10 Tahun Melawan Penyakit Autoimun Kronik, Bella Hadid Kongsi Rutin Ambil Suntikan

Share

Nama Bella Hadid memang tidak asing lagi di dunia fesyen. Siapa sangka, supermodel dan adik kepada Gigi Hadid ini mempunyai penyakit kronik yang serius.

Dalam satu perkongsian dilaman instagramnya, Bella memuat naik 3 keping gambar dirinya mendapatkan suntikan IV bagi melawan penyakit autoimun yang menyerang sel dalam badannya.

 

Untuk info, penyakit autoimun atau Lyme terjadi apabila sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri. Ia terjadi kerana sistem imun badan gagal membezakan sel atau tisu badan dan menanggap sel tersebut adalah sel asing. Disebabkan kegagalan tersebut maka ia boleh menyerang pelbagai organ dan tisu.

Menurut laporan BuzzFeed, sudah 10 tahun rupanya model jelita ini berlawan dengan penyakit autoimun kronik ini setelah didiagnosis pada tahun 2013.

Bukan Bella saya menghidap penyakit ini, namun ibu dan adiknya Anwar Hadid juga menderita dengan penyakit ini. Namun, Bella tidak pernah patah semangat dan tidak pernah berhenti menerima rawatan dan tetap menjaga kesihatan diri mengikut kemampuan diri sendiri.

Punca 

Secara realitinya penyebab penyakit autoimun hingga saat ini belum diketahui meskipun beberapa teori telah diutarakan. Secara umumnya penyakit autoimun disebabkan oleh faktor-faktor berikut:-

  1. Genetik keluarga yang ada sejarah penyakit autoimun.
  2. Jantina dan status hormone (75% penyakit autoimun berlaku di kalangan wanita)
  3. Jangkitan virus atau bakteria
  4. Pendedahan kepada persekitaran dan bahan kimia toksik
  5. Stress dan trauma
  6. Merokok
  7. Kekurangan nutrisi

Antara tanda korang menghidap menghidap penyakit autoimun

1. Sakit sendi, sakit otot atau kelemahan otot
2. Susut berat badan
3. Ruam yang berulang, amat sensitive pada cahaya matahari, ruam berbentuk rama-rama pada hidung dan pipi.
4. Sukar untuk memberikan perhatian atau tumpuan.
5. Rasa letih, berat badan bertambah atau tidak tahan sejuk.
6. Rambut gugur ataupun keputihan pada kulit.
7. Kekeringna pada bahagian mata, mulut dan kulit.
8. Kebas pada bahaian tangan dan kaki.
9. Kerap mengalami keguguran

Melalui gambar yang dikongsi menerima suntikan IV, membuktikan Bella tidak pernah berhenti merawat diri dan tetap memberi senyuman manis tatkala mengharungi masalah kesihatan.

Apapun, semoga Bella terus kuat melawan penyakit ini dan kembali sihat seperti sedia kala.

Sumber : Instagram Bella, Myhealth

Published by
Nana