10 Tanda Anda Telah Jumpa Calon Suami Ideal

Share

Tiada yang sempurna di dalam dunia ini, tetapi jika anda telah pun jatuh hati dengan seseorang individu itu, semua baik buruk pasangan tidak menjadi halangan buat anda untuk terus mencintainya.

Namun selepas beberapa ketika, barulah anda sedar dan terfikir sama ada pilihan yang telah dibuat ini adalah tepat atau tidak.

Jangan risau, REMAJA akan cuba membantu untuk mengenalpasti 10 tanda-tanda bahawa anda telah pun mendapatkan suami/pasangan yang ideal.

1. Dia tidak takut untuk menempuh kesusahan dan bersedia untuk menyelesaikan segala masalah bersama-sama.

Lelaki sejati tidak hanya pandai berkata manis tetapi harus membuktikannya melalui perbuatan. Ketika berada dalam situasi yang sulit, mereka sentiasa ada untuk mengelap air mata anda.

2. Menyediakan sendiri makan malam

Wanita moden menganggap bahawa lelaki yang pandai masak adalah calon suami yang ideal. Tidak perlu menyiapkan makanan yang istimewa, jika si suami/pasangan menyediakan telur goreng dan kicap sahaja pun bisa membuatkan si isteri tersenyum lebar.

3. Sentiasa menyokong walaupun anda melakukan kesilapan

People make mistakes. Suami/pasangan yang supportive tidak akan terus menghukum isteri di atas kesalahan yang telah dilakukan. Walaupun kamu salah, dia sentiasa ada untuk memberikan sokongan dan nasihat.

4. Sentiasa alert tentang anda

Ini tidak bermakna si suami/pasangan tahu setiap pergerakan anda atau ingat baju warna apa yang anda pakai 5 hari lepas. Namun, dia sentiasa alert dengan apa yang berlaku pada diri anda. Dia tahu lagu kegemaran anda dan dia juga tahu setiap obsesi anda pada sesuatu perkara.

5. Bukan hanya pintar, tetapi bijak

Untunglah jika anda mempunyai suami yang bijak untuk menyelesaikan masalah matematik, tetapi apa yang lebih penting adalah lelaki yang mampu untuk mencari jalan keluar ketika menghadapi sebarang masalah. Jika suami/pasangan anda boleh memberikan nasihat tatkala sedang mempunyai salah faham dengan keluarga, anda memang sangat bertuah.

6. Dia tahu untuk menceriakan anda

Jika anda dalam keadaan sedih, dia tahu bagaimana untuk menceriakan kembali hidupmu. Dia akan berlawak jenaka, menyokong dan melakukan apa sahaja untuk menggembirakan anda.

7. Dia tahu bagaimana untuk berkompromi dan berunding

Seorang lelaki yang ideal mudah untuk dibawa berbincang dan bijak untuk mengendalikan sebarang situasi tegang yang melibatkan banyak pihak. Tidak bertindak melulu, ciri-ciri lelaki seperti ini sememangnya diidamkan oleh setiap wanita.

8. Tidak akan membiarkan anda dalam kesusahan

Kebanyakan lelaki tidak boleh memberikan fokus kepada pelbagai masalah dalam satu masa. Namun, mereka tidak akan membiarkan anda sendiri dalam menghadapi kesusahan dan menjadikan masalah anda sebagai keutamaan mereka.

9. Pendapat anda sentiasa diperlukan

Hubungan suami isteri bukan sahaja bermakna harus tinggal sebumbung, malah anda juga harus menjadi seorang teman baik yang mampu memberikan pendapat di antara satu sama lain. Namun begitu, ini tidak bermakna si suami perlu mengikut semua kata isteri.

10. Membantu dalam kerja-kerja rumah

Jika si suami menghormati dan menghargai anda, mereka tidak akan membiarkan anda keseorangan membuat kerja-kerja rumah. Dia sangat memahami situasi anda yang sedang keletihan apabila pulang kerja, lalu membantu menguruskan hal-hal rumah seperti mencuci pakaian atau mengemas peralatan dapur. Dengan cara ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

Jelas sekali memilih pasangan yang ideal itu perlu untuk menyempurnakan kehidupan bersama kelak. Setiap lelaki mempunyai keunikan dan kelebihan yang berbeza-beza. Jika kamu mempunyai suami/pasangan seperti kriteria di atas, syabas kami ucapkan.

Published by
Noor Ain Norman