10 Tanda Buah Pinggang Yang Telah Rosak Wajib Korang Alert

Share

Buah pinggang merupakan antara organ dalaman manusia yang sangat penting. Fungsinya yang bertindak sebagai menyaring dan membersihkan darah, membentuk urin, kadar garam dalam badan, kawalan tekanan darah dan banyak lagi.

Jadi bayangkan jika pada usia muda kita berdepan dengan masalah buah pinggang. Pastinya sangat merumitkan keadaan dan perjalanan harian aktiviti kita. Oleh kita kita harus waspada dan berjaga-jaga akan petanda yang boleh memberikan petunjuk sama ada ia ‘bekerja’ dengan baik atau tidak.

Perhatikan 10 petanda yang Remaja kongsi kali ini. Semoga ia boleh memberi manfaat kepada kita semua.

1. Susah tidur

Jika buah pinggang tidak berfungsi dengan baik ini bererta racun atau toksin tidak dapat keluar daripada badan menerusi urin dan ia terus berlegar dalam barah. Peningkatan kadar toksin boleh membuatkan kita berdepan dengan kesukaran untuk tidur dan juga mengakibatkan penurunan fungsi buah pinggang. Jika berdepan dengan masalah sleep apnea

atau gangguan tidur itu berkemungkinan besar buah pinggang berada dalam kondisi tidak baik.

2. Mudah pening kepala, tercunga-cungap & rasa tak cukup nafas

Buah pinggang yang sihat dan berfungsi dengan baik akan mengubah vitamin D dlam badan untuk hasilkan hormon pembentukan tulang dikenali sebagai Erythropoietin. Ia meurpakan hormon penting untuk pembentukan sel darah merah. Jika buah pinggang tidak berfungsi dengan baik maka penghasilan hormon tersebut terganggu sekali gus membuatkan kamu mudah sakit kepada berasa mudah penat atau tercungap-cungap.

3. Masalah kulit kering dan gatal

Disebabkan ‘kerja’ buah pinggang berfungsi untuk membuang toksin dari darah, membantu hasilkan sel darag merah dan menjaga jumlah mineral dalam tubuh, jadi kulit yang kering atau gatal berkemungkinan menjadi indikasi bahawa kamu berdepan masalah buah pinggang. Kalau tanda-tanda ini berlaku, pastikan badan kamu tidak kurang air dan tetap terhidrasi. Tapi awas, sebelum mengambil apa jenis ubatan pastikan kamu berjumpa doktor terlebih dahulu. Jika tersasalah mengambil ubat ia akan memburukkan lagi keadaan buah pinggang kamu.

Artikel Berkaitan: 5 Langkah Paling Mudah Dapatkan Kulit Wajah Berseri Seperti Hannah Delisha 

4. Mulut berbau

Bila toksin berkumpul dalam darah, ia akan mengubah rasa makanan menjadi rasa ‘logam’ pada mulut. Keadaan mulut berbau juga boleh menjadi salah satu tanda bahawa aliran darah sudah tercemar. Seterusnya kamu akan mula hilang selera makan dan tidak suka makan daging. Jika berterusan ia boleh menyebabkan kamu susut berat badan secara drastik. Terus berjumpa doktor jika keadaan ini tiba-tiba berlaku dan berterusan dalam tempoh lama.

5. Kesukaran bernafas

Jika buah pinggang tidak berfungsi dengan badan cairan dalam tubuh akan bergerak ke paru-paru. Selain itu, anemia boleh menyebabkan kadar oksigen dalam badan berkurangan dan sekali gus menyebabkan sesak nafas. Jika kamu berusaha dapatkan semula pernafasan secara normal tetapi gagal sila berjumpa dengan doktor dengan kadar segera!

6. Bengkak pada pergelangan tangan & kaki

Keadaan buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik juga akan boleh menyebabkan kawasan pergelangan kaki atau tangan menjadi bengkak secara tiba-tiba. Jika keadaan ini berlaku berkemungkinan bukan sahaja buah pinggang bermasalah tetapi juga mungkin jantung, hati dan pembuluh darah yang bermasalah. Terus jumpa doktor kalau ini berlaku ya.

7. Selalu rasa nak kencing

Perubahan air kencing serta frekuensi kamu membuang air. Buah pinggang juga berfungsi menghasilkan air kencing dan mengeluarkan toksin menerusinya. Jika ada perubahan pada terutamanya pada warna dan bau air kencing, ini bermakna berkemungkinan besar kamu mengalami masalah buah pinggang.

8. Kekejangan otot

Ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, termasuklah tahap kalsium yang rendah dan fosforus yang tak terkawal dengan baik menjadikan otot kejang dan ini juga merupakan salah satu tanda bahawa buah pinggang rosak.

9. Kurang selera makan

Toksin yang terkumpul menyebabkan fungsi buah pinggang terbeban dan membuatkan hilang selera makan.

10. Bengkak berterusan pada mata

Bengkak berterusan pada mata adalah disebabkan oleh protein yang sepatutnya berada di dal am badan tapi masuk ke dalam air kencing dan keluar daripada badan. Ini disebabkan oleh kegagalan sistem penapisan buah pinggang yang tidak berfungsi atau rosak.

Diharapkan perkongsian ini boleh memberi kesedaran terhadap kesihatan buah pinggang terutamanya untuk kamu golongan remaja. Walau bagaimanapun, perkara paling penting sekali ialah mendapatkan daripada doktor yang lebih pakar dan arif tentang kesihatan tubuh badan. Dan remaja ingin tegaskan bahawa jangan mengambil sebarang jenis ubat tanpa merujuk doktor terlebih dahulu.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim