Baru-baru ini, salah seorang anggota Dolla, Sabronzo menepis dakwaan mengenai dirinya menjalin hubungan dengan seorang ahli politik Malaysia.

Sabronzo atau nama sebenar, Wan Sabrina Wan Rusli (29) berkata, tuduhan yang tular di media sosial memaparkan seorang wanita mirip dirinya memasuki sebuah premis dengan individu terbabit adalah tidak benar.

Menurut Sabronzo, dia tidak pernah kenal atau mendekati mana-mana individu bergelar ahli politik di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Angel Dolla Tampil Beri Penjelasan Selepas Nama Dikaitkan Dengan Amir Ahnaf

“100% Itu Bukan Saya” Sabronzo Dolla Mahu Fokus Kerjaya, Nafi Jalinkan Hubungan Dengan Ahli Politik
Kredit: Ohbulan

“Maaf, saya tak kenal siapa individu yang dimaksudkan itu. Saya pun tak tengok video yang viral itu”

Katanya yang ditemui oleh media selepas Konsert Jiwa Malaysia 2024 di Stadium Hoki, Bukit Jalil pada 8 September, “Itu bukan saya, saya tidak ada hubungan dengan mana-mana ahli politik di Malaysia. 100% itu bukan saya.”

Dalam pada itu, jejaka yang didakwa ahli politik dikatakan pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang selebriti popular, namun berakhir dengan perpisahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Bukan Lagi Sebahagian Daripada DOLLA. Tarik Diri Atas Faktor Peribadi

“100% Itu Bukan Saya” Sabronzo Dolla Mahu Fokus Kerjaya, Nafi Jalinkan Hubungan Dengan Ahli Politik
Kredit: IG Sabronzo

Sabronzo juga berkata dirinya terkait mungkin disebabkan wanita dalam rakaman video berkenaan mirip dirinya.

“Saya tidak tahu nak respons apa. Mungkin orang kaitkan sebab perempuan dalam video itu seperti saya, sama gaya tetapi memang bukan saya. Lagipun pengguna internet sekarang kreatif,” tambahnya lagi.

“100% Itu Bukan Saya” Sabronzo Dolla Mahu Fokus Kerjaya, Nafi Jalinkan Hubungan Dengan Ahli Politik
Kredit: IG Sabronzo

Sementara itu, Sabronzo menjelaskan bahawa kini dia hanya memberi tumpuan terhadap kerjaya nyanyian. Namun, dirinya turut bersedia untuk memberi pengumuman rasmi kepada peminat sekiranya dia sudah menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki pilihan pada masa akan datang.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI