Mencari pekerjaan terutamanya bagi graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian merupakan satu cabaran. Bergantung kepada individu, ada yang mampu melakukannya dengan baik dan tidak kurang pula berdepan dengan segala macam debaran.
Bagi kamu yang baru tamat belajar, inilah masanya untuk mula melangkah ke alam dewasa dan berdikari. Pada sesi temu duga, kesemua calon mempunyai peluang sama rata. Mungkin yang membezakan kamu dan orang lain ialah pencapaian akademik.
Tapi ketahuluilah bahawa apa yang terkandung di atas kertas sahaja tidak memadai. Kebanyakan syarikat yang ingin mengambil pekerja baru mereka akan menilai setiap calon berdasarkan banyak faktor. Dan antara faktor yang paling utama ialah bagaimana kamu mengendalikan diri ketika berada di dalam keadaan tertekan.
Jadi apakah tip terbaik untuk kamu mengawal rasa gugup ketika berdepan dengan situasi begini? Jom ikuti tip terbaik yang boleh kamu gunakan ketika melalui proses temu duga kerja!
ARTIKEL BERKAITAN: 5 Sebab Mengapa Lelaki Sukar Jujur Dengan Perasaan Sendiri
INGAT YA 10 PERKARA DI BAWAH INI! 🙂
1. Jangan lokek senyuman. Ia merupakan komunikasi nonverbal yang paling baik.
2. Pakai pakaian yang sesuai untuk sesi temu duga. Biarlah sesuai dengan jawatan dipohon.
3. Belajar untuk bercakap bila perlu. Jangan cakap terlalu banyak dan merapu yang bukan-bukan.
4. Janganlah terlalu kasual. Ingat, temu duga bukan perkara main-main & perlu ada sikap profesional.
5. Jawablah setiap soalan dengan bahasa yang sesuai dan formal.
6. Jaga attitude. Walau apa jua yang kamu tak puas hati jangan ditonjolkan dengan mimik muka dan bahasa badan.
7. Jangan segan untuk tanya terutamanya jika penemuduga membuka ruang untuk kamu bertanya.
8. Jangan buatkan diri kamu nampak terlalu terdesak. Chill & relaks.
9. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan penuh yakin dan tanpa ragu-ragu.
10. Sebelum sesi temu duga, persiapkan diri dengan homework dan kaji tentang syarikat tersebut.