10 Tempat Makan Menarik Di Melaka Yang Korang Boleh Lepak Hujung Minggu Ini

Share

Kalau sebut tentang makanan, mesti ramai yang celik mata kan? Rezeki jadi orang Malaysia, makanan di negara kita ni semuanya sedap-sedap belaka.

Walau jauh pun sanggup ada yang sanggup pergi semata-mata nak cari kedai makan viral ni. Kalau tak sedap, orang tak viral kan.

So apa kata korang cuba beberapa tempat yang kami cadangkan ini.

1. Cendol Bakar

Apa yang istimewanya adalah berbagai jenis cendol terdapat di kedai ini. Harganya pun berpatutan. Lokasinya terletak di Alor Gajah. Kalau tak nak makan disini, nak drive thru pun boleh.

2. Asam Pedas Matahari Corner

Dah namanya datang Melakan kan, tak sah la kalau tak pekena asam pedas. Lokasi kedai ini di belakang pasar lorong batu berendam. Antara menu rare yang ada ialah asam pedas telur ikan dan telur sotong.

3. Mee Besen

Pernah viral satu ketika dulu, lokasi Mee Besen ini bertempat di Pusat Niaga Durian Daun. Mee Besen Jumbo berharga RM 32 sahaja dan boleh dimakan sehingga 8 ke 10 orang. Memang berbaloi-baloi.

4. Ikan Bakar Parameswara

Udang bakar ni pun nampak sedap sangat

Terdapat banyak gerai yang menyediakan makanan laut disini. Lokasinya strategik dan menarik kerana korang boleh melihat pemandangan Selat Melaka dan juga hutan bakau di gigi air. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

5. Roti Naan Pak Putra

Untuk peminat roti naan, korang kena try Roti Naan Pak putra di Taman Kota Laksamana. Beroperasi dari jam 5.30 petang sampai la jam 1 pagi. Sesuai untuk korang yang suka melepak waktu malam. Hiks!

6. Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Restaurant

Okay dah biasa makan nasi ayam kan? Kali ni cuba tukar pula style makan chicken rice ball ni. Nasi dikepal menjadi seperti bebola. Unik dan menyelerakan. Jangan risau, restoran ni halal gaiss.

7. Asam Pedas Claypot

Dihidangkan dalam claypot panas-panas, memang sedap la bila makan dengan nasi putih. Korang boleh cari Asam Pedas Claypot ini di lokasi sekitar Taman Kota Laksamana.

8. Roti Canai Kayu Arang

Foto: Vkeong.com

Oleh sebab tempat ini menjadi tumpuan orang ramai, so dinasihatkan untuk korang datang seawal pagi. Kalau tak, jenuhlah nak menunggu tempat duduk nanti. Apa yang menariknya, kesemua roti di goreng atas dapur kayu arang. Tengok gambar pun dah meleleh air liur. Haha!

9. Roti John Tarik MaeLambong

Kalau korang sejenis suka makan roti john yang penuh dengan isi daging, sos dan cheese mozzarella meleleh, nah ini adalah pilihan yang tepat. Roti John Tarik MaeLambong bertempat hadapan Hang Tuah Mall.

10. Cucur Udang Alor Gajah

 

Apa yang istimewanya cucur udang ini dihidangkan bersama fish cake, sosej, nugget, timun dan tauhu. Kuahnya pun memang superb laa. Kalau nak makan confirm kena beratur la wey!

Kalau dapat cuba kesemua tempat yang kami cadangkan ini, confirm kenyang perut senang hati. Hehe! Apa lagi weekend ni jom serang Melaka nak?

Published by
Noor Ain Norman