail yang lebih formal. Dress dan kot tersebut direka oleh Givenchy, pereka fesyen sama yang menyiapkan gaun perkahwinan Meghan, Mei lalu.
Ricky Martin
Ricky Martin dan pasangannya pun ada semalam! Like, macam mana Puteri Eugenie boleh kenal dengan penyanyi pop Latin seperti Ricky Martin?!
Sumber mengatakan mereka pernah dilihat berjumpa semasa Festival Seni Miami pada Disember 2017. Of course, Ricky kelihatan tampan dalam persalinan tailcoat kelabu asap.
Kate Moss & Lottie Moss
Supermodel, Kate Moss membawa segerombolan keluarganya ke majlis diraja ini, termasuklah anak perempuannya Lottie Moss yang berusia 16 tahun. Lottie sama cantik seperti Kate ketika dia muda.
Cara Delevigne
Seorang lagi supermodel yang kini bergelar pelakon, Cara Delevigne memilih stail berbeza dengan rekaan tux. Hot-nya!
Liv Tyler
Pelakon Liv Tyler memilih gaya selamat tetapi klasik, sesuai dengan usianya yang lebih senior.
Demi Moore
Pelakon Demi Moore kelihatan cantik (dan masih muda!) dalam persalinan merah burgundy.
Cuba perhatikan kepada tas tangannya. Ia adalah beg satin sama yang dibawa oleh Meghan Markle pada sebuah majlis pertunangan, minggu lalu.Ahem, harga beg Gabriela Heast ini adalah USD1,995.
Poppy Delevigne
Kakak kepada Cara Delevigne, Poppy Delevigne juga nampaknya rapat dengan keluarga diraja. Tetapi perhatikan kepada gaun Oscar de la Renta-nya yang menampakkan sosok tubuh! Kalau dekat perkahwinan di Malaysia ni, mahu kena kecam.
So, siapa paling stylo bagi korang?