Pelakon berkaliber, Hafreez Adam bukanlah nama yang asing lagi dalam industri seni tempatan.
Segala watak yang dilunaskan oleh bintang inj jarang sekali menghampakan peminat naskhah Malaysia.
Terbaharu, bekas peserta Hero Remaja itu diberi kepercayaan sebagai ‘muse’ untuk pertunjukan fesyen jenama popular tanah air, Neonate dan Svg.
Ads
ARTIKEL BERKAITAN: “Kena Ada ‘Time’ Untuk Dia” -Ajai Kongsi Rahsia Kekal ‘Fit’ Menjelang 50-an
Berkata kepada Remaja, Hafreez menzahirkan rasa bangga kerana terpilih untuk ‘runaway’ bersama dengan bintang terkenal yang lain, walaupun pada masa sama dirinya mempunyai perasaan gementar.
“Sejujurnya saya terharu apabila dipilih untuk menjadi ‘muse’ bagi Neonate x Svg tahun ini termasuklah bersama MK K-Clique dan Dewi Remaja kita, Shaza Bae.
“Bangga, tetapi pada masa sama gementar. Sudah 10 tahun saya berlakon, pada masa sama tak ‘catwalk’ lagi. Jadi, ini adalah kali pertama saya ‘catwalk’ selepas 10 tahun,” katanya.
Tambah pelakon filem Jemputan Ke Neraka itu lagi, dia bagaimanapun mengambil peluang ini sebagai sebuah cabaran buat dirinya selain keluar daripada zon selesa.
“Tambahan lagi dengan khalayak ramai dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi perasaan lain macam itu lain sedikitlah.
“Saya cabar diri sahaja kerana sewaktu mereka ‘offer’, saya tidak rasa yang saya boleh lakukan sebab ada anxiety. Dah lama kan…
“Jadi, saya tak rasa boleh lakukan. Bagaimanapun, saya ambil ini sebagai satu cabaran dan keluar daripada zon selesa saya. Berharap semuanya berjalan dengan lancar,” ujarnya panjang.
Ads
Ads