‘If traveling was free, you’d never see me again’. Mesti korang selalu dengar quote ni kan? Rasanya tak ada manusia yang tidak suka melancong, lebih-lebih lagi jika berpeluang ke tempat orang.

Soal duit, boleh dicari. Tapi, pengalaman melihat sendiri budaya masyarakat lain merupakan satu kelebihan buat mereka yang suka travel. Banyak perkara kita boleh belajar jika berada di tempat orang. Setuju tak?

‘Once a year, go someplace you’ve never been before’.

Ada banyak tempat menarik di seluruh dunia yang korang boleh explore, at least sekali seumur hidup. Berikut antara senarai lokasi terbaik

1. St. Moritz, Switzerland

Kawasan bukit bukau yang sangat indah, lebih-lebih lagi ketika musim sejuk. Rasai pengalaman bermain ski dan nikmati udaranya segar. Memang best kalau korang datang untuk menenangkan fikiran.

2. Eiffel Tower, Paris

Dikenali sebagai Kota Cinta, Paris adalah antara lokasi impian bagi kebanyakkan kaki travel. Tempat wajib yang korang perlu singgah adalah di Eiffel Tower dan kalau ada peluang apa kata naik menara tersebut untuk melihat keindahan bandar Paris.

Ads

3. The Hobbit House, New Zealand

Merupakan lokasi penggambaran filem Lord of The Ring dan The Hobbit. Perjalanan lebih kurang 2 jam 30 minit dari Auckland, dan setibanya korang di sana akan ada petugas yang menerangkan informasi tentang tempat tersebut serta kaitannya dalam babak-babak filem tersebut.

Tapi kalau korang memang tak pernah menonton, rasa macam kurang aura la sikit. Hiks!

4. Niagara Falls

Siapa yang tidak terpukau dengan keindahan air terjun niagara. Terletak diantara sempadan Amerika Syarikat dan Kanada, deru air terjun ini boleh didengar dari jarak tiga kilometer. Selain daripada menjadi sumber penjanaan hidroelektrik bagi penduduk tempatan, Niagara Falls juga turut menjadi tempat tumpuan pelancong seluruh dunia.

5. Blue Lagoon, Iceland

Spa semula jadi yang terhasil daripada aktiviti geothermal yang dilakukan membuatkan Blue Lagoon begitu istimewa dengan adanya juga kolam air panas semula jadi yang berwarna kehijauan. Sesuai untuk dijadikan lokasi bulan madu.

Ads

6.Grand Canyon, Amerika Syarikat

Kalau korang pernah menonton filem 127 hours, mesti dah familiar dengan lokasi penggambaran filem tersebut di Grand Canyon, US. Struktur kawasan yang berbatu sangat menjadikan tempat ini rare tapi sangat berbaloi untuk dilawati.

Korang boleh lakukan aktiviti Skywalk disini. Pemandangannya sangat-sangat berbaloi!

7. Gunung Bromo, Surabaya

Gunung Bromo antara yang sering mendapat tumpuan utama di Surabaya. Memiliki ketinggian 2,329 meter di atas permukaan laut, keindahan gunung berapi ini memang tidak boleh disangkal.

Ads

Apa yang menariknya, sepanjang perjalanan ke Gunung Bromo ada juga tempat-tempat menarik yang boleh kamu singgah untuk mengambil gambar kenangan. Antaranya adalah Bukit Teletubbies, padang rumput (savanah) dan Pasir Berbisik.

Semua lokasi-lokasi ni pemandangannya sumpah cantik. Dengan keadaan sekeliling yang sejuk, pendek kata percutian kamu memang sangat menenangkan.

8. Nothern Lights, Sweden

Aurora Borealis antara tarikan utama disini. Kejadian langit bertukar warna menjadikan ia seperti satu keajaiban dunia. Rasai sendiri pengalaman indah ini jika korang berpeluang ke sini.

9. Cappadocia, Turki

Korang pasti teruja jika dapat menaiki belon panas dan menikmati keindahan Cappadocia terutamanya pada waktu matahari terbit. Jika tidak, dapat sampai dan bergambar di lokasi ini juga sudah cukup memadai.

10. Makkah/Madinah, Arab Saudi

Selain melakukan ibadah rukun Islam yang kelima, Makkah dan Madinah juga mempunyai pelbagai tempat bersejarah untuk dikunjungi. Korang pasti teringat kembali saat belajar Pendidikan Islam di sekolah dulu. Dalam mencari pahala beribadah, tempat suci ini juga antara yang menarik untuk dikunjungi.

Ini antara 10 yang kami senaraikan, sudah tentu banyak lagi tempat menarik untuk korang explore kan? Semoga wabak COVID-19 berakhir segera agar kita semua boleh kembali melancong ke luar negara seperti dahulu.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI