Bila lihat orang lain bahagia bersama pasangan, korang yang single dan masih mencari tu jangan la sedih gaiss.
Jangan pula disebabkan kawan-kawan lain dah berpunya, korang pun beria nak cari bf/gf dan mula la cari crush sana sini. Sudahnya bila kena reject sedih pula nanti.
Sebenarnya, tak ada apa yang nak disedihkan sebab crush je pun, bukan bf/gf kan? Tapi, kami faham macam mana perasaan bila cinta ditolak oleh crush
. Haha!Dah tu nak buat apa lagi, move on je la. Tak tau nak buat apa? Nah, 10 tip move on daripada crush yang korang kena buat.
1. Jangan dengar lagu sedih. Kalau boleh jangan dengar radio langsung sebab time tengah sedih macam ni la banyak pula lagu-lagu sedih yang keluar. Hiks!
2. Jangan stalk social media crush korang. Kalau boleh, block saja FB atau IG dia. So, tak ada la korang gatal-gatal nak tengok dia lagi.
3. Jangan tidur lambat sebab masa yang paling korang akan ingat dekat dia adalah waktu tengah malam. Betul tak?
4. Busykan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah. Pergilah ajak kawan-kawan lepak atau sesekali berkaraoke. Bila balik dah penat, terus tidur.
5. Tak perlulah nak buat diari sedih tulis semua kenangan korang bersama. Benda yang lepas jangan dikenang sis.
6. Jangan benci dia. Selagi korang benci dia, selagi tu korang akan sentiasa teringat-ingat tentang mereka. Jadi, maafkan saja jika mereka terpaksa reject korang. Hehe! Barulah korang boleh hidup dengan tenang.
7. Belajar daripada kesilapan. Jangan mudah jatuh hati pada orang. Jangan ulangi perkara yang sama setiap kali korang jumpa seseorang.
8. Paling penting, jangan tunggu dia. Beri peluang pada orang lain yang betul-betul sayang dan menghargai korang.
9. Doa yang baik-baik. Jangan kutuk atau hina dia. Bila dah tak suka mulalah mengata macam-macam. Sebaliknya, cuba doakan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga dia.
10. Redha. Jangan menyalahkan takdir kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah.
Mudah kan? Korang tak payah la nak sedih-sedih nangis sampai mata bengkak. Anggaplah dah memang bukan jodoh korang dan pastinya akan ada yang lebih baik untuk korang nanti. InsyaAllah.