11.11 Bermulanya Monsun Timur Laut, 3 Negeri Dijangka Berdepan Banjir

Share

 

Tarikh 11 November mungkin menandakan hari besar-besaran jualan secara online.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Lihat 7 Sale ‘Gila-Gila’ Sempena 11.11

Tapi, kami tidak sangkalah pula bahawa esok juga menandakan hari permulaan bagi Monsun Timur Laut ataupun musim tengkujuh di negara kita. Dalam tempoh ini, empat hingga enam kejadian hujan lebat dijangka akan berlaku.

Semasa fasa awal Monsur Timur Laut iaitu dari November hingga Disember 2020, hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Manakala mulai Januari 2021 pula, fasa hujan lebat akan lebih tertumpu di Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Hujan lebat untuk tempoh beberapa hari ini berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan kawasan kerap banjir. Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan ribut, risiko banjir boleh menjadi lebih buruk.

Selain itu, tiupan angin kencang secara berterusan dari Timur Laut akan menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Metreologi Malaysia.

 

COVID-19 lebih mudah merebak di musim sejuk

Sekiranya kawasan korang berdepan dengan kejadian banjir dan terpaksa menetap di pusat penempatan sementara seperti sekolah atau dewan orang ramai, pastikan korang masih menjaga jarak fizikal. Dalam keadaan cuaca tidak menentu, risiko jangkitan Covid-19  lebih mudah berlaku.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan wabak Covid-19 ini telah memasuki tahap yang membimbangkan pada akhir tahun ini.

Jelasnya, ketika hemisfera utara dilanda musim sejuk, semakin banyak kes yang dicatatkan terutamanya di Eropah dan Amerika Utara. Bukan itu sahaja, bantuan dan perhubungan keselamatan dan kesihatan juga semakin sukar untuk dicapai dalam keadaan cuaca tidak menentu.

Take care semua!

Published by
Almaswa Haji Che Ros