Masalah kelemumur seringkali dihadapi tak kiralah oleh orang perempuan mahu pun lelaki. Kalau pakai baju gelap, kelemumur yang gugur tu pasti boleh dilihat dengan jelas oleh orang lain. Malah, ada juga yang malu bila ditegur.
Bagi mengurangkan masalah ini, cara yang paling mudah untuk korang buat adalah dengan memilih syampu yang bersesuaian, selain mendapatkan rawatan kulit kepala sekiranya keadaan kelemumur bertambah serius.
Kalau sekadar kelemumur biasa, korang boleh cuba beberapa syampu berikut untuk membantu mengatasi masalah ini.
1. Safi Shayla Shampoo – Anti Dandruff
Syampu ini sesuai untuk mereka yang bertudung kerana apabila rambut tidak mendapat pendedahan cahaya matahari, ia boleh menyebabkan rambut busuk dan tidak sihat serta mengakibatkan sebum dan peluh yang berlebihan pada kulit kepala.
Ramuan Habbatus Sauda sememangnya baik untuk kulit kepala dan rambut bermasalah, menanggalkan kepingan tanpa mengeringkan kulit kepala. Ia juga membantu melembapkan rambut untuk lebih terurus.
2. Himalaya Anti-Dandruff Shampoo
Berasaskan bahan semulajadi, syampu ini boleh membuatkan rambut jadi lebih segar. Produk anti kelumumur Himalaya berkesan merawat akar yang menyebabkan kelumumur dan membantu untuk mengurangkan serpihan, kegatalan, rambut gugur dan mencegah kelumumur daripada kembali.
3. Innisfree Green Tea Mint Fresh Shampoo
Ads
Diformulasi dengan mint untuk membantu mengawal sebum kulit kepala berlebihan dan membuang sisa dari rambut dan kulit kepala. Ekstrak teh hijau dan komponen bebas silikon menambah kelembapan pada rambut dan boleh menyegarkan kulit kepala.
4. Pantene Pro-V Anti Dandruff Shampoo
Syampu ini sangat berkesan kerana korang boleh merasakan perbezaan daripada hanya cucian pertama. Kelemumur akan berkurangan dengan beberapa kali penggunaan saja. Ia juga tidak mengeringkan kulit kepala.
5. L’Oreal Els Fall Resist Anti Dandruff Shampoo
Dirumus dengan arginine untuk membantu menyuburkan rambut dari akar hingga ke hujung. Dengan ZnPT membantu menyihatkan kulit kepala dari masalah kelumur akibat kulit kepala yang tidak sihat.
Syampu ini juga membantu menyuburkan akar rambut dan folikel, menguatkan dan mengalakkan pertumbuhan rambut menjadi lebih tebal.
Ads
6. Natural Olive Essence Hair Care Silky Charming Hair Shampoo Anti Dandruff
Minyak zaitun memberi manfaat untuk melembutkan, melembapkan, menyuburkan rambut dan merawat kulit kepala yang berkelumumur. Korang boleh melihat hasil peningkatan yang lebih baik dalam dua hingga tiga minggu.
7. Good Virtues Co. Anti-Dandruff Care Shampoo
Pembersihan organik minyak habbatus sauda (organik minyak benih hitam) berfungsi untuk menyahtoksik rambut korang.
Formula pelindung yang digunakan membantu menghilangkan dan menghalang kelumumur dengan campuran ekstrak maca root semulajadi dan vitamin B5 yang membantu menguatkan folikel untuk mengurangkan rambut gugur.
8. VLCC Dandruff Control Shampoo
Ads
Dirumus dengan gabungan unik rosemary dan pudina dapat membantu mengurangkan kelumumur secara berkesan. Minyak rosemary berfungsi sebagai anti-bakteria untuk melindungi jangkitan kulit kepala dan menghilangkan kelumumur.
Ekstrak daun pudina membantu melegakan kulit kepala dan membuatkan rambut kelihatan berkilat, sihat dan bebas kelumumur.
9. Dove Shampoo Dandruff
Syampu ini mampu untuk melegakan kegatalan kulit kepala dan formula yang digunakan berfungsi dengan cepat untuk membersihkan serpihan dan melawan kelumumur daripada basuhan pertama.
Formula yang dibuat daripada zink pyrithione ini terbukti berkesan untuk menghilangkan kelumumur, menghilangkan kegatalan kulit kepala dan membersihkan rambut dengan berkesan.
10. Dalan d’Olive Anti-Dandruff Shampoo
Diperbuat daripada 100 peratus sabun minyak zaitun, kualiti syampu ini dijamin dan jika korang nak nampak hasilnya, ia memerlukan penjagaan yang rapi setiap kali korang menggunakannya.
Kaya dengan bahan aktif kompleks, syampu ini juga membantu mencegah rambut gugur dan protein sutera dapat melembutkan rambut. Kesan anti-bakteria dalam syampu ini dapat melawan mikroorganisma yang menyebabkan kelemumur.
Era kini, perkembangan teknologi amat memudahkan setiap urusan kita bukan sahaja dalam kehidupan. Malah, dalam hal penjagaan penampilan dan kecantikan juga mudah untuk digunakan pada bila-bila masa dan dimana jua dan ia sudah seperti menjadi keperluan buat sesetengah orang.
Kali ini jenama Ulike sekali lagi mencetus fenomena dalam industri kecantikan dengan memperkenal ReGlow LED Face Mask yang menggunakan teknologi LED fototerapi.
Peranti inovatif ini juga menawarkan penyelesaian untuk pelbagai masalah kulit dan paling menarik, pengguna boleh menjimatkan kos untuk dapatkan rawatan di spa atau klinik estetik.
Antara ciri menarik ReGlow LED Face Mask ini adalah bukan sahaja bentuknya yang kelihatan seperti karakter superhero Iron Man! Masker ini juga mampu menangani masalah kulit secara efektif hanya dengan menggunakan gelombang cahaya.
Berbeza dengan rawatan penjagaan kulit seperti sebelum ini yang memerlukan banyak langkah dan lawatan ke dermatologis. Masker Ulike memberikan pilihan mudah kepada pengguna yang ingin dapatkan rawatan kecantikan hanya di rumah dan boleh dibuat pada bila-bila masa.
ReGlow LED Face Mask juga adalah peranti yang bertindak sebagai penyelesaian menyeluruh untuk masalah kulit termasuk anti-penuaan, pengurangan jerawat, pencerahan, dan mampu mengembalikan kulit seperti remaja hanya dengan sentuhan butang.
Kami di Remaja berpeluang mencuba ReGlow LED Face Mask! Hasilnya, anda boleh lihat dalam masa 10 minit sahaja. Bagi dapatkan hasil yang lebih baik, pengguna perlu konsisten setiap hari dan boleh lihat kesan yang baik berlaku selepas 14 hari.
Pengalaman #Remaja Menggunakan ReGlow LED Face Mask
Sebagai seseorang yang kulit cenderung kusam dan berjerawat, saya ingin melihat keberkesanan produk ini dalam masa singkat seperti yang diperkatakan. Semasa pertama kali menggunakan masker tersebut, peranti tersebut agak ringan dan selesa dipakai tanpa menyakitkan kepala.
Apa yang menarik, semasa memilih setiap mode yang ingin digunakan. Anda tidak perlu set timer kerana cukup dengan memilih mode pilihan, peranti Ulike ini secara automatik akan menyala selama 10 minit dan tertutup selepas rawatan selesai.
Secara keseluruhan, mungkin harga peranti ini agak tinggi sehingga membuatkan mereka berhati-hati dan ingin melihat sama ada ia berbaloi untuk kesan panjang. Akan tetapi, jika bandingkan harga kos peranti ReGlow LED Face Mask dengan rawatan muka di luar sana. Mungkin anda dapat jimatkan masa tanpa perlu ke spa atau klinik, juga wang kerana rawatan di luar sana sudah pasti memerlukan rawatan lanjut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tashi Choden, gadis berusia 23 tahun mencipta momen bersejarah apabila dia berjaya memenangi pertandingan Miss Universe Bhutan yang pertama kalinya diadakan dinegara itu.
Walaupun begitu, Tashi bukanlah orang baharu dalam dunia ratu cantik. Sebaliknya dia sebelum ini pernah menyertai pertandingan Miss Citadel Pune 2017 di India bahkan sebelum itu dia dinobatkan sebagai Miss Indo Bhutan Fest 2016.
Pada tahun 2018 dia menyertai pertandingan Miss Asia, walaupun tidak berjaya mendapat tempat, dek keramahan dan personaliti menarik, dia dianugerahkan dengan gelaran Miss Congeniality. Setahun kemudian, dia sekali lagi mewakili Bhutan di pertandingan Miss Supermodel Worldwide 2019 dan berjaya tembus ke kedudukan top 15 serta dinobatkan sebagai pemenang Best Catwalk.
Dengan pengalaman yang luas dalam dunia ratu cantik, tidak hairanlah gadis tinggi lampai ini berjaya mengalahkan 24 peserta lain untuk merebut gelaran Miss Universe Bhutan 2022. Seiring dengan kemenangan, dia akan menjadi wakil pertama negara tersebut ke pentas berprestij Miss Universe.
Menerusi sebuah video khas untuk pertandingan ini, Tashi berkongsi, “Selain daripada kepercayaan, saya juga percaya dengan sedikit magis. Bukan untuk muat dalam kasut kaca Cinderella tetapi lebih kepada untuk memecahkan sekatan masyarakat untuk lebih maju ke hadapan.”
Para peserta tampil anggun menggayakan pakaian tradisional wanita Bhutan.
Sekadar informasi untuk pembaca REMAJA, Bhutan merupakan sebuah negara kecil yang terletak di antara China dan India. Negara ini merupakan satu-satunya negara yang diiktiraf sebagai negara karbon negatif kerana persekitarannya yang terpelihara dan tiada pembangunan berleluasa dibenarkan.
Secara fakta, 60 peratus kawasan negara itu digazet supaya dikekalkan sebagai hutan, manakala binaan bangunan di sana tidak dibenarkan melebihi enam tingkat pembinaannya. Usaha ini dilakukan untuk menjaga keharmonian alam sekitar.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kalau buka je media sosial sekarang, ramai yang berkongsi gambar atau resipi makanan yang dibuat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Ya kami faham, bila dah dekat rumah je mesti rasa nak makan saja kan? Hiks!
Malah, hal ini sedikit mendatangkan kebimbangan oleh beberapa pihak kerana jadual makan yang tidak dijaga mungkin boleh mendatangkan keburukan kepada kesihatan masyarakat.
Oleh sebab itu, ramai juga yang berkongsi video home workout yang boleh dilakukan tanpa perlu keluar rumah. Tidak terkecuali, YB Syed Saddiq yang mencadangkan #stayathomechallenge di laman Twitter dengan menyeru masyarakat Malaysia untuk melakukan 20 clap push-ups dalam masa 17 saat.
Ramai yang supportive dan turut menyahut cabaran yang diberi oleh Ahli Parlimen Muar ini.
Namun begitu, ramai juga rakyat Malaysia yang lucu dan terhibur kami melihat aksi mereka. At least, tak ada la korang stres sangat duduk rumah kan sebab ada orang-orang yang boleh menghiburkan seperti mereka. Hiks!
Okay, rasanya challenge ni tidaklah susah sangat. Jadi apa lagi guys, jom sahut cabaran YB Syed Saddiq ini dan sedikit sebanyak korang bergerak sikit la dekat rumah tu. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun sedang berdepan dakwaan melibatkan kegagalan membayar hutang berjumlah RM4.65 juta kepada sebuah syarikat, pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura dilihat kekal tenang meneruskan...