10 Trik Whatsapp Yang Patut Anda Cuba

Share

Zaman sekarang ni, biarlah handphone tak ada kredit, asalkan line internet cukup tip top. Bila fikir-fikir balik memang tak guna pun kredit tu sebab apa-apa mesti kita akan contact orang melalui whatsapp. Mana ada dah orang sekarang guna SMS. Mak-mak pun dah pandai berwhatsapp okay.

Kalau tak ada internet mula la menggagau tak tentu arah. Betul ke apps whatsapp tu sangat penting bagi korang?

Boleh dikatakan setiap orang sekurang-kurangnya mempunyai minima lima grup chat dalam aplikasi whatsapp. Malah, sampai beratus pun ada!

Punya hebat penangan whatsapp.Bila dah jadi satu keperluan, makin banyak fungsi dinaik taraf untuk menjadikan aplikasi ini lebih menarik. Mungkin ada di antara kita yang dah aware dengan perubahan ini tapi masih ada juga yang belum tahu.

Nah, ini dia 10 trik yang korang boleh guna pada aplikasi whatsapp yang baru.

1. Highlight mesej

Mungkin dah ramai yang tahu tentang trik ini.

• Kalau nak italics kan font, taip _text_

• Kalau nak bold kan font, taip *text*

• Kalau strikethrough, taip ~text~

2. Bubble Messages

Bukan saja Facebook, Whatsapp pun dah ada bubble messages. Download apps WhatsBubbles dan jadikan notification bubble kepada mode ON.

3. Mute loudspeaker

Kalau tengah guna loudspeaker dan tiba-tiba nak mute kan conversation tu, terus ambil handphone dan letakkan di telinga. Canggih kan?

4. Jadi ‘invisible’ di whatsapp

Kalau tak nak orang lain check status, gambar dan info akaun, ikut step-step berikut:

Android: Menu > Settings > Account > Privacy. Tukar setting kepada personal data visibility

iOS: Settings > Account > Privacy. Kemudian tukar setting di sini

5. Tanda-tanda korang kena block?

• Tak nampak profile picture

• Mesej undelivered (satu tick saja)

• Bila nak buat grup chat tak dapat nak add contact tersebut

Tapi ini tak bermakna 100% korang di block. Mungkin juga individu tersebut telah menggunakan visibility setting.

6. Macam mana nak tahu orang lain baca mesej kita

Klik menu dan kemudian pilih Whatsapp Web. Sekiranya apps tersebut invite korang untuk follow link di web.whatsapp, scan QR code dan gunakan whatsapp pada PC, bermaksud mesej korang selamat dan tidak dibaca oleh orang lain.

Tapi, jika lihat tab Computers dan senarai open sessions (connections) yang mana tak ada kaitan dengan aktiviti whatsapp korang tu, hati-hati. Ini salah satu tanda yang ada orang lain tengah baca mesej korang.

7. Cara nak cari mesej penting dengan cepat

Pernah nampak ‘Starred messages’ dalam aplikasi whatsapp tu? Kalau ada mesej-mesej penting, terus star kan text tu untuk memudahkan korang mencari mesej tu semula di Starred Messages.

8. Kenalpasti fake account

Kadang-kadang ada je mesej yang diterima daripada nombor tak dikenali. Untuk mengetahui sama ada nombor tersebut valid atau tidak, ikut cara di bawah.

9. Jimatkan storage daripada ‘auto downloading

Kalau dah beratus grup whatsapp yang ada, mesti gambar yang dikongsi pun beribu-ribu kan? Sedangkan bukan semua gambar tu kita nak simpan. Jadi, boleh ikut cara ni untuk jimatkan kapasiti storage phone

korang. Save saja sendiri gambar yang korang suka.

Android: Settings > Data Usage, dan pilih opsyen yang diingini

iOS: Settings > Data and Storage Usage > Media

10. Hantar grup mesej tanpa create grup chat

Malas nak create grup chat baru tapi ada benda nak disampaikan dengan lebih daripada seorang, ikut saja cara ini:

Chats > Menu > New broadcast, klik + atau masukkan nama penerima

Mesej tersebut akan dihantar kepada individu-individu yang telah korang pilih. Mesej yang direply oleh mereka hanya akan diterima oleh penghantar.

Sumber: Brightside

Published by
Noor Ain Norman