10 Tip Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta, Confirm Berkesan!

Share

Musim durian datang lagi…..

Harganya pun dikatakan menurun memandangkan berlaku lambakan susulan hasilnya ‘menjadi’ dan pengeluarannya serentak. Menurut laporan Sinar Harian pengeluaran banyak tetapi permintaan kurang sekali gus menyebabkan ada peniaga bertindak ‘buang harga’.

Ha ini lah masanya kita borong ‘Raja Buah’ ini habis-habisan.

Problemnya, bau menyengat durian ni boleh melekat di dalam kereta sehingga beberapa hari lamanya dan ada masa boleh membuatkan orang sampai pening. Cuba praktikkan tips ini bagi menghilangkan bau dalam kereta.

Ada pelbagai petua daripada orang lama bagi mengelak bau durian yang ‘mengaum’ ni.

1. BUNGKUSAN SERBUK KOPI

Bungkus serbuk kopi dalam kain dan letakkan di dalam kereta. Aroma dari kopi itu akan menyerap segala bau durian yang ada dalam kereta anda. Biji kopi itu biasa digunakan oleh penjual minyak wangi bagi meneutralkan bau hidung.

2. TANGKAI DURIAN

Durian yang dibeli mesti bertangkai, tangkai itu jangan dibuang malah patahkan tangkai tersebut dan belah hujung tangkai tersebut kemudian letakkan tangkai itu pada ruangan aircond kereta.

3. ROTI PUTIH

Korang boleh ambil beberapa keping roti putih tidak kira jenama dan letakkan di dalam kereta anda selama dua hari. Roti juga boleh menyerap pelbagai bau dan roti tersebut akan mengeras. Jangan pula roti itu anda guna buat roti bakar.

4. GUNA ARANG

Kalau tiada roti tetapi ada arang, anda juga boleh menggunakannya dan tinggalkan di dalam kereta selama beberapa hari. Bau itu akan diserap oleh arang.

5. SODA BIKARBONAT

Soda bikarbonat bukan saja digunakan untuk membuat kek, ianya boleh digunakan sebagai penyah bau. Letak serbuk soda bikarbonat di dalam bekas terbuka dan tinggalkan di dalam kereta selama beberapa jam dalam kereta. Ianya boleh juga ditabur tetapi perlu dibersihkan.

6. BUAH NANAS

Selain itu, buah nanas juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau. Anda hanya perlu potong separuh buah nanas itu dan letakkan di dalam kereta anda. Walaubagaimanapun cara itu pasti membuatkan anda berfikir dahulu.

7. DAUN PANDAN

Jika anda ingin menggunakan daun yang anda tanam sendiri di rumah, anda boleh menggunakan daun pandan yang boleh didapati di merata tempat. Anda hanya perlu letakkan daun pandan di dalam kerta dan bau itu akan hilang kerana aroma daun pandan itu sendiri.

8. GUNA CUKA

Hanya letakkan cuka di dalam but kereta. Cuka yang berasid ini boleh menghilangkan bau durian yang melekat dalam kenderaan anda. Selain itu cuka juga dapat menghalang kucing membuang najis di kawasan rumah.9. BUNGKUS BUAH DURIAN TERLEBIH DAHULU

Cara yang senang juga adalah dengan hanya membungkus durian itu dahulu sebelum meletak dalam kenderaan. Anda boleh membungkusnya dengan beberapa lapisan bag plastik dan ikat dengan kemas.

10. BUKA TINGKAP

Perkara yang paling penting ialah anda perlu membuka tingkap kereta dan jangan buka aircond supaya bau itu tidak terperangkap dalam kereta anda. Ketika parking jangan tutup penuh tingkap dan biarkan sedikit terbuka bagi bau itu keluar dan udara segar masuk ke dalam kereta.Selamat mencuba…hehe

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana