10 Tahun Belajar Home School, Rupanya Remaja Ini Jadi ‘Mangsa Culik’ Ibu Bapa

Share

 

Selalu kan kita dengari remaja yang tidak dihantar ke sekolah, sebaliknya ibu bapa mereka memilih cara home schooling saja di rumah.

 

Samalah seperti seorang remaja di Great Britain ini yang kononnya belajar melalui teknik home school. Namun hakikatnya, dia menjadi mangsa culik oleh ibu bapanya sendiri selama 10 tahun.

Gadis berusia 19 tahun itu mendakwa, teknik home school selama ini hanyalah alasan ibu bapa untuk menguncinya di dalam rumah mereka di Kent, selatan UK. Sejak berusia 9 tahun, dia terperangkap dan tidak dibenarkan keluar sama sekali.

Dia tak dibenarkan berjumpa doktor, doktor gigi malah ahli keluarganya lain. Malah, kementerian pendidikan di UK juga tidak dapat menjejaki dokumen persekolahannya lagi.

Ini merupakan kediaman keluarga itu di Tertenden, Kent UK.

BACA: Remaja 16 Tahun Terima Tawaran Belajar Di RCSI

Begini situasinya.

Gadis tersebut merupakan seorang remaja istimewa yang memerlukan penjagaan dan pendidikan khas. Ketika sedang di dalam kelas sewaktu berusia 9 tahun, ibu bapanya telah membawa dia pulang ke rumah dan sejak hari itu, tiada siapa pernah menemui kelibat gadis tersebut.

Seramnya!

Ada yang mendakwa ibu bapanya menjadi guru kepada anak mereka sendiri. Masalahnya sekarang, dia tidak dapat menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak dan remaja sebayanya selama 10 tahun.

Menurut laporan, ibu bapa mangsa telah ditahan pihak berkuasa atas warab mengabaikan penjagaan anak. Sementara itu, mangsa yang dijumpai dalam keadaan stres terlampau sedang menerima bantuan fizikal dan psikiatri daripada pakar.

Iyalah, 10 tahun terkurung dalam rumah, mana tak stres!

 

 

Published by
FZ