Cuaca panas luar biasa yang melanda negara kita kebelakangan ini memang buat ramai jatuh sakit dan sakit kepala.
Cuaca panas serta kering ini juga disebabkan oleh ‘paduan’ musim Monsun Barat Daya dan dua ribut siklon tropika di utara Laut China Selatan.
Hmm…betapa peritnya untuk rakyat Malaysia kini apabila sedang berhadapan dengan cuaca suhu panas mencecah 40 darjah celcius.
10 TEMPAT CATAT SUHU PANAS DI DUNIA, CECAH 50 DARJAH CELCIUS!
Berikut adalah senarai 10 tempat terpanas di dunia berdasarkan suhu tertinggi yang pernah dicatatkan.
10. Jeddah, Arab Saudi- 52°C (125.6°F)
Di tangga ke-10 dalam senarai tempat paling panas di Bumi kami ialah Jeddah, Arab Saudi, di mana suhu 52°C (125.6°F) direkodkan pada 22 Jun 2010. Bandar pelabuhan purba ini terletak di barat Arab Saudi dan bertindak sebagai pintu masuk utama ke Mekah, dengan populasi lebih 4.6 juta orang.
9. Mexicali (Mexico): 52°C (125.6°F)
Suhu 52°C (125.6°F) telah direkodkan di lembah Mexicali, Mexico, pada 28 Julai 1995. Ini menjadikannya suhu kesembilan terpanas yang direkodkan di mana-mana sahaja di Bumi.
8. Al Jazeera Border Gate (UAE): 52.1°C (125.8°F)
Ads
Suhu 52.1°C (125.8°F) telah direkodkan di Pintu Sempadan Al Jazeera di UAE pada Julai 2002. Pada Julai 2013, rekod suhu tertinggi di rantau ini hampir dipadankan semula (mencapai 51.2 darjah Celsius). Suhu seperti ini cenderung bertahan hanya 15 minit.
7. Turbat (Pakistan): 53.7°C (128.7°F)
Kedudukan ketujuh paling hangat dalam senarai kami ialah 53.7°C (128.7°F) yang direkodkan di Turbat, Pakistan pada 28 Mei 2017. Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) mengesahkan bahawa 53.7°C yang direkodkan di Turbat adalah suhu keempat paling panas pernah direkodkan pada masa itu.
6.Basra (Iraq): 53.9°C (129°F)
Timur Tengah adalah bahagian dunia yang hangat, dengan beberapa suhu yang memecahkan rekod mendaki melebihi 50 darjah Celsius. Basra, Iraq, adalah rumah kepada satu suhu sedemikian, merekodkan suhu tinggi 53.9°C (129°F) pada 22 Julai 2016.
5. Mitribah (Kuwait): 53.9°C (129°F)
Ads
Suhu kelima tertinggi yang direkodkan dan disahkan oleh WMO telah diukur di stesen cuaca Mitribah, Kuwait sebagai 53.9°C (129°F). Kepanasan yang luar biasa ini telah direkodkan pada 21 Julai 2016 dan mewakili rekod tempat terpanas yang disahkan di Asia.
4. Tirat Tsvi (Isra*l): 54°C (129°F)
Dirakam pada 21 Jun 1942, Tirat Tsvi di Isra*l mengukur suhu tertinggi rekod 54°C (129°F). WMO mengelaskan Isra*l sebagai Eropah, jadi ia secara rasminya merupakan suhu tertinggi yang direkodkan di benua itu, bergantung pada tempat anda meletakkan negara itu.
Terletak berhampiran sempadan Israel-Jordan, Tirat Tsvi terletak di sebelah barat Sungai Jordan.
3. Ahvaz (Iran): 54°C (129.2°F)
Ads
Rekod suhu tertinggi benua 54°C (129.2°F) diukur di Ahvaz, Iran antara 4:51 petang dan 5 petang waktu tempatan pada 29 Jun 2017.
2. Kebili (Tunisia): 55°C (131°F)
Suhu terpanas yang direkodkan di Afrika diukur di Kebili, Tunisia, pada 7 Julai 1931 pada 55°C (131°F). Ia adalah suhu kedua tertinggi yang telah direkodkan di Bumi.
1. Furnace Creek, Death Valley (USA): 56.7°C (134°F)
Tempat paling panas di Bumi di tangga pertama ialah Furnace Creek di Death Valley, California (AS), di mana suhu 56.7°C (134°F) direkodkan pada 10 Julai 1913. Pada bulan-bulan musim panas, Death Valley mempunyai purata suhu harian 45° C (113°F).
Ini hanyalah suhu udara, dengan haba permukaan jauh lebih tinggi. Pada 15 Julai 1972, suhu tanah 93.9 °C (201 °F) direkodkan di Death Valley, hanya beberapa darjah dari suhu air mendidih!
Bersyukurlah kita di Malaysia walaupun panas masih di bawah suhu 40 darjah celcius.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pandemik Covid-19 terus menjadi punca kematian tertinggi di dunia dengan angka kini melebihi 3.125 juta kes.
Situasi di India sangat membimbangkan sekarang, negara penduduk paling padat dan ramai di dunia kini berdepan dengan serangan COVID-19 gelombang kedua.
Mencatatkan kes harian yang semakin besar membawa kepada jumlah terkumpul sebanyak 17.63 juta, paling membimbangkan dan kritikal ialah apabila bekalan oksigen di hospital dilaporkan semakin kehabisan.
Bukan setakat itu, usaha kerajaan dalam menangani pandamik ini juga dinampak lemah apabila bekalan perubatan lain seperti katil juga semakin tiada menyebabkan ada pesakit terpaksa menerima rawatan di rumah dan mengambil ubatan daripada pasaran gelap yang mana harga satu silinder oksigen boleh mencecah lebih 50,000 Rupee (RM2,747.25) sedangkan harga pasarannya cuma sekitar 6,000 Rupee (RM329.67).
Paling sadis, urusan pembakaran mayat pesakit pula, ada keluarga yang terpaksa menunggu giliran sehingga berjam-jam lamanya.
Golombang kedua pandemik ini juga berlaku kerana kurang kesedaran masyarakat dan mentaliti pemimpin yang ada mengeluarkan kenyataan seperti dibawah.
‘tiada apa yang boleh dihentikan atas nama COVID-19 kerana kepercayaan kepada Tuhan dapat mengatasi rasa takut terhadap virus’.
Hasilnya jutaan rakyat India turun menyambut kerana percaya festival berkenaan bersih dan selamat untuk dihadiri dan India mengalami gelombang yang lebih parah.
Untuk info, data Johns Hopkins University juga meletakkan India negara kedua di dunia paling teruk terjejas akibat pandemik Covid-19 selepas Amerika Syarikat.
Allahu, moga baik-baik saja semua yang ada di India.
Kerjaya sebagai seorang pramugari biasanya dikaitkan dengan wanita muda yang cantik bergaya serta memiliki tubuh badan yang sihat. Namun, jangan terkejut sekiranya kami katakan seorang warga emas berumur 86 tahun diiktiraf sebagai pramugari paling lama berkhidmat di dunia oleh Guinness World Records.
Wanita yang dikenali sebagai Bette Nash itu mula berkhidmat sebagai pramugari pada tahun 1957 dan meneruskan kerjayanya itu sehingga ke hari ini tanpa pernah diberhentikan. Dia telah berkhidmat dengan syarikat penerbangan American Airlines selama 65 tahun.
Four years ago today we flew with Bette Nash for her 60th anniversary at @AmericanAir. At 85 years old, Bette Nash is still flying and is the most senior and longest-serving flight attendant in the world. pic.twitter.com/D3wF7Vmje1
Bette bebas memilih mana-mana laluan udara yang digemarinya tetapi dia lebih memilih laluan penerbangan New York-Boston-Washington kerana memudahkannya untuk berada di rumah pada waktu malam bagi menjaga anak lelaki yang merupakan individu kurang upaya.
Tambahnya lagi, selagi mempunyai kesihatan yang baik dan masih mampu, mengapa tidak dia masih lagi bekerja kerana ia sesuatu yang menyeronokkan. Malah, wanita ini telah melakukan Diamond Jubilee sama seperti Ratu Elizabeth.
Seorang lelaki Brazil yang berusia 100 tahun bernama Walter Orthmann juga telah mencipta rekod dunia Guiness untuk kerjaya paling lama dalam syarikat yang sama. Mereka menerima pengiktirafan yang sama dalam kerjaya yang dibina sejak berpuluh tahun lamanya.
Wah, memang kental semangat kedua-dua warga emas ini. Semoga kita juga terus bersemangat untuk bekerja bagi menjamin kehidupan yang lebih baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita dah sering dengar tentang kemalangan yang berpunca daripada swafoto atau selfie, sehinggakan ada yang sampai menemui ajal. Lain sedikit ceritanya di Los Angeles, seorang wanita yang sedang berselfie telah menyebabkan kerosakan bernilai lebih RM800,000 (US $200,000) di sebuah galeri seni.
Kejadian ini dilaporkan berlaku ketika pameran seorang artis terkemuka, Simon Birch, di The 14th Factory.
Melalui rakaman CCTV, seorang wanita dilihat cuba mencangkung di hadapan salah sebuah tiang yang mempamerkan hasil seni untuk mengambil gambar. Malangnya, tiang itu tumbang dan menyebabkan tiang-tiang lain dalam barisan turut mengalami nasib yang sama.
Seorang YouTuber yang mendakwa sebagai kawan kepada artis tersebut telah memuat naik klip rakaman CCTV kejadian itu. Pada bahagian deskripsi, dia menulis, “Kejadian ini berlaku di pameran seni kawan saya, Simon Birch di The 14th Factory di Los Angeles apabila seorang wanita cuba untuk mencangkung dan pose di hadapan sebuah tiang yang mempamerkan sebuah arca untuk mengambil gambar. Secara tak sengaja, dia telah bersandar pada tiang itu dan seterusnya adalah sejarah… Hasil seni bernilai $200,000 musnah!”
Menurut Design Milk, pameran seni tersebut mengambil masa enam tahun untuk disipakan. Setakat ini, tiada laporan sama ada pihak penganjur pameran mengambil apa-apa tindakan terhadap wanita tersebut.
Jadi guys, nak selfie tu silalah berpada-pada. Kalau rosakkan barang peribadi, bolehlah nak ralat sendiri. Tapi kalau nak kena ganti beratus ribu, mamang menangis tak berlagulah dik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun sedang berdepan dakwaan melibatkan kegagalan membayar hutang berjumlah RM4.65 juta kepada sebuah syarikat, pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura dilihat kekal tenang meneruskan...